♚ 49 ♚

6.9K 426 35
                                    

Pagi ini tidak berbeza dengan pagi yang sebelumnya. Seperti biasa, aku masuk ke dalam bilik pejabat Damian tepat pada pukul 11 pagi iaitu sejam setelah dia tiba.

     Secawan Caramel Macchiato yang kini menjadi kegemarannya menggantikan kopi pekat hitam yang sering diminum olehnya dahulu aku letakkan pada meja. Seperti biasa juga, dia tetap fokus dengan kerjanya.

     Setelah meletakkan cawan tersebut, aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri. Mungkin dia terasa agak janggal dan terganggu kerana dia mendongak untuk melihatku.

     “Kenapa kau tercegat lagi kat sini?” Soalnya kepadaku. “Kau ada nak tanya apa-apa?” Keningnya dijongketkan.

     Perlahan-lahan, aku menganggukkan kepalaku hanya sekali. Dia kelihatan berminat untuk mendengar kerana dia meletakkan pen hitamnya pada meja lalu memberikan seluruh tumpuannya kepadaku.

     “Cakaplah.” Arahnya disertakan dengan keluhan.

     “Ke-kenapa Encik Damian daftar nama saya dalam kumpulan Encik Damian untuk Sukan Tahunan?” Aku tergagap-gagap.

     Dia mengeluh sinis. Lengannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada. Dia menyandar pada kepala kerusi empuknya sambil tersenyum lebar.

     “Kenapa? Tak boleh?” Soalnya pula.

     “Eh, tak!” Aku menggelengkan kepalanya. “Bu-bukan macam itu.” Tambahku lagi.

     “Dah tu macam mana?” Senyuman lebarnya terukir apabila dia mengusikku.

     “Sayakan tak pandai sangat bersukan.” Jelasku sekali lagi.

     “So? I don’t see what’s wrong with that.” Dia menjongket bahu dengan selamba.

     Aku mengeluh dengan kuat membuatkannya terperanjat dan hampir terjatuh dari kerusi yang didudukinya. Dia segera membetulkan posisi duduknya dengan macho.

     Aku menganggukkan kepalaku sedikit tanda minta maaf. Deheman darinya menjadi bukti kejanggalan yang memenuhi atmosfera bilik tersebut.

     “Kalau Encik Damian nak menang Sukan Tahunan itu, mestilah Encik Damian perlukan ahli kumpulan yang hebat-hebat belaka dalam bidang sukan.” Aku menyambung bicara lagi.

     “Aku tak cakap pun yang aku nak menang.” Balasnya dengan selamba sambil membetulkan butang lengan kemejanya.

     “T-tak nak menang?” Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal dek kehairanan.

     “There’s a fine line between tak minat sukan dan tak pandai bersukan. Aku pasti kau cuma tak minat bersukan, bukannya tak pandai.” Dia cuba meyakinkanku ditambah lagi dengan senyuman manis yang mampu membuatkan hati setiap wanita cair.

     Aku menggigit bibir apabila dia berkata demikian. Tambahan lagi, senyumannya bagaikan api panas yang sedang mencairkan ais yang membeku iaitu aku.

     “Lagipun, goal utama untuk event ini bukannya menang. Sure, menang dan kalah itu adat permainan.” Dia menganggukkan kepalanya. “Tapi goal utama untuk event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara kita semua. Cuba kau fikir, macam mana syarikat aku nak maju kalau sesama pekerja bermusuhan?” Soalnya kepadaku.

     Aku mengukirkan senyuman apabila memikirkan tentang hal itu. Apa yang dia katakan memang benar. Kunci bagi kejayaan adalah kepercayaan, kesungguhan dan kerjasama.

     Semua pekerja perlu menanam ketiga-tiga kunci itu dalam diri agar diri mereka dan juga syarikat semakin maju. Aku mengakui dia agak bijak kerana berjaya merealisasikan acara seperti ini untuk melatih pekerja yang bekerja di bawah naungannya.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now