♚ 41 ♚

6.9K 198 2
                                    

“Well, well, well, tengoklah lovebirds ini.” Ujar suara feminin tersebut.

Aku cuba untuk melangkah pergi tetapi Zane menggenggam erat pergelangan tanganku. Aku mendongak dan memandangnya. Dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

“Dira. Tak sangka pula Damian jemput awak untuk dinner dengan kami.” Zane menyapa Dira dengan kata-kata sinis.

“Zane.” Damian menghadiahkan Zane jelingan yang tajam.

“It's okay, Baby.” Dira meletakkan tangannya pada dada Damian untuk menenangkannya. “What can I say? Damian rindukan I.” Dira memberikanku pandangan sinis.

Zane mengeluh sinis. “Sayang, jom kita makan.” Ajak Zane.

Dia menarik tanganku. Mataku dan mata hazel milik Damian bertembung apabila aku berjalan melaluinya. Aku duduk pada tempat yang sama manakala Zane pula duduk bersebelahan denganku.

Seperti yang aku jangka, Dira mengambil tempat Damian dan duduk berhadapan denganku manakala Damian pula duduk berhadapan dengan Zane.

“Dira, how's your business?” Tanya Dato Farihin.

“Excellent, Uncle.” Balas Dira dengan angkuh. “My new clothing line dapat sambutan yang baik kat luar negara and baru-baru ini I buat fashion show kat Mumbai. Also, I nak buka cawangan butik baharu kat China.” Tambahnya lagi.

Kunyahanku semakin perlahan. Seleraku hilang apabila Dira seakan memperkecilkan pekerjaanku yang hanyalah sebagai Pembantu Peribadi.

“Sayang.” Panggil Zane. “Nak suap!” Dia membuka mulutnya.

“Zane, mama dengan papa tengah tengoklah. Tak payahlah nak mengada.” Bisikku dengan perlahan.

“Alah, biarlah! Nak juga!” Zane berlagak comel.

Aku memberanikan diri jua untuk menyuapnya. Wajahku terasa hangat dan aku pasti mukaku telah bertukar menjadi tomato.

“Sedapnya bila awak suapkan.” Puji Zane sambil tersenyum.

“Mengada.” Aku turut tersenyum.

♚♚♚

Aku membasuh pinggan setelah selesai menjamah makan malam. Aku dikejutkan dengan sapaan Datin Masha yang membawa lebihan pinggan kotor dari luar.

“Rajinnya bakal menantu mama ini.” Puji Datin Masha sambil meletakkan pinggan kotor ke dalam singki. “Bukannya macam sesetengah orang itu yang takut kuku rosak kalau buat kerja rumah.” Tambah Datin Masha lagi.

Aku mengerutkan kening dek rasa keliru. Kepalaku aku dongakkan dan mendapati Dira baru sahaja masuk ke dalam dapur. Wajahnya masam mencuka.

“Aunty, Dira nak balik dulu.” Ujarnya dengan kasar.

“Eloklah itu.” Balas Datin Masha.

Beliau menghulurkan tangannya kepada Dira. Belum sempat Dira mencium tangannya, beliau sudah pun menarik kembali tangannya.

“Assalamualaikum.” Ucap Dira lalu terus meninggalkan dapur.

Oleh kerana singki dapur rumah tersebut menghadap ke laluan masuk melalui pintu belakang, sesiapa sahaja yang masuk melalui pintu belakang dapatku lihat.

Pintu dibuka dan Damian masuk ke dalam. Pandangan kami bertemu buat seketika sebelum aku mengalihkan pandanganku. Hujung mataku mengikuti kelibat Damian yang merehatkan badannya pada sofa di ruang tamu.

“Mama. Daneen pun nak balik dulu.” Kataku kepada beliau apabila selesai membasuh pinggan.

“Iyalah. Biar mama panggil Zane dulu.” Balas beliau sambil tersenyum.

Aku mengelap tanganku yang basah menggunakan tuala kering yang digantung pada dinding bersebelahan dengan singki. Aku mengerling ke arah ruang tamu sambil menggigit bibir.

Patutkah aku tunggu Zane kat ruang tamu?

“Daneen.” Sapaan Datin Masha membawa aku kembali ke dunia realiti.

“Ya, mama?” Sahutku.

“Zane kurang sihat jadi dia tak dapat nak hantar Daneen. Datin Masha kelihatan risau. Apa kata Damian yang hantar Daneen pulang?” Cadang beliau.

Aduh, mampuih cik!

“Eh, tak apalah mama! Biar Daneen call Reen suruh dia ambil Daneen.” Aku menolak tawaran tersebut.

“Bukankah Daneen kata Reen tidur kat rumah kawan dia malam ini untuk siapkan assignment?” Soal Datin Masha dengan kening terjongket.

Jika Datin Masha tiada bersamaku ketika ini, mahu sahaja aku menampar dahiku kerana terlupa akan hal itu. Akhirnya, aku mengangguk perlahan.

“Kalau macam itu, biarlah Damian yang hantar Daneen. Lagipun, dia bukannya ada kerja yang nak dibuat.” Ujar beliau lagi. “Jom.” Beliau menarik tanganku.

Aku bagaikan patung yang terikat pada tali dan taliku dimainkan oleh Datin Masha. Aku mengikuti beliau ke ruang tamu di mana Damian sedang menonton televisyen.

“Damian, tolong hantarkan Daneen.” Pinta Datin Masha.

Damian mendongak dan memandangku. Setelah beberapa saat, dia mengalihkan pandangannya pada Datin Masha lalu mengangguk.

“Damian pergi ambil kunci dulu.” Katanya sebelum berlalu pergi.

Tidak lama kemudian, dia muncul semula sambil memegang kunci kereta miliknya. Dia memberi isyarat kepadaku untuk kami pergi.

“Terima kasih sebab jemput Daneen.” Aku menyalam tangan Datin Masha. “Assalamualaikum.” Ucapku.

“Waalaikumussalam.” Balas Datin Masha. “Hati-hati bawa kereta itu.” Pesan beliau kepada anak sulungnya pula.

Aku dan Damian meninggalkan rumah tersebut. Tiba-tiba, Damian membukakan pintu tempat duduk penumpang untukku. Dia memberikanku isyarat untuk masuk. Aku berdehem perlahan tetapi akur jua.

Bertenang, Daneen. Rumah Aunty Marissa taklah jauh sangat. Kau cuma bertenang saja. You got this, girl!

♚♚♚

» Satu dah update, one more to go!

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now