♚ 11 ♚

7.3K 445 0
                                    

Aku merenung ke luar jendela. Rintisan hujan membasahi bumi. Titisan hujan menitis pada rumput di luar rumah mengalir ke akar, memanjangkan lagi usia tumbuhan itu.

Bangku yang diletakkan di tepi tingkap itu sering menjadi tempat aku merehatkan diri. Tambahan pula, sebuah rak buku diletakkan benar-benar bersebelahan bangku itu dan memudahkan lagi sekiranya aku hendak mengambil buku.

Aku memasukkan kata kunci telefon milikku tetapi skrin telefonku tetap menunjukkan perkara yang sama sejak semalam. Ia kosong. Sambil mengeluh, aku mematikan semula telefonku.

Rumah yang aku duduki bergema dengan bunyi tapak kasut bertumit tinggi. Tidak lama kemudian, kelihatan Dira muncul dari dalam dapur. Kami sempat berpandangan sebelum dia meneruskan langkahnya masuk ke dapur.

Sudah tidak terkira hari kami tidak bertegur sapa. Ada masanya aku terfikir untuk berpindah rumah sahaja tetapi aku takut hal itu akan menyinggung perasaan Dira lagi. Hidungku terhidu bau kopi.

Aku menoleh ke sebelah dan mendapati Dira menghulurkan secawan kopi hangat buatku. Dia mengetap bibir. Sambil tersenyum kecil, aku menyambut cawan tersebut lalu memberikan ruang agar Dira boleh duduk bersamaku.

“Kau okay ke?” Soal Dira. Matanya melihat ke arah lain.

Maksud kau, kecuali perasaan aku yang terguris ni?

“Okay.” Balasku lalu menghirup secawan kopi tersebut. “Aku minta maaf sebab marah kat kau hari tu. Aku—tak sengaja.” Ujarku perlahan.

Dira menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. “So, kau dengan Ian..?” Soalnya, kelihatan ragu-ragu.

Aku menjongket bahu sambil menggigit bibir. Dira seperti faham dengan mesej yang cuba aku sampaikan dan mengukirkan senyuman simpati.

“Semalam, kenapa kau balik lewat? Kau pergi mana?” Soal Dira kepadaku.

Aku berdehem. “Aku tunggu Ian. Dia kata dia nak bawa aku jumpa keluarga dia tapi dia langsung tak muncul.” Balasku dengan kekok.

“Ju-jumpa keluarga dia?” Dira seakan tidak percaya. “Dia serius dengan kau?” Soal Dira lagi.

Aku harap sangat dia serius dengan aku.

“I guess so, kalau tak kenapa pula dia nak bawa aku jumpa keluarga dia?” Soalku kembali.

Dira meletakkan cawan kopinya pada sebuah meja berhadapan dengan bangku yang kami kongsi. Aku juga melakukan hal yang sama apabila tanganku mula lenguh akibat daripada memegang cawan tersebut.

“So, kau dah jumpa..”

“Tak.” Cantasku. “Ian tak datang pun semalam.” Tambahku lagi.

Dira mengangguk faham dengan perlahan. Dia menghela nafas lalu menggapai tanganku. Dia menggenggam erat tanganku sambil tersenyum simpati.

“Aku dah cakapkan, Ian tu..”

“Aku tahu dia tak sengaja. Mungkin dia kena uruskan sesuatu and that's why dia tak datang.” Cantasku lagi. Aku tidak ingin Dira mencemari fikiranku dengan perkara negatif.

Dira melepaskan tanganku dari genggamannya lalu menyandarkan belakangnya pada dinding. Tangannya disilangkan lalu dirapatkan pada dada.

“Suka hati kaulah. Nanti bila dia gantikan kau, jangan cakap aku tak bagi amaran kat kau pula.” Gerutu Dira, bebola matanya mengerling tajam ke arahku.

Aku hairan mengapa Dira berkelakuan aneh. Dari apa yang dikatakannya, kedengaran dia begitu yakin Damian sudah bosan denganku dan dia ingin aku melupakan Damian.

Jika aku fikirkan semula, memang benar Dira lebih mengenali Damian dan mungkin dia lebih tahu akan hal ini tetapi aku tidak mempercayainya. Aku tidak ingin mempercayainya.

Aku tersentap dari lamunanku apabila Chelsea menyiku lenganku. Mataku ligat memerhati sekeliling dan pandanganku jatuh pada Chelsea yang bewajah bimbang.

“Girl, are you alright?” Soal Chelsea, dahinya dikerutkan. “You seem lost in your thoughts these past few days.” Tambahnya lagi.

Tak, aku tak okey. Aku rasa macam aku lemas. Aku rasa hilang arah. Aku rasa jiwa aku kosong sangat. Aku tak keruan. Aku rindu dia. Bisik hati kecilku.

Aku mengangguk. “I'm okay.” Balasku sambil tersenyum paksa.

Bunyi loceng pada pintu kafe bergemerincing. Seorang lelaki merapati kaunter. Dia sempat menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Chelsea sebelum membuat pesanan.

Kulitnya berwarna perang seperti dia berjemur seharian di bawah cahaya matahari yang terik. Daripada rambutnya yang basah dan kulitnya yang perang itu, aku dapat mengagak dia merupakan seorang yang meminati sukan meluncur air.

Rambutnya yang basah menutupi sebahagian besar daripada dahinya. Apabila dia tersenyum, sebuah lesung pipit terbit pada pipi kanannya. Senyuman yang dipamerkannya amat lebar dan menampakkan barisan giginya yang putih bersinar dan rata.

“Daneen?” Panggil Chelsea, matanya dibesarkan. “Can you please make a cup of brew coffee for our customer?” Ujar Chelsea lagi.

Aku kaku sejenak, tidak tahu hendak berkata apa. Aku mengalihkan pandanganku daripada Chelsea ke arah pelanggan tersebut. Dia mengerutkan dahinya sambil tersenyum ke arahku.

“Daneen!” Panggil Chelsea lagi.

“Sorry.” Ucapku.

Aku tergesa-gesa untuk menyiapkan pesanan lelaki tersebut. Aku mengambil sebuah cawan lalu menekan butang air panas secara tidak sengaja. Belum sempat aku mengelak, tanganku disimbah dengan air panas.

“Ahh!” Jeritku apabila air panas itu mengena tangan kananku.

♚♚♚

» hari ni double update je, sorry 🙆

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now