♚ 19 ♚

7K 469 10
                                    

“Cik Daneen Maleeka?” Sapa seorang lelaki yang kelihatannya berusia dalam lingkungan 50an dan memakai kemeja berwarna putih.

Aku mengangguk. “Encik ni siapa?” Soalku kepada Pak Cik tua itu pula.

“Panggil Pak Mat pun boleh.” Balas pak cik tua itu. “Pak Mat dihantar oleh Datin Marissa untuk ambil Cik Daneen dan bawa ke kediaman Datin Marissa.” Tambah Pak Mat lagi.

“Apa dia Pak Mat cakap tadi? Datin Marissa?” Soalku semula.

“Ya, Cik Daneen.” Pak Mat menganggukkan kepalanya. “Kalau macam tu, Pak Mat masukkan barang Cik Daneen dululah.” Tambah Pak Mat.

“Terima kasih, Pak Mat.” Ucapku sambil tersenyum.

Okay. Pertama sekali, kenapa Pak Ngah tak bagitahu aku yang kawan Pak Ngah tu Datin? Kedua, kenapa hidup aku jadi klise pula ni? Sebijik macam dalam novel!

“Cik Daneen tak nak masuk ke?” Pak Mat mengejutkanku dari lamunanku.

“Eh, termenung pula!” Aku menggaru kepalaku sambil tersengih.

Pak Mat sekadar tersenyum. Beliau menghampiri pintu tempat duduk penumpang di belakang lalu membukanya. Aku masuk ke dalam perut kereta Audi yang dipandu oleh Pak Mat itu.

Perjalanan menuju ke rumah Datin Marissa agak lama dan semakin lama, kami semakin jauh daripada pusat bandar yang dihiasi dengan bangunan pencakar langit.

Aku akhirnya mengingati hal klise pada novel.

Orang kaya memerlukan privasi. Oleh itu rumah mereka jauh dari kota yang sibuk dan aku dapat merasakan hal yang sama turut diinginkan oleh Datin Marissa dan keluarganya.

Kereta yang dipandu oleh Pak Mat terhenti apabila berhadapan dengan sebuah pagar. Tidak seperti yang aku bayangkan, rumah milik keluarga Datin Marissa lebih bersederhana.

Rumahnya kelihatan agak unik dan simple. Pertengahan rumah tersebut, terdapat sebuah bahagian rumah yang dibina agar menjadi dua tingkat. Bahagian rumah tersebut bersambung dengan bangunan pada kiri dan kanannya yang masing-masing hanya setingkat.

Unik.

Jujur aku tidak pernah melihat rumah sedemikian. Kebiasaannya, seluruh rumah itu akan dibina setingkat mahupun dua tingkat dan seterusnya tetapi tidak pula bagi rumah keluarga Datin Marissa ini.

“Cik Daneen?” Panggil Pak Mat. Beliau membukakan pintu kereta untukku.

“Eh, terima kasih Pak Mat!” Ucapku lalu keluar dari dalam perut kereta.

Mataku masih lagi terlekat pada keunikan rumah yang tersergam indah di hadapanku itu. Bukan itu sahaja, rumah ini mempunyai aura-aura farmhouse kerana di sekeliling rumah ini hanyalah terdapat pokok-pokok dan rumput hijau sahaja.

Tiba-tiba, pintu hadapan rumah dibuka. Seorang gadis yang berhijab menghampiriku dengan teruja.

“Selamat datang!” Ucap gadis tersebut dengan riang. “Nama Akak...?” Soalnya.

“Daneen.” Balasku sambil tersenyum.

“Kak Daneen boleh panggil saya Reen. Nama betul Reena Arian tapi kawan-kawan semua panggil Reen.” Beritahunya dengan ramah sekali.

“A-Arian?” Soalku.

“Kenapa?” Soal Julie sambil menjongketkan kening sebelah kanannya.

Damian Arian. Reena Arian.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now