♚ 51 ♚

6.4K 406 18
                                    

Aku memegang bahunya untuk menstabilkannya semula. Dia memegang kepalanya seperti dia sedang pening kepala.

     “Encik Damian okay?” Soalku kepadanya.

     Dia menganggukkan kepalanya. “Gastrik kot.” Gumamnya perlahan.

     “Ga-gastrik?!” Aku mulai panik. “Ma-macam mana ini? Encik Damian nak pergi hospital?!” Situasi menjadi huru-hara.

     “Tak apalah. Lepas makan nanti, aku okaylah.” Dia tampak yakin tetapi sepertinya ada sesuatu yang bermain pada mindanya.

     “Oh okay.” Aku mengangguk faham.

     Dia menarik nafas dengan dalam lalu meneruskan perjalanannya. Aku pula berjalan di belakangnya dan bersedia untuk menyambutnya sekiranya dia hendak rebah lagi.

     Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku lagi. Setibanya kami di restoran tersebut, kami berdua memilih sebuah meja yang berada benar-benar di bawah kipas angin.

     Setelah membuat pesanan masing-masing, kami ditinggalkan oleh pelayan restoran tersebut. Aku mengerling ke arah Damian secara curi-curi tetapi kelihatannya, jika aku merenungnya sekalipun, dia tidak akan perasan akan hal itu.

     Jelas tertulis pada wajahnya bahawa sesuatu sedang menganggunya dan bermain dalam mindanya. Aku hendak bertanya tetapi terhenti apabila pelayan tersebut kembali membawa pesanan kami.

     “Kak, boleh tak bawakan semangkuk kecil susu pekat manis?” Pintaku kepada pelayan tersebut.

     Gadis yang kelihatan lebih tua dariku itu menganggukkan kepalanya lalu meninggalkan kami. Apabila aku menoleh semula ke hadapanku, aku mendapati Damian memberikanku pandangan hairan.

     “Apa?” Soalku dengan kening yang berkerut.

     “Kau nak buat apa dengan susu pekat manis itu?” Soalnya kepadaku.

     “Sorry. Saya cuma jawab soalan orang yang bodoh secara natural macam saya.” Balasku dengan sinis.

     “Whatever.” Dia menjulingkan matanya lalu mencapai bekas untuk meletakkan sudu dan garfu.

     Pelayan yang sama kembali ke meja kami lalu meletakkan semangkuk kecil susu pekat manis di hadapanku. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya lalu tersenyum.

     “Nah!” Damian menghulurkan sebatang sudu dan garfu kepadaku.

     “Sorry. Orang yang naturally bodoh macam saya makan pakai tangan saja.” Aku tersenyum sinis kepadanya.

     “Aku suruh kau lapkan sudu dengan garfu ini sebab aku nak guna.” Balasnya dengan sinis.

     Dia nak aku lapkan? Apa dia ingat aku bibik kat rumah dia?

     “Cepatlah!” Arahnya lagi.

     Aku mendengus lalu menarik sudu dan garfu itu dari tangannya dengan kasar. Dia tersenyum puas melihat aku akur terhadap arahannya.

     Aku mencapai sehelai tisu lalu menggunakan tisu tersebut untuk mengelap sudu dan garfu. Setelah itu, aku menghulurkan kembali sudu dan garfu itu kepada Damian.

     Sebelum menjamu selera, aku menadah tangan untuk membaca doa makan. Setelah itu, barulah aku mencarikkan sebahagian besar roti canai di hadapanku itu.

     Roti canai yang telah aku carikkan itu aku celup ke dalam mangkuk kecil yang berisi susu pekat manis lalu aku suap ke dalam mulutku. Rasa susu tersebut dikombinasikan lagi dengan rasa roti canai yang enak membuatkanku emosional.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now