♚ 36 ♚

6.8K 413 5
                                    

Aku menyidai cadar tilam dan selimut yang baru sahaja aku cuci di ampaian kain yang diletakkan pada balkoni. Cahaya matahari agak terik tetapi cuaca yang berangin meredakan sedikit bahang yang datang daripada matahari.

Aku memainkan lagu Mama yang dinyanyikan oleh Jonas Blue. Sedang aku menyidai kain sambil bersiul mengikut rentak lagu tersebut, lagu terhenti dan telefonku berdering.

Aku meletakkan selimut yang baru aku capai ke dalam bakul semula. Tanganku yang basah akibat daripada menyentuh kain-kain yang lembap itu aku lap menggunakan hujung bajuku.

Telefonku yang aku letakkan pada sebuah bangku aku capai. Nama Haikal tertera sebagai nama pemanggil. Aku tersenyum. Jari telunjuk menekan butang jawab panggilan lalu tangan sebelah kiri membawa telefon tersebut dekat ke telinga.

“Assalamualaikum Kak Daneen!” Sapa Haikal dengan keterujaan dalam suaranya.

“Waalaikumussalam. Kenapa Haikal call Kak Daneen ini?” Soalku kepadanya setelah menjawab salam.

“Mak nak cakap dengan Kak Daneen ini!” Sempat Haikal memberitahuku.

“Daneen!” Telefon Haikal bertukar tangan ke Mak Ngah. “Amboi, kamu ini pandai benar berahsia ya! Dengan Mak Ngah pun kamu nak berahsia.” Ujar Mak Ngah.

Rahsia? Rahsia apa pula yang aku tak bagitahu Mak Ngah?

“Maksud Mak Ngah?” Aku menjadi keliru.

“Kelmarin, ada lelaki datang ke rumah. Katanya dia teman lelaki kamu, Zane namanya!” Balas Mak Ngah dengan teruja.

Zane? Macam mana pula dia tahu rumah Mak Ngah kat mana? Setahu aku, aku tak pernah cerita pasal Mak Ngah kat dia.

“Zane buat apa datang rumah Mak Ngah?” Soalku, semakin dilanda kekeliruan.

“Alahai, kamu ini! Pura-pura tak tahu pula. Mestilah dia datang nak meminang kamu, takkanlah nak meminang Mak Ngah pula.” Kata Mak Ngah pula.

“Meminang?!” Jantungku berdegup kencang.

“Iyalah, meminang. Zane kata yang kamu dah pun setuju jadi Mak Ngah dengan Pak Ngah kamu pun terimalah pinangan dia.” Tambah Mak Ngah lagi. “Kenapa? Kamu tak suka?” Soal Mak Ngah kepadaku.

“Eh, tak! Mak Ngah, boleh tak kalau Daneen call Mak Ngah nanti? Daneen ada kerja nak dibuat.” Aku tergesa-gesa berbicara.

“Iyalah. Assalamualaikum.” Ucap Mak Ngah.

“Waalaikumussalam.” Balasku lalu menamatkan panggilan.

Aku mendail laju nombor Zane dan terpaksa menunggu sebelum dia menjawab. Aku menggigit bibir, menahan sabar semasa menunggu dia menjawab panggilannya.

“Zane is speaking.” Ujar Zane, sah-sah tidak melihat nama pemanggil.

“Saya nak jumpa awak sekarang juga!” Bentakku.

♚♚♚

Aku menunggu kedatangan Zane dengan kesabaran yang mencapai tahap maksima. Jus tembikai susu di hadapanku aku kacau tanpa henti manakala mataku melekat pada pintu masuk kafe tersebut.

Tiba-tiba, pintu kafe itu terbuka dan seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna kelabu dan bertali leher masuk ke dalam kafe tersebut. Setelah matanya menangkap kelibatku, dia berjalan menuju ke arahku.

“Sorry, saya lambat. Saya ada kerja tadi.” Ujarnya sambil mengambil tempat duduk berhadapan denganku. “Kenapa awak nak jumpa saya? Urgent sangatkah?” Soalnya kepadaku.

“Kenapa awak jumpa keluarga saya? Awak tak bagitahu saya or even give me a clue about it and you just go jumpa keluarga saya, why?!” Soalku, amarahku tidak dapat lagi dibendung.

“Kenapa? Tak boleh?” Balasnya dengan selamba. “You already said yes, so saya tak rasa saya buat apa-apa kesalahan.” Tambahnya lagi.

“Yes, you have done no mistake but should at least tell me about it.” Aku merendahkan semula kelantangan suaraku. “Ini bukan tentang awak saja tapi ini tentang kita berdua. Kita sepatutnya buat keputusan bersama buat dengan kehendak masing-masing.” Aku mengetap gigi.

Dia membalas kata-kataku dengan keluhan sinis. “Sekurang-kurangnya saya nak beritahu awak pasal ini.” Katanya. “Awak pula? Masih lagi tak nak bagitahu saya yang awak dah hampir sebulan kerja dengan abang saya?” Dia memandangku dengan riak yang kecewa.

Macam mana dia tahu? Setahu aku, hubungan dia dengan Damian tidak begitu rapat sehinggakan Damian memberitahunya akan hal ini. Kecuali...

“Dira beritahu awak?” Aku menggigit bibir.

Dia sekadar menjongket bahu, berlagak acuh tak acuh. Belakangnya disandarkan pada kepala kerusi yang didudukinya.

Aku tertawa sinis. “Saya minta maaf sebab tak beritahu pasal ini.” Ucapku.

“Kenapa awak beritahu saya?” Soalnya pula, ucapan maafku tidak berbalas.

“Sebab saya tahu awak akan react macam ini.” Jawabku pula.

“Mestilah saya akan react macam ini!” Suaranya jelas menunjukkan dia tersinggung dengan kata-kataku. “Dua tahun dah berlalu tetapi saya tahu awak masih sayangkan dia. Saya cemburu bila saya dapat tahu yang awak sayang seseorang lebih daripada awak sayangkan saya.” Ujarnya dengan kekecewaan.

Aku tersentap dengan kata-katanya. Sedangkan orang lain mampu lihat rasa sayangku terhadap Damian, kenapa aku masih menafikan?

“Apa yang saya boleh buat supaya awak sedar yang saya dan dia, tak mungkin akan bersama lagi?” Keningku berkerut menunggu jawapan darinya.

Dia mengeluh perlahan. Mata hazelnya itu merenungku dengan penuh kesugulan. Matanya ditutup seketika.

“Let's get married...” Dia mencelikkan matanya semula. “...secepat yang mungkin.” Sambungnya.

Aku tergamam dan kaku pada tempatku. Zane melihatku dengan penuh harapan menunggu jawapan dariku.

Ya Allah, apa aku nak buat ini? Aku sayang Zane tetapi macam mana kalau keputusan yang aku buat ini salah? Macam mana kalau satu hari nanti, Damian ingat aku semula? Mampukah aku hadapi semuanya?

“Saya akan pergi overseas untuk sebulan which is two months from now.” Zane memecahkan kesunyian. “Lepas saya balik dari overseas, kita kahwin.” Tambahnya lagi.

“So, kita bertunang untuk tiga bulan and then kita kahwin?” Aku akhirnya bersuara.

Zane menganggukkan kepalanya. “Saya nak awak jumpa keluarga saya hujung minggu ini untuk berbincang pasal majlis pertunangan kita. Awak tak perlu nak risau pasal persetujuan keluarga awak sebab saya dah bincang semuanya kat keluarga awak.” Jelasnya.

“Kalau semuanya dah setuju, saya takkan membantah.” Aku mengukirkan senyuman kecil.

Wajah Zane yang sugul itu bertukar ceria. “Terima kasih. I love you.” Ucapnya dengan perlahan seakan-akan berbisik.

Aku membalas dengan senyuman.

♚♚♚

Nak Ngorat Awak, Boleh?Où les histoires vivent. Découvrez maintenant