♚ 28 ♚

6.7K 431 22
                                    

Aku dan Reen sedang bersantai di hadapan televisyen memandangkan Zane telah pun pulang ke rumahnya. Kini, rumah banglo ini dikuasai oleh kami wanita sahaja.

“Kak Daneen nak tengok movie apa?” Jerit Reen dari dapur.

Memandangkan hari ini merupakan hari jadi Reen, dia ingin meluangkan masa bersamaku sahaja kerana hari ini juga merupakan hari terakhir aku di sini.

Terkadang aku berasa kasihan dengan Reen. Aku dapat merasakan betapa rindunya dia dengan arwah Areeana.

“Nak tengok horror movie. Kalau kita tengok The Gallows, boleh?” Balasku dari ruang tamu pula.

“Tak naklah horror movie. Apa kata kita tengok romantic-comedy macam Blind Dating?” Cadangnya pula.

Kenapa setiap kali nak watch movie, genre movie mesti Rom-Com? Serious, boring gila!

Perbualan kami terhenti apabila loceng pintu dibunyikan berkali-kali. Reen yang sedang menggeledah peti sejuk untuk mencari snek menoleh ke arah aku.

“Siapa pula yang datang?” Soal Reen kepadaku.

“Biar akak check.” Balasku.

Aku bangun dari sofa lalu menarik hujung bajuku. Langkah aku atur menuju pintu utama rumah tersebut. Tombol pintu aku pulas lalu pintu aku tarik ke dalam.

“Haikal?” Mataku terbeliak.

“Hai kak!” Haikal melambaikan tangannya.

“Daneen, siapa itu?” Datin Marissa muncul di sampingku. “Haikal?” Ucap beliau setelah melihat figura di hadapan kami itu.

“Assalamualaikum aunty.” Ucap Haikal. “Aunty apa khabar?” Soalnya sambil tersenyum lagi.

“Waalaikumussalam. Aunty sihat.” Balas Datin Marissa, turut tersenyum. “Haikal buat apa kat sini? Datang dengan siapa?” Soal beliau pula.

“Haikal datang seorang. Pak cik guard yang suruh masuk tadi.” Balasnya pula. “Mak dengan abah suruh datang sini, suruh Haikal temankan Kak Daneen pulang esok.” Tambahnya lagi.

“Oh. Eh, jemputlah masuk!” Pelawa Datin Marissa.

Haikal mengangguk faham lalu melangkah masuk ke dalam banglo Datin Marissa itu. Kami bertiga berjalan masuk ke dalam ruang tamu.

“Kak Daneen, Reen jumpa jus oren dengan jus epal. Kak Daneen nak yang... mana?” Reen tergamam apabila melihat Haikal.

Mata mereka berdua bertaut. Haikal mengukirkan senyuman kecil kepada Reen manakala Reen pula perlahan-lahan menurunkan tangannya yang memegang jus epal dan jus oren itu dan menundukkan kepalanya memandang lantai.

“Reen, tolong buatkan air untuk Haikal.” Arah Datin Marissa.

Reen teragak-agak untuk mengangguk kemudian meluru masuk semula ke dapur. Datin Marissa pula meminta izin untuk pergi keluar kerana dia perlu berunding dengan pengatur majlis Reen pada malam itu yang ada di banglo taman itu.

“Haikal duduklah dulu.” Pelawaku lalu berlalu pergi ke dapur. “Kenapa Reen gelabah sangat bila nampak Haikal?” Bisikku kepadanya.

Reen sempat mengerling ke arah Haikal. “Mana ada.” Bisiknya kembali.

“Reen pernah jumpa dengan Haikal ke?” Soalku lagi.

“Tak pernah.” Balas Reen pula.

Aku mengangguk faham. “Nak akak kenalkan ke?” Usikku pula.

“Isy, akak ni!” Reen memuncungkan bibirnya. “Nah, air untuk dia!” Reen menghulurkan segelas jus oren. “Reen nak pergi bersiap untuk parti malam ni dulu.” Beritahunya kepadaku.

Aku menyambut air tersebut dari tangan Reen lalu mengangguk faham. Reen berlalu pergi ke dalam bilik dan aku menyedari mata Haikal yang mengikuti figura Reen sehinggalah Reen hilang dari pandangan mata.

Aku kembali ke ruang tamu lalu meletakkan segelas jus oren itu pada meja kopi. Aku melabuhkan punggungku pada sofa bersebelahan dengan Haikal.

“Malam ni hari jadi dia.” Ucapku apabila Haikal masih memandang pintu bilik Reen yang telah tertutup rapat.

“Betul ke?!” Haikal tiba-tiba meninggikan suaranya. “Ha-haikal... hadiah... tiada.” Dia tergagap-gagap.

“Alah, tak payah nak gabra sangatlah! Akak nampak dengan cara dia tengok kamu, kalau kamu hadir ke parti dia pun dah kira okay dah.” Usikku sambil tersenyum serong. “Minumlah air tu.” Arahku.

Haikal mengangguk lalu meneguk jus oren tersebut. Dia tersenyum sendiri.

Haih, adik aku seorang ni dah besar nampaknya!

♚♚♚

Taman banglo Datin Marissa dipenuhi para tetamu menjelang malam hari untuk meraikan majlis ulangtahun Reena Arian yang ke-22. Tetamu yang hadir rata-rata daripada golongan yang berada dan rakan-rakan sekuliah Reen.

Aku keluar dari bilik tidur sementaraku setelah selesai bersiap. Rumah tersebut aku tinggalkan dan menuju ke taman.

Orang pertama yang aku lihat adalah Haikal yang sedang berdiri berseorangan. Sekali-sekala, dia akan mengerling ke arah Reen yang juga sedang bersendirian.

Aku menggelengkan kepalaku. Tidak sangka Haikal ada sifat malu yang menebal. Aku menghampirinya lalu menarik lengannya agar dia mengikuti.

“Akak nak bawa Haikal pergi mana?” Soalnya sambil mengikutiku tanpa pilihan.

Aku sekadar tersenyum. Kami berhenti benar-benar di hadapan Reen yang sedang membelakangi kami. Aku menepuk bahu Reen membuatnya berpaling ke arah kami.

“Reen, kenalkan ini adik Kak Daneen.” Ujarku kepada Reen.

Reen. Reen memperkenalkan dirinya. Wajahnya berona merah.

“Ha-Haikal.” Balas Haikal pula.

Misi berjaya!

“Reen dengan Haikal berboraklah dulu. Akak nak pergi check deserts yang ada.” Aku membuat alasan lalu berlalu pergi dari situ.

Sebenarnya, aku memang hendak memeriksa manisan yang disediakan. Daripada apa yang aku lihat, tetamu yang hadir rata-rata menjamu manisan yang kelihatan amat lazat seperti puding coklat, epal bersalut karamel dan banyak lagi.

Aku menghampiri meja yang dipenuhi dengan manisan. Aku terkejut apabila melihat air pancut yang mengeluarkan coklat dalam bentuk cecair.

Biar betul benda ni wujud?!

Aku menggapai sebuah pinggan lalu aku isi dengan cupcake berperisa coklat dan karamel. Aku memanjangkan tanganku lagi untuk mengambil puding tetapi terhenti apabila sebuah suara menyapaku.

“Tak sangka kau ada kat sini.” Ujar suara itu dengan begitu sinis.

Aku menoleh ke arah empunya suara itu. Sedikit pun aku tidak terkejut apabila empunya suara itu adalah Dira.

Pandanganku jatuh kepada lengan Dira yang berpaut dengan lengan seseorang. Aku tidak dapat menghentikan diriku daripada mendongak ke arah lelaki yang berdiri di samping Dira.

Damian.

♚♚♚

» Seriously mengantuk. dunno y 😴 Anyway this is the last chapter utk hri ni 😇😈

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now