♚ 48 ♚

6.3K 436 7
                                    

Setelah setengah jam bersendirian untuk menenangkan diriku, aku turun ke bawah untuk menyapa tetamu. Zane kelihatannya menungguku untuk turun kerana dia berdiri bersebelahan dengan tangga.

     Dia tersenyum lebar apabila aku akhirnya muncul jua. Aku turut mengukirkan senyuman kepadanya.

     “Dah lama tunggu?” Aku menyapanya.

     “Dah dua tahun menunggu tapi nampaknya kena tunggu dua bulan lagi.” Selorohnya.

     “Mengada.” Balasku.

     Dia memperkenalkanku dengan ahli keluarganya yang semuanya mempunyai nama Arian sebagai nama terakhir mereka. Tidak lupa juga dia turut memperkenalkanku kepada rakan-rakannya.

     Kakiku semakin letih akibat daripada berdiri selama berjam-jam. Zane kelihataan perasan akan hal itu kerana dia menarikku jauh dari khalayak ramai.

     “Kita nak pergi mana?” Soalku kepadanya.

     “Ikut sajalah.” Balasnya pula.

     Aku akur walaupun terdapat rasa ragu-ragu dalam hati. Kami melangkah ke laman belakang rumah tersebut dan aku menyedari hari telah pun malam.

     Dia membawaku berdiri tidak jauh dari sebatang pokok rimbun yang ditanam di laman belakang rumah tersebut. Tiba-tiba, dia memusingkan badanku agar menghadapnya.

     Mata kami terkunci rapat. Wajahku berona merah apabila dia merenung wajahku sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Kedua-dua tangannya menggenggam kemas bahuku.

     Tiba-tiba, lampu taman yang terdapat di laman belakang tersebut mati dan kami ditemani kegelapan malam. Aku mulai panik sekiranya bekalan elektrik terputus.

     “Jomlah masuk. Blackout agaknya.” Kataku kepadanya.

     Dia tertawa kecil tetapi matanya masih melekat pada wajahku. Dia melepaskan bahuku perlahan-lahan lalu dia menyelukkan tangan sebelah kirinya ke dalam poket.

     Tangan sebelah kanannya diangkat ke udara sambil tersenyum kecil. Jari hantu dan ibu jarinya berlanggaran menghasilkan bunyi petikan jari.

     Kami diterangi oleh cahaya semula tetapi cahaya itu tidak datang daripada lampu taman mahupun cahaya bulan. Dia memberi isyarat kepadaku agar menoleh ke sebelah kiriku.

     Faham akan isyaratnya itu, aku menolehkan kepalaku ke arah yang ditunjuknya. Aku menekup mulutku dek terkejut apabila melihat apa yang hendak ditunjukkannya kepadaku.

     Pokok rimbun tersebut dililit dengan lampu-lampu kecil. Bukan itu sahaja, dari jauh aku dapat melihat terdapat sesuatu yang tergantung pada dahan-dahan pokok tersebut.

     “Awak suka?” Soalnya kepadaku.

     “Awak buat semua ini?!” Soalku kembali padanya dengan keterujaan.

     Dia mengangguk mengiyakan soalanku itu. Aku masih tidak percaya dia mempunyai masa untuk menyiapkan semua ini sebagai kejutan untukku.

     “Jom.” Ajaknya.

     Kami berdua berjalan menghampiri pokok yang satu-satunya sumber cahaya bagi laman belakang tersebut selain daripada cahaya bulan.

     Kami berdiri benar-benar di bawah pokok tersebut. Ternyata, benda yang digantung pada dahan pokok tersebut menggunakan tali merupakan foto dalam bentuk polaroid.

     “Apa semua ini?” Soalku kepadanya apabila melihat foto-fotoku yang tergantung itu.

     “Awak ingat lagi tak bila saya bagitahu kat awak yang saya selalu perhatikan awak?” Soalnya kepadaku.

     “Oh, bila awak bagitahu saya yang awak ini stalker?” Aku mengusiknya.

     Dia meleraikan tawa lalu tersipu malu. Dia memanjangkan tangannya lalu memegang sehelai foto yang hanya ada aku pada foto tersebut.

     Dalam foto tersebut, aku mendekatkan wajahku pada kaunter tempat kafe aku bekerja dengan fokus untuk melihat jika terdapat kotoran pada kaunter tersebut.

     “Ini hari pertama saya datang kafe tempat awak bekerja itu. Saya nak test kamera saya so accidentally tertangkap gambar awak.” Ujarnya kepadaku. “Tapi saya tak delete sebab awak nampak comel.” Tambahnya lagi.

     “Baguslah itu sebab memang saya selalu nampak comel so...” Balasku dalam nada bergurau.

     Dia menolak mukaku dengan perlahan membuatkan kami berdua tertawa. Kemudian, dia melepaskan foto tersebut dan memegang foto yang lain.

     Dalam foto tersebut, wajahku kelihatan amat bengis. Tambahan lagi, aku memegang sebatang penyapu seakan-akan aku hendak memukul seseorang.

     “Yang ini pula, a drunk person walk into the cafe and caused a scene. So, awak ambil batang penyapu dan kejar dia sampai ke luar kafe sambil membebel dalam Bahasa Melayu.” Jelasnya dengan senyuman yang tidak dapat ditahan lagi.

     Aku menekup wajahku. “Ya Allah, awak nampak semua itu?” Wajahku berona merah.

     “Mestilah sebab awak hampir pukul saya juga.” Balasnya. “Masa itu, saya ambil gambar awak dan awak nampak saya. So, awak pun halau saya keluar dan ugut saya yang awak akan pukul saya guna penyapu itu kalau saya tak pergi.” Dia membeliakkan biji matanya seakan takut.

     Aku mengeluarkan tawa yang kuat apabila teringat akan hal itu. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa Zane adalah lelaki itu.

     Dia melihat semua foto tersebut dengan kening yang berkerut. Kelihatannya dia sedang memikirkan sesuatu.

     “You know what, on afterthought, saya rasa saya memang stalker awak.” Dia tertawa sambil melihat foto-fotoku yang tergantung itu. “Tengoklah semua gambar-gambar ini.” Dia menuding ke arah semua foto-foto tersebut.

     Aku menyilangkan lenganku lalu aku rapatkan ke dada. Mataku melilar melihat foto-foto yang diterangi oleh lampu yang terlilit pada batang dan dahan pokok yang rimbun itu.

     “Terima kasih.” Ucapku kepadanya.

     “Untuk apa?” Dia menoleh ke arahku.

     “Untuk semuanya.” Aku mengukirkan senyuman kecil.

     Dia mengangguk lalu mengukirkan senyuman lain. Dia menoleh semula pada foto-foto tersebut dan kami berdua ditemani dengan kesunyian malam yang menenangkan.

♚♚♚

» Hari ni author belanja double update 🙆 this chapter's sweet tho hahahaha 😍

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now