♚ 53 ♚

6.4K 360 3
                                    

     “Daneen nak ke mana? Takkan dah nak pergi kerja?” Datin Marissa menegurku.

     Beliau menanggalkan sarung tangan getah yang comot akibat tanah yang dikenakannya lalu menggantung topi khas untuk berkebun pada penggantung di dinding. Kelihatannya beliau baru sahaja selesai berkebun.

     “Daneen nak pergi hospital.” Balasku pula.

     “Kenapa? Daneen sakit?” Riak beliau bertukar risau.

     “Eh, tak! Dami... Maksud Daneen, Daneen nak lawat Encik Damian.” Aku mengukirkan senyuman kecil.

     “Damian masuk hospital? Kenapa?! Bila?!” Beliau semakin cemas.

     “Semalam. Doktor kata Encik Damian kekurangan rehat sebab itu selalu sangat nak pitam.” Aku cuba untuk menenangkan beliau.

     Datin Marissa menghela nafas lega. “Aunty harap sangat Damian itu cepat-cepat kahwin. Kalau dia dah ada anak dengan bini kat rumah, tiadalah dia kerja sampai 24 jam.” Rungut beliau lalu mengeluh perlahan. “Aunty nak pergi mandi dulu.” Tambah beliau lalu meminta diri.

     Aku menyelongkar beg tanganku lalu mencapai telefon pintar milikku. Nombor Kak Mia yang berada dalam speed dial aku tekan lalu aku rapatkan telefon tersebut pada telinga.

     “Assalamualaikum Kak Mia.” Ucapku apabila panggilan dijawab.

     “Waalaikumussalam. Kenapa Daneen call pagi-pagi ini?” Soal Kak Mia pula setelah menjawab salamku.

     “Maaflah Daneen menganggu. Boleh tak kalau Kak Mia tolong bagitahu kat shareholder syarikat yang Encik Damian tak dapat datang hari ini? Daneen nak pergi hospital lawat Encik Damian dulu so, mungkin Daneen lewat sikit masuk kerja hari ini.” Jelasku kepadanya.

     “Lewat masuk kerja?” Soal Kak Mia di hujung talian.

     “Daneen lewat sikit saja. Tolonglah, kak.” Rayuku.

     “Daneen nak masuk kerja buat apa? Hari inikan hari Sukan Tahunan untuk syarikat.” Balas Kak Mia pula dengan nada kehairanan. “Bos kita ada kat sinilah. Sihat walafiat lagi.” Tambahnya lagi.

     “Su-sukan Tahunan?!” Mataku terbeliak.

     Aku mengerling ke arah jam pada dinding dan mendapati sudah pukul 7 pagi dan acara itu pula akan dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Aku menepuk dahiku dek terlupa akan hal itu.

     “Kau lupakan?” Kedengaran suara garau dari hujung talian berkata.

     “Encik Damian!” Aku mulai cemas. “Mana ada saya terlupa. Mestilah saya ingat. In fact, saya tengah bersiap.” Aku memukul mulutku perlahan kerana berkata bohong.

     “Baguslah. Cepat sikit.” Arahnya pula.

     “Nak kena pakai baju apa?” Soalku kepadanya.

     “Kau pakai sajalah apa-apa t-shirt dulu. T-shirt kau yang kita dah tempah kelmarin dah ada kat sini.” Balasnya dengan selamba.

     “Oh, okay.” Aku terangguk-angguk.

     “Cepat tahu! Kalau kau lambat, aku disqualify kau.” Ugutnya lagi sekadar hendak menakutkanku.

     “Iya, saya cepatlah ini!” Balasku pula lalu menamatkan panggilan. “Sia-sia saja aku seterika tudung, baju, semuanya. Last-last, kena pakai t-shirt juga.” Rungutku disertakan dengan keluhan.

     Aku naik semula ke atas untuk menggantikan bajuku. Aku mengenakan tracksuit dan baju t-shirt berwarna hijau seperti buah honeydew.

     Kasut sukan yang aku bawa dari kampung aku sarungkan pada kakiku dan setelah mengenakan tudung, aku siap sepenuhnya.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now