♚ 44 ♚

6.9K 423 15
                                    

“Mama?!” Damian kedengaran amat terkejut dengan kehadiran Datin Masha.

Aku bagaikan hilang dalam timbunan kata-kata. Mulutku terkunci rapat dan lidah menjadi kelu. Damian pula kaku pada tempatnya. Pandangan kami jatuh pada wanita tersebut.

Tanganku terasa kebah dan telefon milik Damian terlepas dari dalam genggaman tanganku tanpa aku sedari. Bunyi telefon yang jatuh ke lantai itu bergema di setiap pelosok bilik.

“Weh, handphone aku itu!” Jerit Damian lalu menunduk untuk mengambil semula telefonnya pada lantai. “Kau gila ke nak buang-buang handphone orang?!” Katanya kepadaku.

Alahai, mamat payung ini! Mak dia tengah berdiri kat depan dia pun, dia masih nak kisah pasal handphone dia itu.

Aku menyiku lengannya. Dia memandangku dengan pandangan tidak puas hati. Bibirku aku juihkan ke arah Datin Masha yang masih tercegat pada tempat yang sama.

Damian menoleh semula ke arah Datin Masha. Wajahnya kelihatan selamba sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Kalau iya pun kau terkejut, janganlah sampai nak baling phone aku. Mahal tahu tak?” Bisiknya agar hanya aku saja yang mendengar kata-katanya.

Aku menghadiahkannya jelingan tajam. Keluhan sinis dia helakan lalu dia berjalan ke arah Datin Masha. Dia memeluk Datin Masha dengan erat.

“Mama, Damian kena pergi dulu. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call.” Pesannya lalu meleraikan pelukan.

Datin Masha membalas dengan anggukan lalu menghadiahkan sekuntum senyuman manis kepada anak sulungnya itu. Aku membesarkan mataku ke arah Damian.

Amboi, senangnya dia tinggalkan aku macam itu saja!

Dia berdiri di hadapan Datin Masha lalu menjelirkan lidahnya ke arahku. Dengan senang hati dia mengejekku kerana menjadi mangsa keadaan. Tiba-tiba, Datin Masha berpaling ke belakang dan Damian menghentikan perbuatannya.

“Er, Daneen! Aku bagi kau cuti hari ini saja. Esok kau kerja macam biasa. Jangan nak curi tulang.” Pesannya, gelabah apabila Datin Masha memandangnya.

Setelah itu, dia meninggalkan bilik untuk sekian kalinya. Mataku bertentangan dengan mata Datin Masha membuatkan aku menelan liur.

♚♚♚

Aku dan Datin Masha duduk berhadapan. Beliau menghirup perlahan secawan teh di hadapannya. Aku tidak menyangka pihak hospital boleh menyediakan teh khas untuk pesakit.

Mungkin ini sebahagian daripada kelebihan menjadi orang berada. Mungkin juga kerana ini merupakan sebuah hospital swasta dan kemungkinan layanan yang mereka berikan lebih baik.

Bunyi cawan Datin Masha menyentuh piring kecil yang datang bersama dengan cawan tersebut mengejutkan aku dari lamunanku. Aku memandang kembali wajah beliau.

“Mama, pasal tadi itu Daneen harap sangat mama tak salah faham. Daneen dengan Encik Damian...”

“Tak apa. Mama faham.” Cantas beliau. “Mama tahu Damian memang ramah dengan pekerjanya. Lebih-lebih lagi kamukan bakal adik ipar dia.” Tambah beliau lagi.

Nafas lega aku helakan berserta dengan sebuah anggukan. Teh herba di hadapanku aku hirup perlahan.

“Macam mana Daneen boleh pengsan kat perhentian bas? Bukankah Daneen keluar dengan Zane kelmarin?” Soal beliau sambil melihatku dengan penuh kecurigaan.

Aku meletakkan semula cawan tersebut pada meja. Tekakku yang basah terasa kering semula apabila mendengar pertanyaan beliau.

“Kamu bergaduh?” Soal beliau lagi apabila aku berdiam diri.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now