♚ 4 ♚

9.2K 821 40
                                    

Aku kaku tidak tahu hendak berkata apa. Lelaki di hadapanku itu memandangku dengan ekspresi muka yang sama; terkejut. Kali pertama dan terakhir kami bertemu ialah minggu lalu dan aku tahu dia tidak akan memulakan perbualan dahulu.

“Daneen! Stop staring at the customer!” Tegur seorang lagi rakan sekerjaku.

Aku tersentap semula ke alam realiti lalu mengalihkan pandanganku pada mesin wang. Lelaki di hadapanku itu pula mengurut belakang tengkuknya dengan janggal.

“I'm sorry. What would you like?” Soalku.

That's right, Daneen! Buat je macam kau tak kenal dia. Kau kena professional. Chaiyok! Fighting!

Dia menggigit bibir. Kelihatannya dia sedang berfikir.

OMG! Dia nak bercakap ke?! Maksudnya, aku boleh dengar suara dia? Dia ni tak bisukan?

Aku memerhatikannya. Hari ini dia memakai kemeja lengan panjang bercorak genggang dan seluar jeans sahaja. Nampaknya memang benar pemerhatianku pada kali pertama kami bertemu. Dia jenis lelaki yang ringkas sahaja.

Harapanku sekali lagi punah apabila dia menggerakkan jari telunjuknya pada kertas menu yang dilekatkan pada kaunter. Dia menunjuk pada gambar Caramel Macchiato yang terdapat pada kertas menu tersebut.

Aku mengeluh lalu mendongak ke arahnya. “Awak ni memang bisu, eh?” Soalku.

Aku sengaja menggunakan bahasa Melayu kerana menganggap dia tidak akan memahami apa yang diperkatakanku. Tiba-tiba, dia tertawa kecil.

Again? Mamat ni faham Bahasa Melayu ke? Apesal tiap kali aku cakap Bahasa Melayu dia gelak?

Aku mengeluh sekali lagi. “Let me get your order.” Ujarku secara malas-malasan.

Setelah siap menyediakan pesanannya, aku kembali ke kaunter hadapan lalu meletakkan pesanannya pada kaunter. Aku menekan butang pada mesin wang. Dia mengeluarkan sekeping not 5 dolar lalu diletakkannya pada kaunter.

Aku mengeluh. “Look, aku baru je umpat kau tadi. So sebagai tanda maaf aku, aku nak belanja kau ni.” Gumamku. “So, kau boleh simpan—” Aku mengambil duitnya lalu menghulurkan duit itu kembali kepadanya. “—duit kau ni.”

Dia mengambil duitnya semula lalu dimasukkannya ke balang ‘cashier tips.’ Dia memandangku semula sambil tersenyum lebar. Aku tidak dapat menahan diri daripada tersenyum.

“Kau faham Bahasa Melayu eh?” Soalku, tertawa.

Dia menjongket bahu dengan lagak yang comel.

“Dah, pergi main jauh-jauh! Aku nak kerja ni! Shoo!” Aku menghalaunya tetapi sebenarnya ia hanyalah sekadar gurauan sahaja.

Dia mengangguk faham kemudian berpaling. Dia berjalan menuju ke arah sebuah meja yang kosong bersebelahan tingkap lalu duduk di situ.

Biar betul mamat ni faham Bahasa Melayu?

Aku memerhatikannya dengan perasaan ingin tahu. Jari jemarinya pantas mengetik abjad pada papan kekunci komputer riba miliknya.

Jawline miliknya jelas terlihat apabila terkena cahaya matahari dari luar. Matanya yang berwarna hazel turut bersinar. Bibirnya berwarna merah jambu cerah itu diletakkan pada bibir cawan.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now