♚ 52 ♚

6.5K 381 2
                                    

     Zane akhirnya tiba dan tanpa berlengah, dia membantuku untuk membawa Damian ke hospital. Dia memandu kereta Damian manakala aku dan Damian duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

     “Zane cepatlah sikit!” Ujarku kepadanya sambil teresak.

     Zane diam tidak bersuara tetapi dia menekan pedal minyak dengan lebih kuat. Dia berbaring pada ribaku dengan mata yang tertutup rapat.

     “Ian, bangunlah.” Bisikku dengan perlahan.

     Setelah setengah jam, kami akhirnya tiba di sebuah hospital swasta yang berdekatan. Zane memandu terus ke unit rawatan rapi di mana kami disambut oleh jururawat di situ.

     Seorang jururawat menolak kerusi roda lalu seorang jururawat lelaki memindahkan Damian pada kerusi roda tersebut. Mereka membawa Damian masuk ke dalam unit rawatan rapi.

     Aku baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam unit rawatan rapi tetapi aku menyedari Zane masih kaku pada tempatnya. Aku berpaling ke belakang lalu memandangnya.

     “Tak apalah. Awak masuklah dulu. Saya nak pergi parking kereta kejap.” Ujarnya kepadaku.

     Aku mengangguk faham lalu mengukirkan senyuman kecil. Setelah itu, aku masuk semula ke dalam unit rawatan rapi dan mengejar jururawat yang membawa Damian.

     Malangnya, mereka menghentikanku daripada masuk ke dalam bilik rawatan kerana hanya kakitangan hospital itu dan pesakit sahaja yang boleh berada di situ.

    Aku melabuhkan punggungku pada sebuah kerusi. Mataku melilar memerhatikan keadaan sekelilingku. Hanya terdapat tiga orang sahaja yang berada di situ selain aku.

     Seorang wanita bersama seorang anak gadis yang kelihatan pucat dan seorang lelaki pertengahan umur duduk berjauhan dariku. Anak gadis yang kelihatan pucat itu mengukirkan senyuman kecil kepadaku.

Kenapa aku rasa senyuman dia meyakinkan aku yang semuanya akan okay?

     Perlahan-lahan, aku menarik hujung bibirku agar membentuk sekuntum senyuman kecil. Anak gadis itu kelihatan berpuas hati apabila aku membalas senyumannya kerana dia akhirnya memalingkan kepalanya ke arah lain.

     Tiba-tiba, seseorang duduk pada kerusi kosong bersebelahan denganku. Aku menghela nafas lega apabila mendapati lelaki itu merupakan Zane.

     Akan tetapi, wajah Zane kelihatan tidak bermaya dan kosong tanpa ekspresi. Dia tidak tersenyum bahkan dia hanya merenung jauh ke hadapan dan diam tidak berputik.

     Aku menganggap bahawa dia hanya penat setelah seharian bekerja kerana jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam. Sudah tentu dia hendak berehat di rumah.

     Pintu bilik rawatan terbuka dengan sendirinya dan seorang jururawat keluar dari bilik tersebut lalu menghampiri kami. Aku segera bangun dari tempat dudukku.

     “Boleh saya tahu siapa keluarga pesakit?” Soal jururawat tersebut.

     “Saya.” Sahut Zane lalu bangun dari kerusinya.

     “Doktor nak berjumpa dengan encik sekarang. Encik boleh ikut saya dan cik boleh tunggu kat sini sebab ahli keluarga sahaja yang dibenarkan untuk berjumpa dengan pesakit buat masa sekarang.” Jelas jururawat tersebut.

     Aku mengangguk faham. Jururawat tersebut masuk semula ke dalam bilik rawatan diikuti dengan Zane.

     Setelah mereka hilang dari pandangan mata, aku terduduk semula pada kerusiku. Aku memerhatikan sekelilingku lagi dan kini, hanya aku bersendirian di situ.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now