♚ 12 ♚

7.1K 454 11
                                    

Cawan yang berada dalam genggaman tanganku terlepas dan jatuh ke lantai. Kawasan yang terkena air panas pada tanganku bertukar ke warna merah dan melecur.

"Daneen!" Chelsea segera mendapatkanku.

Aku memegang tangan kananku yang terasa begitu pedih sambil mencuba sedaya upayaku untuk tidak mengalirkan air mata. Namun, aku dapat merasa mataku mula berkaca kerana penglihatanku yang dikaburi dengan benih hangat.

"Just go treat your hand. I'll make the coffee." Arah Chelsea. "For God sake, go now!" Chelsea mula hilang sabar.

Aku segera meminta diri dan bergesa ke tandas di mana sebuah peti pertolongan cemas diletakkan. Aku dapat merasa semua anak mata yang ligat memandangku.

Aku terlompat-lompat untuk menggapai sebuah peti pertolongan cemas yang diletakkan pada rak yang tertinggi. Tiba-tiba, sebuah tangan berjaya menggapai peti tersebut.

Mata kami berpaut buat suatu masa yang lama. Orang tersebut merupakan seorang pelanggan yang menyaksikan kejadian tanganku tersimbah dengan air panas tadi.

"Here. Let me help you." Pelawanya.

Dia baru sahaja hendak menyentuh tanganku yang melecur tetapi tiba-tiba dia terhenti. Dia mendongak semula lalu memandangku.

"Can I touch your hand?" Soalnya dengan sopan.

Air mataku bergelinangan. Aku teringat semula akan hari pertama aku bertemu Damian. Aku masih ingat aku memarahinya pada hari itu kerana menyentuh aku dan setelah itu dia mengeluarkan sehelai sapu tangan agar kulit kami tidak bersentuhan.

Aku mengangguk perlahan.

Lelaki di hadapanku itu tidak menyoal aku mengapa aku menangis. Sebaliknya, dia membawa tanganku ke bawah kepala paip pada singki. Dia mencuci luka melecur pada tanganku menggunakan air suam dan sabun dengan penuh berhati-hati.

Dia membersihkan lukaku menggunakan iodin. Kemudian dia mengeluarkan sebatang jarum. Dia mendongak semula ke arahku dengan riak risau terpampang pada wajahnya.

"This is going to hurt a little." Beritahunya.

Aku mengangguk faham. Lelaki di hadapanku itu perlahan-lahan membawa jarum tersebut mendekati kesan lecur pada tanganku. Dia mencucuk luka yang melecur tersebut.

Aku menggigit bibir untuk menahan diri daripada mengerang kesakitan. Cecair keluar dari kesan cucukan jarum tadi. Lelaki tersebut sempat mengukirkan senyuman padaku sebelum menyapukan krim pada tanganku.

Aku memandang wajahnya dengan penuh teliti. Anak matanya berwarna hazel kelihatan penuh kasih sayang. Rambutnya yang berwarna coklat gelap asli itu sedikit demi sedikit mula kering tetapi masih menutupi dahinya.

Kenapa lelaki ni nampak serupa sangat dengan Ian? Ke aku dah mula berimaginasi sebab rindukan Ian sangat?

"My name is Zane." Ujar lelaki dihadapanku itu sambil membalut tanganku menggunakan kain pembalut.

"Daneen." Balasku perlahan.

Lelaki bernama Zane itu mengangguk faham. "It's done." Zane melepaskan tanganku lalu meletakkan semula barang-barang yang telah digunakannya ke dalam peti pertolongan cemas.

"Terima kasih." Ucapku. "I mean, thank you." Tambahku lagi.

Zane tertawa. "Awak orang Malaysia ke?" Soalnya dengan teruja.

Eh, dia boleh cakap Bahasa Melayu?

"Saya pun orang Malaysia juga. Wah, tak sangka pula awak ni berasal dari Malaysia! Saya dah lama perhatikan awak, ingatkan awak ni Arabic ke Pakistan ke." Gumam Zane dengan teruja.

Dia perhatikan aku?

"Awak stalk saya?" Aku berundur selangkah darinya.

Dia menggigit bibir apabila menyedari dia baru sahaja membuat pengakuan. Dia maju selangkah mendekatiku.

"Sa-saya.." Dia tergagap-gagap.

Aku mengangkat tangan kiriku sebagai isyarat agar dia berhenti bercakap. "Saya tak suka awak perhatikan saya. Saya tak selesa. So please stop it." Arahku.

Zane terkedu pada tempatnya. Perlahan-lahan, kepalanya dianggukkan tanda faham dengan arahanku. Dia bergerak ke tepi untuk memberiku jalan.

Aku sempat mengerling ke arahnya sebelum meninggalkan tandas tersebut dan kembali semula ke kaunter. Sesampainya aku di kaunter, pengurus kafe tempat aku bekerja segera menghampiriku.

Dia kelihatan amat risau. Aku mengerling ke arah Chelsea yang menjongketkan bahunya sambil menggigit bibir.

Kenapalah minah seorang ni kena bagitahu pengurus kafe pasal kemalangan kecil ni? Aku mengeluh perlahan.

Aku mencuba sedaya-upaya untuk meyakinkan majikanku bahawa aku tidak apa-apa dan hanya mengalami luka kecil sahaja. Akan tetapi, buang air liur sahaja aku berkata-kata apabila majikanku masih tidak percaya akan kata-kataku.

"No! You're going home today and you'll only come back to work when your blistered hand healed. Period!" Arah Beau, majikanku aka pengurus kafe tempat aku bekerja.

Aku mengeluh sekali lagi. Aku hendak membantah tetapi Beau sudah pun menjegil ke arahku. Akhirnya aku menganggukkan kepalaku tanda akur.

"Fine!" Aku berasa rimas.

Aku tidak faham mengapa Beau perlu memberi aku cuti hanya kerana tanganku mengalami kecederaan yang kecil. Sekarang, sudah tentu kafe tersebut kekurangan pekerja sekali lagi.

"Daneen.." Kata-kata Dira terhenti di saat dia membuka pintu bilikku. "Kenapa dengan tangan kau?" Soal Dira.

Dia perlahan-lahan menyentuh tanganku yang kelihatan begitu hodoh dengan kesan lecuran dan berwarna merah. Keningnya dikerutkan di saat dia meneliti tanganku.

"Kemalangan kecil kat tempat kerja je. Takde apa-apalah." Aku menarik semula tanganku.

"Itu kau kata takde apa-apa? Dah teruk bebenor rupa dia!" Omel Dira lalu mengeluarkan kain pembalut dari dalam peti pertolongan cemas yang terletak pada katil dan berada di antara kami. "Meh, aku tolong balutkan." Dia menawarkan bantuan.

Aku menghulurkan tanganku kerana aku tidak dapat membalut tanganku itu dengan sendirian. Dira perlahan-lahan membaluti tanganku menggunakan kain pembalut tersebut.

"Ian... ada contact kau tak?" Soalku sambil merenung wajah Dira.

Dira menggelengkan kepalanya dengan selamba. "Kau belum give up lagi ke? Dah seminggu dah dia hilangkan diri." Gumam Dira perlahan, mungkin tidak ingin menyinggung perasaanku.

Patut ke aku give up? Betul ke kata orang, cinta pertama ni selalu tak menjadi? Ian betul-betul dah lupakan aku ke?Aku benar-benar dilanda dilema.

Dira meletakkan tanganku pada pahaku. Dia menutup semula peti pertolongan cemas lalu meletakkan peti tersebut pada almari bajuku.

"Aku rasa kau patut give up sebab Ian takkan kembali kat kau."

Itu merupakan kata-kata terakhir Dira kepadaku sebelum dia meninggalkan bilikku.

♚♚♚

» I'm bored af. haha ada yg nak suggest story utk dibaca ke?

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now