♚ 45 ♚

7.2K 429 7
                                    

Penggera telefon milikku berbunyi menandakan hari sudah menjelang subuh. Aku bukanlah jenis yang sukar untuk bangun pagi. Oleh itu, setelah mematikan penggera, aku terus bangun dan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Usai sahaja membersihkan diri, aku menunaikan solat Subuh pula. Kemudian, aku masuk ke dalam walk-in-closet yang terletak bersebelahan dengan tandas untuk mengganti baju.

Aku memilih untuk memakai baju berlengan panjang berwarna merah jambu dan aku padankan dengan seluar palazzo berwarna putih. Selendang berwarna kelabu pula aku lilit pada kepalaku.

Aku mengerling ke arah jam pada dinding. Aku masih mempunyai dua jam lagi sebelum waktu bekerja bermula. Bagi melengahkan masa, aku memutuskan untuk bersarapan dahulu.

Kebiasaannya, Reen dan Datin Marissa sudah pun berada di ruang makan untuk bersarapan pada waktu ini. Setelah tiba di tangga terakhir, aku berjalan masuk ke dalam ruang makan.

“Selamat pagi.” Ucapku kepada penghuni rumah tersebut.

“Selamat pagi, kak.” Balas Reen pulJgn
“Mama Reen mana? Tak sarapan sekalikah?” Soalku kepadanya pula sambil mataku melilar mencari kelibat Datin Marissa.

“Tak. Awal-awal lagi Mama dah pergi butik dia. Nak uruskan sesuatu katanya.” Kata Reen pula sambil aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengannya. “Mama kata Pak Mat tak dapat nak hantar Kak Daneen pergi kerja sebab anak dia nak bersalin. So, Kak Daneen guna sajalah apa-apa kereta kat garaj itu.”

Tanganku yang menyapu inti kaya pada roti terhenti sejenak. Aku mendongak dan memandang Reen yang sedang menikmati nasi gorengnya.

“Reen biar benar? Akak mana pandai drive kereta.” Ujarku pula dengan mulut yang terlopong.

“Budak 15 tahun pun dah pandai drive, kau yang dah tua kerepot ini masih tak pandai?” Sapa suara garau dari belakang Reen.

“Encik Damian!” Aku terbangun dari dudukku dek terkejut.

“Yang kau gelabah sangat ini kenapa?” Duduk! Arahnya.

Seakan memahami arahannya, lututku terasa lemah dan aku kembali terduduk pada kerusi. Aku dapat melihat dari hujung anak mata bahawa Reen sedang menahan tawanya.

“Reen, abang nak pinjam kamera, boleh tak?” Damian mengalihkan pandangannya kepada Reen.

“Boleh. Biar Reen ambil dulu.” Balas Reen pula lalu bangun dari duduknya dan meninggalkan kami.

Tiba-tiba, wajah Damian kembali tenang dan tidak lagi tegang. Dia mengukirkan senyuman ke arahku yang membuatkanku dipenuhi rasa hairan.

Aku berpura untuk tidak mempedulikannya dan meneruskan sapuan inti kaya pada rotiku. Setelah beberapa minit, Reen kembali membawa kameranya. Dia memberikan kamera tersebut kepada Damian.

“Thank you.” Balas Damian sambil membuat lagak comelnya. “Kau pula nak ikut atau tak ini? Kalau nak, cepatlah sikit.” Katanya lagi.

Aku mendongak dan memandangnya. Jari telunjukku aku tuding pada diri sendiri untuk memastikan sama ada dia berkata padaku ataupun berkata pada orang lain.

“Iya, kaulah! Takkanlah Reen pula.” Dia mendengus kasar.

Ek eleh, dia ini! Kalau nak pelawa itu, pelawalah baik-baik. Ini tidak. Asyik nak berkasar saja.

“Alah, cepatlah!” Dia meraih lenganku dan menarikku agar mengikutinya.

Aku mencapai beg tanganku pada meja makan dan mengikutinya ke luar rumah. Dia membukakan pintu tempat duduk penumpang di hadapan untukku.

“Masuk.” Arahnya dengan dingin.

“Lepaslah dulu.” Balasku pula lalu menjatuhkan pandanganku pada lenganku yang berada dalam genggamannya.

Baru menyedari akan hal itu, dia perlahan-lahan melepaskan tanganku. Setelah aku masuk ke dalam perut kereta, dia menutup semula pintu kereta kemudian masuk ke dalam tempat duduk pemandu.

Enjin dihidupkan olehnya tetapi dia tidak terus memandu pergi. Sebaliknya, dia mengeluarkan sebatang pemacu keras lalu dicucuknya pada lubang USB berdekatan dengan radio keretanya.

Tidak lama kemudian, lagu The Way I Are (Dance With Somebody) yang dinyanyikan oleh Bebe Rexha dan Lil Wayne dimainkan. Aku memandangnya dengan riak hairan.

“Dalam pendrive itu, semuanya lagu yang beat dia lit, tak slow, happy-go-lucky untuk kau. So, lain kali kau tak tinggalkan aku lagi.” Katanya pula sambil tersenyum.

Aku mengalihkan pandanganku ke arah cermin lalu tersenyum agar dia tidak melihatku. Kereta mula bergerak dan meninggalkan perkarangan rumah Datin Marissa.

Sekali-sekala, dia akan menyanyi sama dengan lagu tersebut sambil kepalanya digoyang-goyangkan seperti anak kecil. Kereta diberhentikan apabila lampu isyarat bertukar merah.

Tiba-tiba, lagu tersebut digantikan dengan lagu Distance oleh Christina Perri. Wajah Damian bertukar pucat apabila mendengar lagu tersebut.

“Sorry. Tak tahu pula macam mana lagu ini boleh ada kat dalam pendrive. Biar saya tukar.” Katanya kepadaku.

Belum sempat jarinya menekan punat seterusnya, aku menghentikannya. Dia memandangku dengan wajah serba salah.

“Tak apa. Saya suka lagu ini.” Kataku kepadanya.

“Oh, okay.” Dia mengangguk lalu memandu pergi apabila lampu isyarat bertukar hijau.

The sun if filling up the room and I can hear you dreaming

Do you feel the way I do right now?

I wish we would just give up

Cause the best part is falling

Call it anything but love

Aku menyanyi sama dengan lagu tersebut dengan perlahan. Aku menoleh ke arahnya apabila dia tidak memandangku.

And I will make sure to keep my distance

Say, ‘I love you’ when you are not listening

Aku menyanyi bait-bait lirik tersebut sambil memandangnya. Senyuman pahit terukir pada bibirku.

Kereta dihentikan sekali lagi apabila lampu isyarat seterusnya turut bertukar kepada warna merah. Dia menolehkan kepalanya ke arahku dan mata kami bertembung.

Dahinya berkerut seribu seperti dia baru sahaja teringat akan sesuatu yang penting. Aku mengambil kesempatan itu untuk berpaling darinya.

“Green light.” Kataku kepadanya apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Dia mengalihkan kembali pandangannya pada jalan raya di hadapan. Pedal minyak ditekan dan dia memandu pergi.

♚♚♚

Aku membawa secawan Caramel Macchiato ke dalam bilik pejabatnya. Seperti biasa, dia tekun melakukan kerjanya.

Cawan tersebut aku letakkan pada mejanya tanpa sepatah kata seperti hari-hari sebelumnya. Tiba-tiba, dia memanggil namaku.

“Kau tak berminat nak belajar memandukah?” Soalnya kepadaku sambil tangannya memutarkan pennya.

“Minat itu memang ada tapi rasanya tiada masa nak belajar.” Balasku pula.

“Jumpa aku pukul empat kat parking lot.” Katanya pula lalu fokus semula pada kerjanya.

“Tapi, waktu kerja belum habis lagi.” Ujarku.

“No excuses.” Katanya lagi sambil membelek-belek fail pada mejanya.

Aku berpaling darinya dan berjalan keluar dari bilik pejabatnya itu. Aku duduk semula pada kerusiku lalu memandang monitor komputer di hadapanku dengan kening yang berkerut.

“Kenapa pula dia nak jumpa aku?” Gumamku bersendirian.

♚♚♚

» Jgn lupa vote 😗🌟

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now