♚ 46 ♚

6.7K 430 15
                                    

Lif yang aku naiki berhenti pada aras pertama bangunan itu. Pintu lif terbuka dan aku melangkah keluar sambil memandang lantai.

Tiba-tiba, telefon milikku yang berada di dalam beg tanganku bergetar menandakan aku baru sahaja menerima sebuah pesanan ringkas. Aku menyelongkar beg tanganku lalu mencapai telefon milikku.

Something important came up. Kau boleh balik awal hari ini. Sorry. – Damian

Aku mengeluh sinis. Telefon tersebut aku genggam dengan erat lalu melangkah pergi. Aku terhenti apabila sepasang kaki yang memakai kasut bertumit tinggi berwarna merah hati berhenti benar-benar di hadapanku.

Kepalaku aku dongakkan dan mendapati empunya kaki tersebut merupakan Dira. Aku cuba untuk berjalan terus tetapi dia menghalangiku.

“Aku nak cakap sikit dengan kau.” Katanya kepadaku.

“Aku tak ada benda nak cakap dengan kau.” Balasku lalu cuba untuk mengelak darinya tetapi dia tetap tidak berputus asa.

“Aku nak minta tolong kat kau.” Ujarnya dengan dingin.

Aku berdiri kaku di hadapannya tanpa sebarang ekspresi pada wajahku. Setelah melihatku mendiamkan diri, dia meneruskan kata-katanya.

“Tolong jauhkan diri kau dari Damian.” Pintanya sambil memandangku. “Kalau boleh, tolong berhenti kerja. Aku janji aku akan bantu kau cari kerja yang baru. A-aku boleh bantu sewa kedai or anything and maybe you can start your own business...” Dia merayu sambil memegang tanganku.

Aku menarik tanganku dari dalam genggamannya. Air mata yang mengalir aku kesat dengan segera sebelum sesiapa sempat melihat.

“Kau sanggup merayu kat aku semata-mata dia?” Air mataku masih bersisa pada pipi. “Kenapa kau buat macam ini? Aku bukan kawan kau lagi ke?” Soalku kepada dengan bibir yang terketar-ketar.

“Sebab kau kawan akulah, aku sanggup merayu kat kau!” Dia meninggikan suaranya tanpa peduli akan orang di sekeliling kami. “Aku akan cakap ini satu kali saja dan kalau kau masih juga rapat dengan dia, kerja dengan dia... aku takkan kisah sama ada kau kawan aku ataupun tak. I will make your life miserable.” Air mata jatuh pada pipinya yang berwarna merah jambu pudar.

“Kau buatlah apa yang kau nak. My life's already miserable because of you and him.” Gumamku.

Kaki aku hayun pergi dari situ tetapi tidak lama kemudian, aku kaku pada tempatku. Jantung berdegup dengan kencang apabila aku mendengar suara garau tersebut.

“Dah lama ke tunggu I?” Soal empunya suara tersebut yang berada di belakangku.

“Taklah.” Balas suara feminin pula.

Perlahan-lahan, aku berpaling ke belakang. Pandanganku jatuh pada Dira dan juga Damian yang bermesraan seperti selalu. Pesanan ringkas daripada Damian tadi bermain pada mindaku.

Jadi hal penting yang awak maksudkan adalah Dira?

Aku menganggukkan kepalaku. “Of course I'm jealous of her.” Ujarku sambil tersenyum hambar.

Aku berpaling semula ke hadapan dan berlalu pergi. Setibanya aku di pintu masuk, aku baru teringat Pak Mat tidak dapat menjemputku pada hari ini dan Reen juga sama.

Aku mendail laju nombor telefon Zane lalu mendekatkan telefon milikku pada telinga. Kakiku aku hentakkan pada lantai berkali-kali dengan perlahan ketika menunggu Zane menjawab panggilanku.

“Haih, kenapa tak angkat pula?” Gerutuku sendirian lalu menamatkan panggilan tersebut.

Aku menoleh ke kanan dan secara tidak sengaja melanggar seseorang. Orang tersebut memegang bahuku untuk menstabilkanku semula sebelum aku rebah pada lantai.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now