♚ 55 ♚

6.5K 447 22
                                    

     “Ke garisan!” Jerit pengadil.

     Aku mengerling pada kaki sebelah kananku yang terikat dengan kaki sebelah kiri Damian. Aku menelan liur apabila terbayangkan aku jatuh bersamanya.

     “Sedia!” Jerit pengadil lagi sambil memegang wiselnya.

     “Jangan jatuh.” Pesan Damian.

     “Macamlah saya kemaruk sangat nak jatuh.” Balasku dengan sinis.

     “Mula!” Wisel ditiup.

     Aku, Damian serta peserta yang lain mula bergerak. Pada mulanya, pergerakanku dan Damian agak seragam berbanding peserta yang lain.

     Namun, nasib tidak menyebelahi kami. Ketika kami berada separuh jalan daripada garisan penamat, Damian menghayunkan kaki sebelah kanannya manakala aku pula menghayunkan kaki sebelah kananku yang terikat.

     “AHHH!” Jeritku.

     Dek tidak bersedia, aku dan Damian terjatuh pada tanah. Dia terduduk pada permukaan berumput yang keras itu manakala aku pula terbaring.

     Aku agak terperanjat apabila Damian tertawa dengan kuat. Dia menghulurkan tangannya lalu membantuku untuk duduk. Tawanya masih jauh dari penghujungnya dan melihatnya tertawa, aku turut sama hendak tertawa.

     “Kau patut tengok muka kau bila jatuh tadi. Lawak sangat. Siap terbaring pula itu.” Usiknya sambil mengesat air matanya yang terhasil daripada tawanya.

     Aku memukul perlahan bahunya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi sorakan yang kuat daripada kumpulan lain. Kepalaku aku tolehkan ke arah garisan penamat dan mendapati semua wakil daripada setiap kumpulan telah melepasi garisan penamat.

     “Kita kalah.” Beritahuku.

     “Tak apalah. Dah banyak kali dah kita menang.” Balasnya sambil meleraikan tali yang mengikat kaki kami berdua. “Lagipun, tujuan permainan ini to have fun.” Tambahnya lagi lalu bangun.

     Dia menolak topi yang diberikannya kepadaku agar menutupi mukaku lalu tertawa. Aku mendongak semula dan mendapati dia menghulurkan tangannya untuk membantuku bangun.

     “Jom. Ada satu game lagi.” Dia tersenyum kecil.

     Aku membalas senyumannya. Pandanganku jatuh pada tangannya yang masih dihulurkan. Aku mengangkat tanganku perlahan-lahan lalu menyambut tangannya.

     Dia menarikku ke atas dengan perlahan. Setelah kami berdua bangun daripada permukaan berumput itu, kami menghampiri semula ahli kumpulan kami.

     “Acara seterusnya merupakan acara yang terakhir iaitu cari gula-gula. Hanya seorang wakil yang diperlukan bagi permainan ini.” Umum penganjur. “Wakil perlu mencari gula-gula sebanyak yang mungkin. Gula-gula ini disembunyikan dalam tepung dan wakil perlu mencari menggunakan mulut sahaja. Tangan wakil pula akan diikat. Kumpulan yang berjaya mengumpul gula-gula terbanyak akan memenangi permainan ini.” Jelas penganjur lagi.

     Aku menoleh semula pada ahli kumpulanku yang masing-masing kelihatan letih. Damian juga sama. Dia mengurut perlahan bahu sebelah kirinya.

     Mesti dia penat. Dahlah doktor kata dia kekurangan rehat, lepastu masih juga nak hadirkan diri untuk Sukan Tahunan ini.

     Aku mengangkat tanganku. “Saya nak cuba main game ini.” Beritahuku kepada mereka semua.

     “Kau pasti? Tak takut comot?” Damian mengusikku sambil tersenyum kecil.

     Aku menggelengkan kepalaku dengan laju. Pandanganku aku alihkan pada Mei Ling. Dia mengerling ke arah Damian lalu menoleh semula ke arahku. Senyuman yang penuh rahsia terukir pada bibirnya.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now