Toshio - Part 7

343 36 16
                                    

"Annie!", si Angel menjerit sambil menggaru-garu perut si Casper yang terliur-liur sudah nokodop di atas paha si Angel. Diorang bertiga sedang menunggu Annie di kerusi rotan yang ada di perkarangan rumah. Suasana pagi di kampung xxxx agak sejuk membuatkan Faith memeluk kedua-dua lututnya.

"Lambat juga kakak ko bersiap. Mana bilik dia?", bilang si Faith inda kesabaran. 

"Sana atas yang pintu nombor satu", jawab si Angel namun matanya memerhatikan si Casper yang kelihatan sangat kiut bila dia tidur. Air liurnya yang menitis bagaimanapun tidak kenampakan di atas lantai simin.

"Angel, dadi ko sudah telepon orang pigi tarik kereta si Annie kah?", Summer tiba-tiba muncul dari ruang rumah dengan keadaan yang berpeluh-peluh.

"Sudah, jam 11am kali tu tarik kerita datang", bilang si Angel sambil tangannya berhenti menggaru badan si Casper. Dia inda mo mummy dia tanya kelakuan ganjilnya nanti dia kana bawa pigi jumpa bobolian (dukun/bomoh) seperti yang terjadi padanya suatu masa dahulu...

**Throwback Angel 3 years old in the UK***

"Mummy, buli kah sy pigi main sama "kawan" sy sana buaian di palm tree?", si Angel yang petah bercakap walaupun baru berusia 3 tahun itu meminta kebenaran Summer yang sedang membuat susu untuk empat twinsnya untuk pergi ke belakang rumah di mana beberapa pokok palm di tanam memagari kawasan rumah mereka.

"Bah, tapi ko bawa kakak Annie", bilang si Summer sambil meningu ke arah Annie yang sedang membuat kerja sekolah. Kerana sibuk menguruskan anak-anaknya yang masih berusia 2 dan 1 tahun ini, dia tidak menyedari perkataan "kawan" yang keluar dari mulut si Angel.

"Nanti sy datang, ok? Sy siap dulu ni homework Maths", bilang si Annie tanpa mempedulikan si adik dan mummy dia.

"Bah, go lah tapi jangan keluar dari pagar rumah ar. Nanti orang jahat ambil ko", bilang si Summer sambil mengendong Louie yang masih kecil.

"Marilah kita pigi", bilang si Angel sambil berlari-lari anak dan tangannya seperti memegang tangan seseorang. Summer yang nampak perlakuan Angel ini sedikit hairan namun dia tidak berkata apa-apa. Lebih kurang dalam 20 minit macam tu si Annie keluar untuk melihat keadaan adiknya.

"Ahahahha! Lagi laju! laju!", kedengaran suara si Angel menjerit dengan gembira tapi Annie berasa hairan dengan siapa si Angel bercakap?

"Annie! Mari sini! hahahahahha! Tulak lagi laju!", Si Angel melambaikan tangan ke arah Annie sambil memegang kuat pada tali buaian yang daddy diorang bikin. Buaian si Angel melambung tinggi seolah-olah ada orang yang menolak belakangnya.

"Angel! It's so dangerous, you could fall! Turun sekarang!", marah si Annie kerana bimbang si Angel akan terjatuh.

"Inda jatuh! Ahahahh! Siok banyak angin! Kuat lagi tolak, Toshio!", terkejut si Annie terdengar nama hantu jipun yang ditontonnya dalam cerita hantu seram Jepun bertajuk Ju-On last month. Cepat-cepat dia lari mendapatkan si Angel dan menangkap belakangnya seraya memberhentikan buaian tersebut.

"Why!?", muka si Angel menunjukkan yang dia amat marah.

"I was scared! Ko cakap sama siapa juga, Angel?!", tanya si Annie dengan ketakutan.

"Sama si Toshio la! Sy benci ko kakak Annie! Jangan kacau kami main! Mari Toshio! Kita pigi buaian yang satu lagi", bilang si Angel sambil menghulurkan tangan kepada hantu budak mata panda yang berada di sebelah Annie. Hantu lelaki yang berusia seperti 5-6 tahun dengan sekeliling matanya berwarna hitam seperti panda kelihatan marah kepada Annie namun dia tersenyum balik apabila si Angel menghulurkan tangannya.

"No, Angel!", Annie menarik semula tangan si Angel dengan kasar namun tanpa dia sedari, si hantu mata panda menolak badannya dengan kuat sehingga Annie terjatuh.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now