Misteri Dinding - Part 57

332 36 22
                                    

"This is my friend and his wife, and his wife's sister. Yang ni pula my future wife", Will memperkenalkan Dr. Zaid yang good looking with a bit of arabian's feature pada kawan-kawan yang menemaninya pada hari itu. Will bilang si Dr. Zaid ni orang Indonesia Jawa dan probably ada kacukan lain tapi dia inda tau banyak pasal salasilah doktor muda tersebut.

"Hi, I'm Zaid, nice to meet you", bilang Dr. Zaid menyalam mereka satu persatu.

"Am Madi, nice to meet you and this is my wife, Mary", kata Madi memperkenalkan diri.

"Nice to meet you, Dr. Zaid", kata Mary tersenyum mesra pada Dr. Zaid dan si Madi sempat mencuit pantat bininya sebab menurut pemandangannya itu senyuman pada tu doktor sudah terlalu manis. Ama.. Jeles laitu..

"Nama sy April", bilang girlfriend si Will dengan sesingkat-singkatnya.

"Faith", lagi pindik perkenalan si tomboy apabila giliran dia menyalam tangan Dr. Zaid akan tetapi apabila kedua-dua tapak tangan mereka bertemu, mata mereka bertentangan to each other dan jabatan tangan mereka seolah-olah melekat seperti di gam. Bibir kedua-duanya tersenyum lebar.

"Kita bertemu kembali Bingkuh walaupun dalam bentuk rupa cicit mu. Aku senang sekali bersua kembali dengan kamu, kawanku", kata Dr. Zaid kepada Faith.

"Emmm... kamu..", Will mahu bercakap tapi seperti tidak didengari oleh kedua-dua orang yang baru pertama kali berjumpa namun mereka seperti sudah kenal mengenali antara satu sama lain.

"Inda ngam muka ini dukutur (doctor) jadi muka ko Umar tapi apapun nasib baik kita berjumpa juga. Cucu sy yang saturang mungkin inda dapat kasi kalah anak buah ko tapi sy yakin sama cicit sy ini", kata Faith yang membahaskan dirinya seperti nenek moyangnya sendiri. Kagum dengan conversation itu, Madi, Mary, Will dan April tidak mengeluarkan walau sepatah katapun kerana menurut pandangan mereka Faith dan Dr. Zaid bukan diri mereka pada ketika ini.

Penulis: Bingkuh ialah nama odu si Fir Tandingan dan Umar adalah kawan seperguruan si odu, iaitu bekas guru si Yati (rujuk Tomboy Season 2, The Journey, Part 6)

"Bukan anak buahku itu Bingkuh, tetapi saka miliknya. Dia mengambil jalan pintas supaya cepat menghabiskan pembelajaran ilmunya dan akhirnya dia terjebak dengan janji2 manis iblis. Yati sudah lama meninggal dunia namun jasadnya masih utuh kerana didiami oleh saka belaan yang ingin membalas dendam kepada cucu cicit kamu", ujar Dr. Zaid (Umar) dan mereka berdua berjalan seirigan menuju jauh ke dalam bangunan hospital tersebut sementara mereka yang lain setia mengikuti dari belakang.

"Sudah lama sy tunggu untuk bercakap dengan kamu Umar, tapi apa buli buat ko pergi dulu sebelum sy sempat bertanya lebih banyak pasal anak buah ko itu. Apa macam ko masuk dalam badan ini dukutur (doctor)? Ko kenal kaini sama dia? Jangan pula ko yang melanggar ajaran guru, Umar", suara si Faith (Odu) sedikit meninggi.

"Ish, masa aku melanggar ajaran guru, Bingkuh. Ada2 saja kamu ini. Tubuh ini anak buah Lalit yang punya. Kamu masih ingat sama Lalit? Itu yang punya kebolehan bikin telepati. Melalui dia aku bisa berhubung dengan kamu", kata Dr. Zaid (Umar) sambil tertawa.

"Lalit? Yang ada saudaranya Juno sama Asim itu? Ya, sy masih ingat lagi diorang bertiga. Mana sudah mereka?", tanya Faith (Odu) meningu Dr. Zaid (Umar) dan sambil berjalan itu tangannya tersilang ke belakang seperti jalanan orang-orang kehormat.

"Nah, nescaya ingatanmu masih baik meskipun kau sudah tiada. Hahahah. Mereka bertiga juga sudah meninggal dunia namun sebelum aku pergi, aku meminta pertolongan Lalit dan anak buahnya ini supaya dapat menjadi pengantara kalau ada kekacauan yang disebabkan oleh anak buahku si Yati. Doktor muda ini sangat baik budi pekertinya dan dia sanggup menjadi jambatan antara dunia kita dengan dunia mereka sekarang ini", jelas Dr. Zaid (Umar).

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now