Rintihan Seram - Part 63

258 35 18
                                    

"Hemmm... ummm.. badan si bapa ni langsung inda buli dimakan, daging liat, hitam, darah pun pahit tapi sy guna ko untuk perkara lain. Emmm....", gimbaran si Yati meletakkan jantung si Samsun ke dalam badan bapanya yang sudah kaku namun masih tegak terpacak kerana tangannya masih belum dikeluarkan dari dada orang tua tersebut. Suara baru si Yati yang lunak kedengaran mendayu-dayu mengucapkan mantera pembangkit hamba dan muka Pangeran Dol yang sudah tua itu tiba-tiba berubah menjadi wajah sepupu yang dibunuhnya.

"Ngayung umbi badanmu berdiri, siungku raih di malam dingin. Jantungmu kareh ku emang ninggi, kau suruhanku turut perintahku. Bukam kelitok kuam daeng, raehmu darah raehku peleng. Kaburmu kusiat rongkakmu ampe debu... ummmmm", Yati menanggalkan pakaian pada tubuh "Pangeran Dol" dan setelah itu, dengan lidahnya yang panjang dia menjilat seluruh badan "lelaki" itu. Kesan tebukan pada dada yang tembus sampai ke belakang badan "bapanya" mulai hilang dan ditumbuhi oleh kulit baru. Yati tersenyum puas melihat "ciptaan" nya dengan kuasa yang baru yang dimilikinya setelah membunuh pasangan cinta sejati.

"Huuuuuuu.. huuuu.. Kathy.. Kathy...", suara Samsun menangis keluar dari mulut tubuh milik "Pangeran Dol" itu tapi wujud dalam wajah sepupunya.

"Sekarang ko sambung balik apa yang ko mau buat tapi apabila sampai masanya ko kembali ke tempat ini, faham?", gimbaran si Yati yang menggelar nama barunya sebagai Suzeeyati itu memegang muka si "Samsun" dan "Samsun" cuma mengangguk faham dan mula bergerak di seluruh ruangan rumah tersebut. 

"Kathy.. ko di mana sayang? Jangan tinggalkan sy Kathy.. huuuuu.. huuuu", "Samsun" menangis-nangis sambil tangannya mengambil baju dari dalam almari pakaian dan memakainya dan setelah itu dia menarik keluar pula sebuah album yang penuh dengan gambarnya dengan Kathy. Sekeping gambar terbarunya dengan tunangnya itu dimasukkan ke dalam kocek bajunya.

"Hemm.. ", dahi gimbaran si Yati berkerut melihat telatah si "Samsun". Walaupun sudah mati dan cuma jantung yang tinggal, perasaan si Samsun sama si Kathy tetap tidak hilang dan Yati tidak begitu senang dengan perlakuan si "Samsun" tapi pada masa yang sama dia tidak mahu ada orang yang perasan dengan kehilangan sepupunya itu. Dia tidak mahu rumah si Samsun sama si Kathy dilawati orang lain kerana rangka milik keluarga tersebut harus dikumpulkan di rumah mereka sendiri jika mahu kuasanya tetap utuh.

"Sayang... Kathy.. huuuuuu... huuuuuu... ko di mana sayang..? Huuuuu... huuu..."

Dan begitulah kisah sedih menyayat hati si Samsun dan Kathy@Kuntilanak serta anak-anak mereka..


Present time di siring hutan Kokol..

"Awal juga kakak ko sampai ni", muka si Tham berubah apabila mood kissing dia sama si Faith yang baru mau naik terbantut apabila Mary dan Madi sampai di lokasi parking kereta mereka.

"Just tahan for few more weeks bah.. gatalan juga ko ni", bilang si Faith sambil menyiku perut boyfriendnya dan setelah itu menarik keluar bag galas yang besar dari perut kereta dan berjalan ke arah Mary dan Madi.

"Sy sajalah yang gatalan tu", gumam si Tham tidak puas hati tapi suara dia tidak begitu kuat sebab takut juga dia kalau girlfriendnya dengar. Seperti Faith, dia juga mengangkat sebuah bag galas dan 12 liter cooler box yang penuh dengan frozen food (maybe? Penulis ni asyik ingat makanan saja bah 😂)

"Oiiii Tham! Sy nampak tu apa kamurang bikin tadi. Kalau indada kasi surung karabau jagan kama ko cuba-cuba Tham..", bilang si Madi sambil tertawa sementara tangannya diletakkan di atas bahu bini dia.

"Inda sporting butul ko ni Madi, baru kami mau panas2 daa", bilang si Tham yang terhibur juga dalam kekecewaan.

"Ada masa lagi bah sebelum yang lain2 datang tapi pandai2 lah cari tanah yang rata sikit supaya inda sakit badan", bilang si Mary pula menyindir mereka berdua sampai merah pipi si Faith.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now