Gangguan Penunggu - Part 64

286 36 19
                                    

Kereta jenis MPV Vellfire, SUV Range Rover dan HRV plus a 4x4 Hilux tiba diparking berdekatan dengan kenderaan yang lain di siring hutan bukit Kokol itu. Satu persatu individu keluar dari perut semua automobil tersebut sambil badan mereka menghadap hutan tebal tersebut.

"Casper, Toshio. Kasi tunjuk kami jalan pigi tempat diorang si Faith", panggil si Fir Tandingan apabila kesemua mereka sudah bersedia dengan pikulan bag masing-masing. Dahi si Fir berkerut kerana kedua-dua hantu itu belum muncul lagi.

"Ai? Mana sudah tu "budak" duarang?", tanya si Tedd sebab selalunya bila kena panggil kedua-duanya akan terus muncul di depan mata.

"Nah, kasi gusuk di mata kiri. Sikit2 saja ar", Summer pula sibuk kasi pass tu "eyemo" airmata anjing yang sudah dibekalkan oleh anak angkat dia si Madi kepada keluarganya yang lain kecuali si Angel dan Annie yang memang sudah ada 6 sense.

"Toshio?!!", giliran si Angel pula yang memanggil sebab hantu kesayangannya inda muncul di hadapan mereka. 

"Mangkali diorang inda dingar baitu kamu panggil. Cuba kuat sikit tu suara bah", bilang si Kojack yang sedang kasi kodip2 mata dia sebab baru saja dia menitiskan "eyemo" pada mata kirinya tapi ada lebihan cecair yang mengalir keluar dan tangannya segera menyeluk poket seluar kerana ingin mengambil sapu tangan namun..

"ARGGHHH!!!!!" 

Semua orang menoleh ke arah si Kojack yang menjerit seperti terlihat hantu dan kulit mukanya pucat macam tiada darah yang mengalir.

"Toshio! Casper! Kenapa kamurang keluar dari poket si Kojack!??", berlarian si Angel mendapatkan boyfriend dia yang sudah kaku dan tidak boleh berkata apa-apa apabila hantu-hantu yang dicari sebenarnya berada di dalam poket seluar si Kojack.

"Ai? Salah lagi kah entrance kita ni Casper? Muncul guna asap salah, muncul di depan mata salah, muncul dari belakang salah, keluar dari poket pun salah. Kamurang carilah pekerja baru kalau inda suka cara kami keluar", marah si Toshio yang sudah inda buli tolerate dengan karenah keluarga si Angel. Si Tedd terdiam sebab dia yang selalunya memarahi kedua-dua hantu yang nakal itu tetapi juga merupakan sahabat yang paling setia pada keluarga mereka.

"Toshio, Casper. Lead the way, uncle ikut kamurang jalan di depan", bilang si Tedd dengan lembut apabila dia perasan dengan perubahan si Toshio. Ada perasaan juga kama ni hantu ni, kalau diorang merajuk lagi teruk dari orang biasa jadi sebelum itu terjadi lebih baik ditangani isu itu secepat mungkin.

"Ko sokong kah inda, uncle Tedd? Kanapa kami selalu kana marah kalau kami bikin entrance?!", ba ba.. merajuk nokopio si Toshio nikali. Si Casper pula diam2 saja apabila kawan karib dia itu tumogod. Mereka bertiga sudah berjalan di hadapan dan yang lain pula mengikuti dari belakang.

"Selalunya kalau kamurang muncul di depan kami yang tiada warning tu macam serupa kejutan elektrik bah, Toshio. Bikin sakit jantung. Bah, kami minta maaf lah kalau ko tersinggung. Mungkin lain kali kalau kamurang kena panggil kasi signal dulu lah supaya kami bersedia", bilang si Tedd memujuk. Ketawa si Luc yang berada di belakang mereka melihat laki dia sedang memujuk "bff" si Angel.

"Signal apa macam lagi, uncle Tedd? Dulu kami keluar dari asap pun ko inda suka!", bentak si Toshio namun kawan dia si Casper masih diam saja. Seems that he doesn't really like arguing. 

"Itu asap bikin sesak napas bah, Toshio. Emm, macam ni lah. Kasi signal kami dengan bau wangi lah, macam wangi bunga ka. Nah, itu lah dinamakan entrance yang lembut. Ataupun begini. Kalau sebelum kamurang muncul, kasi keluar bau bunga. Tapi kalau kamurang inda buli datang, kasi hantar dengan guna signal bau yang lain", kata si Tedd sedaya upaya mau mencari kata-kata damai.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now