Datin Mariam Dalam Kenangan - Part 18

322 30 29
                                    

"Ya encik, kami camping di bawah saja dan secara tidak sengaja kami jumpa ni tempat apabila mandi di sini", explained James kepada pegawai polis yang datang ke tempat itu.

"Ada sesiapa di antara kamu yang memegang mayat ini?", tanya pegawai polis sambil menunjukkan mayat perempuan tua yang dijumpai di dalam gua yang sudah dibawa turun oleh ahli-ahli forensik.

"Kami cuma memegang rantai dan gelang yang dipakai saja tuan sebab dua orang daripada kami memilik perhiasan yang sama", ujar James lagi seraya meningu Professor Madi dan Annie yang berdiri di sebelah menyebelahnya.

"Ini duarang kah?", pegawai polis menunjuk ke arah professor Madi dan Annie. James mengangguk. "Cuba kasi tingu apa barang yang sama?", minta pegawai polis itu lagi. Professor Madi segera mengeluarkan pendant jade yang serupa dengan rantai pendant yang dipakai oleh mayat tersebut yang mereka cam sebagai "Datin Mariam". Kelihatan hantu mata merah dot hitam itu sedang melihat badannya yang sudah diletakkan dalam usungan dan dibawa turun dari kaki bukit itu. Orang-orang yang boleh melihatnya termasuk si Casper dan Toshio dapat menyaksikan bagaimana paras rupanya berubah perlahan-lahan ke bentuk asal. Cantik sekali rupanya macam pelakon zaman 50'an.

"Ini ialah saya dan nama saya Datin Mariam Basilius", katanya mendekati tubuh yang sudah lama tidak bernyawa itu. Mereka yang mempunyai deria yang ke-enam tidak memberi apa-apa reaksi terhadap pengakuan si Datin walaupun sebenarnya dalam hati mereka mempunyai banyak persoalan mengenai siapa diri dia yang sebenarnya.

"Encik, sy punya gelang tangan ada di rumah, macam mana ar?", tanya si Annie agak risau. Dia takut nanti dia kena tangkap dan dikasi masuk ke dalam penjara kerana pandai-pandai pigi pegang itu mayat. Abis lah ada chop jari dia pada gelang jade itu.

"Inda apa, miss. Nanti buli bawa pigi balai polis Menggatal untuk buat keterangan", ujar pegawai polis itu sambil tersenyum manis kepada Annie. James yang menyedari akan silikan-silikan maut pegawai kerajaan itu pada sumandaknya segera menyampuk.

"It's okey dear. Nanti sy bawa ko pigi balai bikin statement, ya sayang?", walaupun inda mengerti dengan ayat si James itu, Annie mengangguk dan melingkarkan tangannya ke pinggang si American boy. (Penulis: minta maaf lah abang pulis, kalau bukan orang Inanam jangan ko pandai2 memikat si Annie)

"That's my girl", menyampah terus si pegawai pulis melihat duarang couple yang sama cantik dan ensem ini. Mangkali kumis sy inda begitu mengancam, bilang hati si pegawai pulis.

"Encik, itu mayat kena bawa pigi mana untuk dibedah siasat?", tanya Tedd yang dari tadi lagi berjalan di sebelah si Datin yang mengikut-ikut jasadnya sehinggalah ia dibawa masuk ke dalam badan ambulans. 

"Hantar di Queen terus ni", bilang si pegawai polis lantas meningu ke arah Professor Madi dan Annie.

"Kamurang duarang jangan lupa bawa barang perhiasan kamu ni nanti apabila mengambil statement di balai ar. Mungkin kita buli cek rekod lama kalau ada yang pernah melaporkan kehilangan saudara mara", explain pegawai polis yang berkumis nipis itu. Dia pasrah sudah yang si Annie tidak akan meningu dirinya walaupun tampak segak berpakaian seragam biru tua.

 "Ya, encik", bilang adik beradik itu serentak.

"Madi, si Mary sudah kena bawa pigi hospital kah?", tanya si bakal bapa mentua kepada si sado.

"Sudah, dad", bilang Professor Madi tidak menyedari akan kesilapannya. James meningu si sado dengan mata yang membulat manakala si Annie menutup mulutnya.

"Kalau karabau bulum putung, berian belum dibagi, belanja dapur belum ditetapkan, hantaran belum dipersetujui, tarikh kahwin bulum ada, cincin tunang bulum sedia -- inda payah lah ko panggil sy bapa", bilang Tedd dengan nada serius. 

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now