M² - Part 12

283 28 8
                                    

Pic: Ladies and Gents - I present to you Madi and Mary *** Skarang sy ada doubt, itu hantu-hantu kejar si Mary kah atau kejar si Professor Madi? I cannot decide. Kalau sy jadi hantu kompom sy kejar dua2 😂😂

"Yahhhhhh!!!", punya laju si Mary lari dari kawasan Lubuk Club itu sampai dia inda tingu lagi diorang yang di belakang. Laju lagi! Laju lagi! - keseronokan pula si blondie itu berlari walaupun dia bukan jenis yang sporty. Selama ni belum pernah lagi dia pigi ikut lumba lari sebab dia tidak berminat namun nikali terasa dirinya macam ratu pecut dunia pula.

"Mary!!", suara Professor Madi kedengaran jauh di telinga si Mary dan baru lah si gadis tinggi lampai itu menoleh ke belakang. Ei? Lariannya jadi perlahan dan akhirnya berhenti di sebuah spot yang agak tinggi. Kepala dia yang dililit dengan head toshlight menyuluh ke arah belakangnya.

"Wohh!!", kakinya terundur beberapa langkah ke belakang kerana tempat yang disuluhnya itu ialah sebuah gaung yang sangat curam dan dalam. Langsung tidak kelihatan apa-apa di bawahnya.

"Mary!!", sayup-sayup kedengaran suara si Professor Madi macam jarak antara mereka more than 1km. 

"Professor!! Professor Madi! Where are you!!?", perasaan risau mulai menyelubungi hati Mary. Dia memegang botol spray yang sempat diberikan oleh professor Madi semasa berada di dalam Lubuk Club.

"Mary!"., lagi jauh bunyi suara si professor.

"Professor Madi!! Am here!!", Mary membuka head toshlightnya dan melambai-lambaikannya ke udara. "Uhhuuu.. mana kamuragan hilang..?", gagaran sudah suara si Mary yang tidak berteman ni. How come dia pigi lari direction yang salah?

"Professor Madi!! Faith! Angel!! Mana kamurang?!!", malam yang semakin pekat dan bunyi-bunyi anjing hutan kedengaran mendayu-dayu di dalam hutan itu.

"Auuuuuuuuuuuuuuuu.. uuuuu uuuuwwwwww", sumarat lah butul si Mary mendengar tu bunyi anjing menangis. Grandma dia selalu bagitau dia semasa dia kecil apabila terdengar anjing yang berbunyi macam menangis di waktu malam bererti binatang itu ternampak makhluk halus. Dalam hati si Mary sudah start sembayang tapi memandangkan dia selalu ponteng class minggu di church, itu doa dia pun bertaburan dan ayat-ayat yang lainnya dibuat-buat sendiri.

"Tuhan ko tulung lah hamba ko yang selalu ponteng kelas hari minggu ini. Sy tau sy telah berbuat dosa tetapi nikali ko kasi chance lah sy. Kasi selamat sy ya Tuhan dari bencana tsunami hantu ini dan sy berjanji akan pigi gereja mulai ini hari minggu. Sama, ko kasi signal lah diorang Professor Madi supaya terjumpa sama sy. Sy janji akan melayan itu professor dengan lebih baik. Minta tulung nikali saja Tuhan! Dalam namaMu sy berdoa. Amin", 

Itu macam lah lebih kurang bunyi doa si Mary tapi bila dia repeat balik, lain lagi dia cakap jadi Penulis malas mo rekod version dia yang tukar-tukar itu. Yang Penulis ingat, perkataan pertama ialah "Tuhan" dan endingnya ialah "Amin". 

"Auuuuuuuuuuuuuuu......."

"Tuhan! Ko tulung lah kasi berenti itu anjing yang menggonggong!! Professor Madi!!! Faith!! Angel!!", gagaran sudah butul suara si Mary ni sampai mengalir sudah airmata dia lebih-lebih lagi itu suara anjing berbunyi sekali lagi.

"Mary!!", macam dekat sudah suara si Professor Madi ni. Si Mary bersemangat balik dan melompat-lompat sambil mengibarkan head toshlitenya.

"Professor Madi!! Am here!! Am here!!", jerit si Mary dengan sekuat-kuat hatinya.

"I'm coming!! Keep calling me!!", bilang suara si professor tapi tubuh badan dia inda kelihatan di mana-mana. Gelap butul bah di dalam hutan, ada juga cahaya sikit-sikit dari bulan penuh yang mengambang tapi tidak begitu menerangi tempat di mana si Mary berada.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now