The Hidden Truth - Part 30

314 36 21
                                    

"Kasi taruh sini dalam bowl besar, Annie. Sup lagi taruh.. lagi.. lagi.. itu bebola daging jangan lupa.. lagi.. lagi", si Summer memberi arahan kepada anaknya apabila dia dan James kembali dari Inanam membeli ngiu chap, ubat paling mujarab untuk para Kogutans.

"Lepas ni mo sambung balik minum ni tajau. Masih bisa lagi ni", bilang si Genevie sambil menyedut tapai dari tajau besar yang masih setia di bawah pokok mangga. Ketawa bah itu OLDTIMER semua bila tapai dijadikan sarapan pagi si datin.

"No hal, Gen. Biar kita celebrate satu minggu", bilang si Summer yang terus memasukkan sudu sup ke dalam bowl besar. "Mmmmmmmmmmmm.. adada.. sadap noh kopio ni sup.. ", dia bilang dan OLTIMER yang lain-lain berdiri dan mengangkat mangkuk masing-masing.

"Summer, bila ko mau bagitau si Madi pasal parent diorang?", tanya si Kelly dan tangannya memberikan mangkuk yang sudah berisi ngiu chap kepada Donna. (terlebih kasih sayang bah si Kelly sama si Donna ni sampai makanan pun si Donna mau juga dari tangan si Kelly)

"Better hari ni lah sebelum diorang pigi honeymoon", bilang Summer dan semua pun mengangguk tanda setuju.

"Nah, panjang umur dia. Madi! Mary! Sini kamurang!", teriak si Luc yang melihat pasangan pengantin baru yang baru memasuki perkarangan rumah. Kedua-dua mereka tampak segar dan bertenaga.

"Ya.. duduk kamurang sini. Pa macam lah semalam? Dabol kah?", tanya si Donna sambil disusuli oleh gelak tawa yang keras dari orang di sekeliling mereka. Perlahan-lahan semua ahli keluarga yang lain berpindah tempat ke hot spot geng pokok mangga itu (Thank you Jee Ujee Jee (from FB, W.A.S.W) for the team's name #gengpokokmangga)

"Inda sempat mo dabol anty Don, nakalapik kami duarang talampau penat", bilang Professor Madi sambil mengambil mangkuk dan menyenduk portion untuk dia dan Mary.

"Oh.. tapi sempat juga lah", kata si Kelly pula dan bertambah meriah lah diorang punya sesi sarapan pagi.

"Mesti lah bah sempat abang Kelly, itu yang ditunggu-tunggu tu", sahut si Mary yang tidak segan silu lagi. Kan sudah kahwin juga jadi kena biasa dengan perbualan 20sx ini. Si Luc sama si Tedd pula yang rasa segan sebab too bold bah si Mary untuk hari pertama mereka ni.

"Omm "acara" kemuncak gia tu, mana buli kasi lepas", sampuk si Bertha yang masih single with one daughter 😂.

"Semua orang ada di sini sudahkah? Sambil kita makan-makan ni ada berita gembira lain yang mahu kami umumkan", bilang Genevie yang sudah start balik dengan tajau dia. Memang betul kata Adrian, bini dia ini taih minum sampai lupa laki.

"Macam inda full family kita ni. Faith teda di sini, Angel, April.. Mana diorang semua? Hans sayang, ko buli pigi tingu diorang di atas kah? Sy ada nampak bah si April sama si Angel masuk dalam rumah tadi", pinta si Summer kepada lakinya. 

"April dalam bilik sy tengah mandi dan si Angel macam masih tidur dalam bilik dia. Nanti sy pigi kasi bangun", bilang Annie menawarkan diri. Dia ni memang sangat sayang kepada bapa dia dan apa-apa pekerjaan yang si Summer suruh Hans buat, mesti si Annie yang selalu volunteer mau bikin.

"Thank you Annie. Ko saja yang saturang ni sayang sama daddy", bilang Hans sambil menghirup sup dari mangkuk. Tedd yang sebelah dia duduk tersenyum-senyum melihat keakraban father and daughter ini.

"Faith sama si Janice masih di rumah tadi, probably they are discussing something. Kalau tiada kena mengena sama diorang we can just go ahead", bilang Mary memberi information. Bertha yang mendengar maklumat tersebut melepaskan nafas berat.

"What's wrong, Bertha? Ko sakit kah?", bisik Luc yang perasan dengan perubahan wajah kawannya itu.

"No, Luc. Am fine. It just about Janice", kata Bertha dengan perlahan, "but hopefully diorang can make up their relationship", sambungnya lagi. Semalam masa diorang moginum, Bertha sudah memberitahu kenapa anak dia si Janice suddenly mahu berpindah ke Sabah dan tinggal bersamanya.

TOMBOY SEASON 4 (COMPLETED)Where stories live. Discover now