Prolog- We First Met

24.1K 591 42
                                    

^_^: this scene ahead was inspired by a Turkish movie. Hope you will enjoy it!

🦋

"ATTENTION to all of the passengers of G-136 first class, Air Asia Airline, please fasten your seatbelts and turn off your devices. We are flying in 3 minutes. Thank you". Bunyi pengumuman daripada kapten yang bakal mengemudi kapal terbang yang aku naiki itu membuatkan aku serba sedikit gelabah mencari tempat duduk.

Semua ni salah Nisha. Kalau lah dia tak ajak aku makan lasagna tengah-tengah nak naik flight tadi, takdenya aku nak lambat macam ni. Ni, dia sendiri tak sampai-sampai lagi. Mana aku tak gelabah.

Aku berjalan di lorong tengah di dalam kapal terbang itu.  Sambil figura ku ditatap tajam oleh beberapa orang yang bersut hitam, berkaca mata hitam, semua lah hitam yang ada di dalam kapal terbang yang sama. Nasib baik hati je tak hitam. Bila dah diperhatikan macam tu, makin menggeletar lah tangan aku.

"H-2". Bicara ku di hujung kata. Membaca semula nombor tempat duduk yang telah ditempah.

Kepala ku ditunduk dan mata ku fokus mencari nombor-nombor yang ada di samping kerusi itu.

Bingo!

'Huh, jumpa pon!'. Monolog aku di dalam hati.

Baru aje nak tenang sebab dah jumpa tempat duduk, hati ku kembali gelisah tatkala melihat manusia yang ada di samping kerusi tempat duduk ku itu. Sesekali jantung terasa ingin melompat keluar daripada tempat nya di saat mataku bertentang dengan sang pemilik mata hijau itu.

Hijau? Cantiknya. Mata aku pon warna borahae je. Eh, gurau gurau. Mata aku warna biasa-biasa je. Coklat. Ya aku tahu, basic.

"Miss, where's your seat? We are flying in less than 1 minute". Aku yang berdiri tegak betul-betul di sisi kerusi tempat duduk ku sedikit terkejut apabila bahu ku disentuh oleh seorang pramugari.

"This is my seat. Sorry for the inconvenience". Sempat lagi aku memohon ampun. Ceh, ampun konon!

"Its okay. Please have your seat, fasten your seatbealt and turn off your devices". Pesan pramugari itu sambil tersenyum.

"Alright. Thank you very much".

"You're welcome".

Setelah pramugari cantik itu berlalu pergi, aku dengan sedikit tergopoh-gapah mengambil tempat duduk di samping lelaki seram yang juga bersut hitam itu.

Dan sebaik sahaja tali pinggang dipasangkan, kapal terbang itu mulai terasa seperti bergerak. Jap, bergerak?

Hm...

'WEH, NISHA!'. Ya Allah, aku baru teringat akan kawan aku yang seorang itu. Aku memerhati sekeliling.

Sah!

Dia belum lagi naik kapal terbang ni. Ish, mana dia ni?

Belum sempat aku nak panjangkan lagi leher aku mencari Si Nisha tu, kapal terbang itu mulai terasa seperti di udara sedikit demi sedikit. Aku yang secara alaminya terkejut dan tidak pernah naik kapal terbang secara seorang diri, tiba-tiba sahaja mengalami panic attack. Sebelah tangan ku memegang dada sendiri dan sebelah lagi terpaksa mengcengkam lengan penumpang di sebelah ku. Ya, lelaki seram itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now