54- Backstabber

5.5K 316 27
                                    

HARINI merupakan hari yang paling membosankan buat Jasmine. Nak manja-manja dengan shuben, shuben keluar dengan 'perempuan simpanan' dia. Siapa lagi kalau bukan Melvin.

Nak keluar, Caden tak bagi.

Jadi kesimpulannya, daripada tadi lagi dia merayau-rayau di sekitar rumah 4 tingkat ini. Ikutkan hati, nak saja dia menjelajah masuk setiap bilik yang ada di rumah ini. But hey, she has common sense okay? Dia tahu, setiap bilik yang ada menyimpan privasi untuk setiap pemiliknya.

Contohnya, makmal Lee yang berada di tingkat 4 bersebelah dengan studio komputer Alex. Kedua-dua bilik itu sangat penting untuk mereka. Jarang la orang luar dapat masuk.

Sedang Jasmine berjalan-jalan sambil memegang sebekas aiskrim coklat, kakinya tiba-tiba terhenti di hadapan sebuah bilik di tingkat 2. Bilik itu letaknya paling hujung dan paling tersorok di tingkat itu. Lagi tersorok daripada black room.

"Bilik apeni?".

Tangan Jasmine cuba untuk menyentuh pintu itu. Malangnya, tak sangka la pula pintu bilik itu sampai boleh terbuka.

Gelap gelita. Itu satu-satunya kata adjektif yang boleh mendeskripsikan keadaan bilik itu. Sungguh gelap tanpa sebarang sumber cahaya kecuali...

Jasmine menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam bilik itu untuk mengintai cahaya malap yang datangnya daripada pintu lif yang ada di dalam bilik besar itu.

"Ada lif dalam bilik? Betul-betul mewah rumah ni. Berapa erk agak-agak harga rumah ni?". Wanita itu bertanya sendiri sambil dia menyudukan sesudu aiskrim coklat ke dalam mulutnya. Sejak mengandung ni, suka sangat makan benda manis. Lagi-lagi aiskrim. Nanti anak-anak ikut perangai suka makan aiskrim, baru tahu.

"Patut ke tak aku masuk?". Tanya sangat padahal kakinya dan melangkah sepenuhnya ke dalam bilik gelap itu. Hilang habis prinsip common sense nya tadi, ceh! Ternyata rasa curiga memang dapat mengatasi segalanya. Benar lah kata orang.

Dia dan bekas aiskrim yang setia di dalam pelukannya itu bersama-sama berlegar-legar di dalam situ. Mencuba untuk mencari suis lampu.

"Takde lampu ke dalam bilik ni? Pelik". Katanya setelah puas tangan kanannya yang memegang sudu aiskrim itu mencuba untuk mencari mana-mana suis lampu yang berkemungkinan wujud.

Bilik itu semakin menarik perhatiannya apabila dia semakin mendekatkan langkahnya ke arah pintu lif yang tertutup dengan sinaran lampu malap yang seumpama mahu terkeluar daripada celahan-celahannya.

Sudu dicucuk ke dalam aiskrim yang sudah seakan mencair itu, butang lif yang bewarna merah dan bersinar itu ditekan.

Ting!

Lif itu terbuka. Memunculkan satu pemandangan bahagian dalam lif yang sangat indah. Interior design nya persis seperti lif yang ada di dalam permainan video yang pernah dia mainkan bersama Aidan.

Seram sejuk la pula, rasanya!

Seram-seram pun, masuk juga dia ke dalam lif itu.

"Eh?". Dia kepelikan.

Kenapa?

Kerana hanya ada dua butang di dalam situ. Satu, berlabel seperti anak panah ke atas dan satu lagi langsung tidak ada label. Kosong terus. Licin. Langsung tiada apa-apa tulisan.

Setelah panjang berfikir, Jasmine akhirnya menghalakan jari runcingnya ke arah butang lif yang tidak berlabel itu dan menekannya.

Ting!

Langsung pintu lif itu tertutup dan bergerak ke bawah dengan kelajuan yang sederhana pantas.

🦋

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now