1- Introducing

12.3K 497 43
                                    

SETAHUN. Setahun aku tunggu tunang aku untuk kitorang kahwin. Ini yang dia buat dekat aku? Ini? Dekat depan mata aku sendiri?

"Mind to explain, Dr. Kasyaf?". Kasyaf. Nama lelaki yang paling tak reti bahasa sekali yang aku pernah dengar.

Aku kenal dia beberapa tahun lepas, selepas dia menjadi partner aku di parti ulang tahun ke-20 hospital tempat kami bekerja. Semenjak daripada itu, aku mulai rapat dengannya dan mulai menjalinkan hubungan istimewa. Girlfriend and boyfriend. Dua tahun juga la kekal macam tu. Sehingga la, ibu mulai berbunyi.

Dia suruh kitorang bertunang dulu untuk mengelakkan menjadi buah mulut jahat orang kampung. Sebabnya, Kasyaf di selalu juga ikut aku balik ke kampung. Sebab, kampung dia pun di situ!

Nak ajak dia bertunang tu, punya la susah macam nak ajak pergi berperang. Aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi, selepas SETAHUN juga lah dipujuk, akhirnya dia rela. Jadi, termasuk tahun ni, sudah empat tahun aku dan Kasyaf bersama. Dan bakal kahwin pada beberapa bulan ke hadapan. Tepatnya pada tarikh lahir aku sendiri iaitu 6 haribulan Jun.

Tapi, ini pula yang dihadiahkan olehnya kepada ku?

"I have nothing to  explain, Dr. Nazia". Selamba dek je dia cakap macam tu. Dengan muka rileks dia tu.

"Okay". Kata ku sepatah sebelum meluncurkan cincin pertunangan yang ada di jari ku itu lalu meletakannya ke atas telapak tangan perempuan yang duduk berkepit di sebelah Kasyaf itu.

"Ambil lah. I dah tak nak guna lagi cincin tu". Ujar ku sambil air mata yang ditahan-tahan. Aku tak nak menangis. Nanti nampak macam wanita lemah.

"Oh dan, Dr. Kasyaf". Aku berpaling semula ke arahnya ketika kaki ku sudah hendak pergi meninggalkan dia.

"Hm?".

"Because of you, I dare myself to marry anyone who come into my way when I am walking out of this lobby". Kata ku. Sebenarnya, ini semua idea dare bodoh Nisha. Dia cakap, kalau terbukti yang Kasyaf curang, aku kena kahwin dengan siapa-siapa sahaja lelaki yang terlanggar bahu dengan aku sewaktu aku nak keluar daripada hotel ni nanti.

"Kenapa menyeksa diri awak sampai macam tu sekali? Saya tahu awak masih sayangkan saya. Kenapa sampai nak kena kahwin dengan stranger? Tak malu ke?". Kasyaf tersenyum sinis.

'Ni semua salah Nisha, boleh pula dia ajak aku main truth or dare dekat tempat letak kereta tadi'. Omel aku kepada Nisha di dalam hari. Nisha tu sorang lagi. Punca kepada segala masalah aku. Tapi, dia kawan yang sangat baik.

" Kalau tak, mana I nak buang semua persiapan kahwin kita yang I dah sediakan sendiri tu?". Sengaja aku menguat-nguatkan perkataan-perkataan di bahagian belakang ayat ku. Biar perempuan yang duduk berkepit dengannya itu dengar, betapa tak gunanya Kasyaf ni. Ada ke dia biar aku sorang-sorang yang sediakan semua persediaan perkahwinan? Dia ingat aku ni apa?

Dan harini terbukti la, dia memang lelaki tak guna.

"I balik dulu. Dan untuk you, ambil ni satu lagi". Aku menghulurkan sekeping kad nama milik Nisha kepada perempuan ni.

"Apeni, Jasmine?". Kasyaf bertanya.

"Ini mungkin diperlukan suatu hari nanti".

Nisha. Nampak je macam bongok gitu, dia peguam syariah tu.

"I pergi dulu, Kasyaf. Have fun".

Aku mula berpaling ke belakang semula. Berdebar-debar lah pula hati ini nak jalankan misi bodoh yang Nisha suruh. Nasib baik lah tak ramai sangat orang LELAKI dekat lobi hotel itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now