35- Sejarah Rumah Agam

7K 302 27
                                    

MAHU meninggalnya Caden. Kepenatan sebab dah merata-rata dia cari Jasmine. Dalam bilik, tiada. Dapur tiada. Satu rumah dia cari, bayang-bayang Jasmine pun tiada. Hampir pitam dia dibuatnya.

Kaki akhirnya melangkah keluar daripada rumah agam itu dan barulah dia boleh menarik nafas lega apabila melihat sang isteri sedang memegang telefon dan merakam...

... Aidan yang berkaca mata hitam dan menari-nari di tengah halaman rumah itu.

"Got my mind on your body and your body on my mind~
Got a taste for the cherry, I just need to take a bite~". Dua baris lirik itu diulang-ulang oleh mulut Jasmine. Sesekali terdengar juga lirik lagu itu keluar daripada telefon yang dipegang oleh Jasmine.

"Tak jadi! Sekali lagi". Dapat dilihat daripada jauh Jasmine yang sedang tergelak besar sambil mengarah-arahkan Aidan untuk memulakan semula tariannya.

"Dah 80 kali aku ulang benda sama, Jasmine. Apa kata kau suruh laki kau pula?". Aidan sampaikan terduduk di atas rumput bersih di halaman itu akibat kepenatan. Penat melayan karenah isteri orang ni.

"Caden mana ada. Kan saya dah cakap, dia dan yang lain ada kerja. Jadi, awak la kena teman saya. Ala, sekali je lagi Aidan". Wanita 27 tahun yang berperangai kebudak-budakkan itu memujuk Aidan buat kali ke-81.

"Tu, Gil". Aidan menghalakan jarinya ke arah Caden yang sedang duduk di kerusi besi yang terletak berdekatan dengan tempat mereka 'bermain'.

"Eh, awak". Jasmine melambai-lambai suaminya.

"Ha, suruh lah dia".

"Tak nak la, tak berani". Jasmine menolak cadangan Aidan.

"Dengan aku, kau berani pula? Kejut aku pukul 7 pagi semata-mata nak suruh aku gelek dekat tengah-tengah halaman rumah ni. Ni kalau jiran nampak, confirm kena sindir". Aidan mendengus. Apa lah nasib dia sampaikan kena ikut cakap isteri orang ini. Kang kalau tak ikut, buatnya dia mengadu dekat Caden, masak lah dia. Tapi, Jasmine bukan jenis macam tu.

Well, akhirnya dia ikutkan sahaja. Tak salah pun kan joget di pagi hari sekali sekala?

"Kenapa ni?". Suara Caden sambil kakinya berjalan mendekati mereka berdua.

"Bini kau ni la, Gil. Dah 80 kali dia suruh aku joget benda sama".

"Joget jela, apa susah?". Giliran Caden pula untuk tergelak besar. Ada ke dalam sejarah ahli Keluarga Velkovace yang pernah berjoget macam Aidan ni? Takde nya. Kalau fikir balik, berani betul Jasmine menyuruh Aidan ya? Ni kalau wanita lain atau rakan-rakannya yang lain menyuruhnya untuk berjoget macam ni, mati hidup balik mati balik pun dia TAK AKAN BUAT.

"Aku penat la wey, sumpah". Aidan yang terduduk di rumput itu daripada tadi lagi menahan lelah.

"Rehat dulu. Nanti sambung. Kalau kau buat sampai jadi, kereta yang kau nak tu, aku belikan". Bisik Caden di telinga Aidan membuatkan mata lelaki muda itu bersinar-sinar.

"McLaren 720S?".

Caden angguk sekali.

"McLaren 720S apa?". Jasmine bertanya kerana berasa ingin tahu. Dia paling pantang kalau orang berbisik-bisik depannya. Tak tahu Ustaz Azhar Idrus cakap, kalau duduk bertiga, jangan berbisik berdua. Nanti orang ketiga tu terasa hati.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now