6- Something Happened?

8.5K 399 11
                                    

"VIN, kau pergi panggil kan Aidan. Daripada tadi tak siap-siap lagi nak mengemasnya". Cuba teka ni siapa? Sudah semestinya la yang dengan perangai mak-mak nya tu. Suka membebel. Siapa lagi kalau bukan...

**drum roll...

ADAM LEE!

Panas hatinya tu menunggu Aidan yang sedari tadi tak sudah-sudah mengemas barang-barangnya. Macam setahun pula nak pergi Rusia sana. Padahal, seminggu sahaja.

Kemas apa?

Kemas alatan gaming dia la. Katanya, takut perompak masuk, ambil semua. Sayang sangat!

"Kejap". Laju Melvin melangkah ke tingkat atas rumah agam itu. Dia yang biasanya tenang pun serba sedikit gelabah, takut terlewat. Jam sudah menunjukkan pukul 9. Mereka harus bertolak seawal jam 0930. Mana tak gelabahnya. Kau cakap dengan aku. Mana tak gelabah?

"Lee. Kasut aku mana?". Tanya Caden yang berdiri di hadapan pintu rumah itu. Mengah juga dia berlari daripada kereta ke stor, daripada stor ke pintu hadapan dalam misi mencari boots kesayangannya tu.

"Kasut mana?".

"Saint Laurent. Hitam. Boots, yes boots. Mana? Aku nak pakai nanti".

"Ada dalam kereta aku la. Mustang tu. Kan kau letak dalam tu haritu, Gil. Nyanyuk dah ke?". Selamba dek dia aje mengutuk lelaki itu. Tak sayang nyawa ke Lee? Risau pula aku dengan nasib kau yang mendatang. Kita ucapkan salam takziah awal-awal, lah ya?

"Dah cari, takde".

"Kau cari betul-betul tak-eh...". Lee seakan teringat sesuatu. Terpaku dia ditempat duduknya. Terdiam dia sejenak. Entah apa yang merasuk dia tiba-tiba diam macam tu. Nampak hantu kak limah ke?

"Dah simpan semua dah kan? Jom. Kitorang lambat sebab kau". Sempat lagi Melvin yang baru sahaja turun bersama Aidan itu menarik telinga dewasa berusia 22 tahun itu. Siapa suruh lambat lagi!

"Vin! Vin! Masak aku!". Lee menjerit separa berbisik sambil berlari ke arah Melvin.

"Dah kenapa kau ni?". Soal Aidan. Melvin sekadar berkerut dahi. Malas membuka mulut.

"Boots yang kau bagi kat Jasmine semalam, boots yang mana?". Soal Lee, perlahan. Takut perbualan mereka didengar oleh Caden yang masih menunggu jawapan daripadanya di hadapan pintu rumah itu. Tercegat dia berdiri kat situ.

"Saint Laurent. Hitam. Bawah tempat duduk kau. Kau yang suruh ambil yang tu kan?". Melvin membuatkan muka selamba. Masih belum menangkap apa yang telah berlaku. Alex yang duduk di hujung ruang tamu pula berkerut-kerut dahinya. Tidak tahu apa-apa.

"Wey, tu boots Gil wey".

Telan air liur terasa pasir juga la Melvin apabila terdengar pernyataan tulus ikhlas daripada mulut Lee kesayangan yang terlebih pandai itu.

"Dia tengah cari ke?".

Aidan yang clueless tu pun mulai berpeluh-peluh, takut. Bukannya mereka tak tahu yang...

0.001% sahaja peluang untuk Caden Gilbert berkongsi barangnya dengan orang lain. Apatah lagi orang asing.

"Kau bertiga buat apa dekat tangga tu? Lee, aku tanya ni, mana boots aku?". Derapan tapak kaki yang mulai melangkah ke arah mereka membuatkan lutut ketiga-tiga manusia di situ bergetar seperti jeli.

"Sebenarnya kan, Gil. Boots kau...". Lee memulakan bicaranya. Hampir sahaja dia tergagap-gagap.

"Boots kau aku, yes aku bagi pinjam dekat Jasmine semalam". Melvin mengaku. Biarlah dia yang dipersalahkan 100%. Kalau bukan dia mengaku macam ni, MESTI Lee akan tuduh dia juga nanti.

SAYF MALEEQ ||©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora