11- Aiskrim Coklat

7.8K 373 55
                                    

"BABAH, buat apa ramai-ramai ni?". Soalan yang sedikit kedengarannya janggal itu ditanyakan oleh Jasmine sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah babah nya itu.

Dipaksa balik oleh Nazrien, maka dia balik lah. Kata Nazrien, ada urusan penting yang melibatkan keluarga Kasyaf dan keluarga dia. Apabila Jasmine bertanya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, Nazrien enggan memberi tahu dan hanya menyuruhnya untuk pulang secepatnya.

Cepat tak cepat juga la, pukul 7.45 baru sampai ke rumah. Jasmine baru sahaja menjalankan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak yang mempunyai tumor otak petang tadi.

Pembedahan itu malangnya, tidak berjalan dengan begitu baik menyebabkan budak berusia 5 tahun itu koma. Kemudian, shif nya diganti oleh doktor biasa yang lainnya.

Dia duduk di hospital sebentar untuk menunaikan solat maghrib kemudian barulah dia pulang ke rumah. Ini pun dalam keadaan yang serabut dan baru lepas menangis sepuasnya.

Bagi dia, kanak-kanak itu koma kerananya. Bagi dia, semua ini diakibatkan olehnya. Dia rasa bersalah 200%.

"Kasyaf dan keluarga buat apa kat sini?". Tanya Jasmine lagi.

"Macam tak suka aje kami datang sini. Duduk la dulu, Jasmine". Mak Cik Farida iaitu ibu kepada Kasyaf menggamit Jasmine untuk duduk di sampingnya.

"No, takpe. Cakap je, Jasmine boleh berdiri. Lagipun, Jasmine nak cepat".

Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum Nazrien yang membuka mulut. Antara orang termuda di situ.

"Ling ling marah tak kalau abang cakap yang...".

"Yang?".

"Kasyaf nak teruskan wedding korang". Ha! Ini yang buat emosi Jasmine semakin tidak stabil ni. Makin bergelora hatinya menahan marah.

Eh, bukan Kasyaf ke yang beria curang?! Lepastu ada hati nak teruskan majlis bodoh ni?! Panas pula aku!

"Apa ni, babah? Ling ling dah cakap kan, kami dah takde apa-apa hubungan. Sejak satu daripada bulan lepas lagi". Beg tangan yang setia di bahu dicampak ke lantai. Betapa bencinya dia dengan hari ini. Semua benda nak jadi buruk.

"Kasyaf minta maaf, Jasmine. Kasyaf cuma nak perbaiki hubungan kita. Ka-".

"You, diam Kasyaf! Apa you cakap? Hubungan kita? Kasyaf, you cheated on in front of my eyes and you sendiri cakap yang you tiada apa-apa nak dijelaskan lagi. So what now? Nak jilat ludah you balik?". Tajam mata Jasmine di sebalik kaca mata itu merenung Kasyaf. Seperti kejadian sebulan lepas berlalu bagai kan angin sahaja baginya. Amboi, amboi! Banyak tak cantik muka kau!

" Ling ling, cakap elok-elok dengan Kasyaf". Pesan babahnya dengan lembut. Tahu yang hati anak daranya yang satu ini tengah terbakar.

"Tak nak, bah! Dia tak layak untuk Ling ling cakap elok-elok. Kau dengar sini eh, Kasyaf. Jangan kau jejak lagi kaki kau kat rumah ni, jangan kau tunjuk lagi batang hidung kau dekat depan aku sebab aku benci kau!". Semua kata-kata disembur ke hadapan muka Kasyaf. Ibu dan bapanya yang duduk di antara kedua sisi lelaki itu turut terkejut dengan perubahan sikap Jasmine yang tiba-tiba berubah itu.

" Jasmine ni dah kenapa? Kasyaf nak tu, terima je la. Ke Jasmine dah ada orang lain?". Sinis mak cik tua itu berkata-kata. Ada juga yang kena cili mulutnya nanti.

Terus Jasmine terdiam. Entah kenapa, fikirannya menerawang mengingatkan lelaki bermata hijau itu.

" Dah la, bah, Abang Nazrien. Jasmine nak balik". Baru selangkah kakinya ingin pergi meninggalkan ruangan itu, Kasyaf mulai berbunyi.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now