ALTERNATE ENDING

2.5K 93 13
                                    

TW: THIS PART WILL BE LONGER THAN THE OTHERS KERANA DIA AKAN MENCERITAKAN TIMELINE DI MANA SEBELUM MECCA BERUMUR 6 TAHUN DAN SELEPAS MECCA BERUMUR 6 TAHUN. ENJOY!

BEFORE

CADEN merenung tubuh tidak bermaya isteri tercintanya, Jasmine. Jasmine sudah berada di sebuah hospital di ibu negara setelah dibawa pulang oleh suaminya daripada Rusia ke Malaysia untuk dirawat dengan lebih baik dan rapi. Jantung Caden hampir luruh apabila mendengar bahawa keadaan isterinya yang menjadi begitu kritikal setelah prosess pembedahan untuk menyelamatkan salah seorang daripada anak kembarnya beberapa hari lepas. Mujur sahaja Allah tidak menarik nyawa wanita kesayangan Caden Gilbert itu. Akan tetapi, masuk saja hari ini, sudah seminggu Jasmine tidak sedarkan diri.

"Wake up, sweetheart. Aku rindu kau". Bicara Caden sendiri seraya dia meletakkan kepalanya di sisi katil pesakit itu. Lebih tepat lagi di samping tangan pucat Jasmine yang digenggam erat oleh si jejaka. Kepala Caden masih berbalut dek kerana kesan luka akibat dipukul dengan sangat teruk seminggu yang lepas. Air matanya tidak berhenti mengalir. Mulutnya tidak berhenti berdoa kepada Yang Maha Esa agar Dia dapat kembalikan Jasmine Nazia kepadanya dengan keadaan seperti dahulu kala.

"Gil, sudah lah. Jom kita pergi makan dulu", Melvin yang sedari tadi menemani Caden di dalam bilik itu mulai bersuara. Dia sebenarnya merisaukan kawan baiknya yang sejak daripada semalam tidak menjamah makanan ini.

Caden menggeleng. Perlahan. Kepalanya masih tidak diangkat. Dia betul-betul tidak lagi mahu meninggalkan isterinya sendiri. Dia takut perkara yang sama berulang sekali lagi.

"Nanti kau sakit, Gil. Bila kau sakit, kau cengkung. Bila kau cengkung, badan kau dah tak cun. Bila badan kau dah tak cun, nanti Jasmine dah tak suka kau macam mana?". Ini pula Lee yang terpaling handal dalam membuat early conclusion. Jangan tanya aku daripada mana dia muncul. Sebab aku pun tak tahu.

"Lee...". Melvin menyeru perlahan nama Lee; sebagai tanda amaran untuk tidak bergurau bodoh di kala orang sedang bersedih ni.

Lee lalu membuat gaya seperti dia sedang menzipkan mulutnya. Menandakan yang dia tidak lagi akan membuka mulutnya buat seketika. Nak suruh dia diam lama-lama? Memang tak la. Nama pun Adam Raiyan Lee. Mulut mana pernah nak diam.

"Jom, Gil. Aku yakin nanti bila kau balik, kau akan dapat berita baik". Melvin tersenyum penuh makna. Entah apa yang dia sedang sorokkan daripada Caden ini. Lelaki yang kelihatan cukup serabai itu terus mengangkat mukanya untuk memandang Melvin membuatkan 'seseorang itu' terus memejamkan matanya kembali.

"Promise?". Seperti kanak-kanak polos sahaja Caden bertanya.

"обещать (promise)". Melvin sekali lagii tersenyum manis. Haih, untung betul Alisa dapat tengok si beku yang jarang senyum ni, senyum hari-hari. Okay, ini sangat rawak ya?

Caden mengangguk sekali sebelum bangun daripada duduknya.

"Kita pergi check keadaan anak kau sekejap. Lepastu kita turun ke kafe dekat bawah ni. Semua dah tunggu kau kat sana". Jelas Melvin. Memang semua yang lain kecuali Melvin dan Lee sudah berada di kafe hospital ini untuk makan bersama Caden dan berkongsi sedikit sebanyak info tentang keadaan masing-masing. Mereka sangat ingin mengetahui keadaan Caden dan Jasmine.

"Jasmine? Siapa nak tengok dia?". Caden risau nak mampus sekarang ni.

"Itulah fungsi Lee dekat sini".

"Yup dan ada lagi few bodyguards yang akan jaga dekat luar. Kau jangan risau, Gil". Giliran Lee pula dalam menyakinkan Caden untuk pergi turun makan.

"Hm, okay". Caden akhirnya akur dan terus mengikuti Melvin keluar daripada bilik itu.

Keluar sahaja Caden dan Melvin daripada bilik itu, terus 'seseorang itu' membuka kembali matanya lalu tersenyum segaris ke arah Lee membuatkan Lee tersenyum kembali seraya menaikkan ibu jari tangan kanannya.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now