53- Nilai Sentimental

5.5K 256 12
                                    

"APA dia buat kat situ?". Wajah Caden begitu serius merenung paparan imej pada layar putih itu.

Jelas kelihatan imej figura tinggi milik Nisha yang berpakaian mirip sekali seperti pakaian lelaki yang berdiri di dekat tangga yang berada tidak jauh daripada apartmen milik Jasmine.

Tangan wanita itu kelihatannya seperti memegang sebuah telefon.

"Guess what?". Melvin mengangkat keningnya.

"What?".

"Нажмите на клавиатуру  (click on the keyboard)". Melvin menyuruh Caden untuk menekan salah satu kekunci yang ada di atas papan kekunci laptop milik Alex.

Click!

Butang itu ditekan sekali oleh Caden membuatkan imej yang tadinya tetap pegun di atas skrin itu akhirnya bergerak-gerak dan mengeluarkan suara. Suara pertuturan yang amat perlahan. Namun, masih boleh didengari oleh semua orang yang ada di dalam bilik itu.

"Jabatan Agama Islam? Saya nak melaporkan kegiatan maksiat yang berlaku di sebuah apartmen di Kota Damansara".

"Siapa dia?". Caden mulai bertanya untuk kepastian walaupun sebenarnya dia sudah mengetahui bahawa perempuan berpakaian seperti lelaki itu ialah Nisha, kawan baik isterinya sendiri. Amarahnya semakin naik melonjak.

"Nisha Tasneem Dato' Jamaluddin. Peguam syariah di syarikat guaman Encik Nazman. Ayah mertua kau, Gil. Dia berumur 27 tahun. Kawan baik kepada Jasmine. Satu kolej, satu sekolah menengah dengan Jasmine". Fail yang ada di tangan dibelek-belek oleh Alex sambil dia menjelaskan segalanya.

"Apa motif dia?".

"Belum tahu, Gil". Sambung Lee.

"Any idea?".

"Я предлагаю привести ее сюда (aku cadangkan, bawa dia ke sini). Kita soal siasat dia". Melvin cuba untuk nengajukan cadangan.

"Hm. Buat la. Kalini, aku bagi kau bertiga uruskan 100%".

"Kenapa Gil? Kau nak pergi mana? Kau nak tinggalkan kitorang ke? Ala, jangan lah pergi lagi Gil. Kesian kitorang. Mana nak cari makan nanti. Tak baik tau Gil tutup periuk nasi orang". Alex mengelap air mata palsunya. Ye ke palsu? Yela, dia kan cengeng. Kita mana tahu kan?

"Periuk nasi kepala mak kau la!". Lee ni kalau tak tengking Alex sehari, memang bukan dia la. Entah apa salah Alex di kehidupan lepas pun tak tahu sampaikan dia harus dipertemukan dengan lelaki baran ni. Jadi kawan baik pula tu.

"Lee...". Kerlingan tajam diberikan oleh Melvin.

"Sorry, sorry".

"Aku kena balik Rusia. Orang tua tu dah tak larat nak uruskan syarikat kat sana". Orang tua yang dimaksudkan Caden sudah semestinya la Mr. Vyacheslav.

"Syarikat? Eh Gil, bukan kau kata dah tak nak-".

"Hotel. Aku akan uruskan hotel-hotel keluarga Velkovace. Yang lain, aku dah bincang dengan orang tua tu, semuanya akan diturunkan kepada Liam Velkov. Sepupu aku". Jelas Caden, satu persatu. Takut ada yang masih keliru.

"Maknanya, The Leader of Velkovace isn't you anymore? Kenapa kau tak pernah bagitahu pun kitorang pasal ni, Gil? Sejak bila kau buat keputusan ni?". Biasanya Lee atau Alex yang banyak tanya kan? Ha, kalini Melvin pula.

"Buat masa sekarang, I am still the leader. Tapi, lepas je selesai masalah aku dengan Kings, then kau bertiga akan dapat ketua baru. Bukan lagi aku. Kau bertiga boleh buat pilihan samaada nak terus tinggal di Malaysia atau nak pindah ke Rusia balik. Tapi kalau aku, aku akan balik dan menetap terus di Rusia".

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now