5- Boots

9.1K 392 6
                                    

MATI-MATI Jasmine ingat yang dia seorang sahaja ada di dalam kereta yang dipandu oleh Lee itu. Padahal, timbul pula seorang lelaki dingin yang mengheretnya masuk ke dalam bilik bercadar pastel purple tadi.

"Kenapa kau ikut aku, Vin?". Si pemandu bertanya kepada Melvin yang sedang duduk di tempat duduk belakang sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"Entah".

"Entah?".

"Gil suruh aku keluar dengan kau. Dia suruh Alex pergi survey airport untuk penerbangan esok. Aidan pulak dia suruh tinggal kat rumah, suruh bincang apa entah dengan dia". Ni bukan sekadar 'entah' ni, ini namanya Melvin malas menjawab pertanyaan Lee.

"Bincang apa erk? Tadi dah bincang kan? Pelik aku dengan dua orang tu".

"Biar la diorang. Takyah sibuk nak ambil tahu".

"Yela-yela". Ujar Lee seumpama berserah. Ala, dia baru nak korek lebih sikit rahsia Aidan dan Caden. Melvin pula dah bagi amaran awal-awal. Sedih la Lee macam ni. Siapa boleh pujuk dia? Angkat kaki.

"Ha, yang kau ni. Duduk diam-diam boleh tak?". Suara yang tenang tadi bertukar menjadi serius tatkala matanya terarah kepada Jasmine yang sedari tadi mengusap telapak kedua belah kakinya.

"Kaki I macam pedih la. Mesti sebab I jalan atas jalan tar panas tadi. Kasut I pula you tak kasi cari tadi. Nanti I nak jalan pakai apa? Makin sakit la kaki ni nanti". Haih, orang tanya dua patah je. Dia balas berpatah-patah. Mana tak serabut Lee.

Lagi satu, Lee mana biasa dengan keadaan bising-bising macam ni. Selalunya rumah yang mereka biasa lepak iaitu rumah Caden, sunyi. Selalu mereka buat kerja masing-masing je. Munculnya Jasmine walaupun hanya buat berapa ketika, terus riuh rendah.

"Vin, cuba kau ambil boots hitam dekat bawah tempat duduk aku ni".

"Mana satu? Ada dua". Soal Melvin.

"Ambil yang Saint Laurent, warna hitam". Arah Lee. Langsung dituruti sahaja oleh Melvin. Kan tak ikut, mahu tercetusnya perang dunia ke-4 dalam kereta tu. Dah tak boleh balik Jasmine. Tch, tch, tch kesian...

"Bagi kat perempuan ni".

Huluran daripada Melvin itu disambut dengan redha oleh Jasmine. Entah boots siapa-siapa yang dia bagi dekat Jasmine ni. Jangan kata boots milik Caden sudah. Mahu mengamuk tuan punya kasut tu nanti.

"Kasut siapa ni? Nanti macam mana I nak bagi balik?".

"Tak payah bagi balik. Kan senang". Sesenang itu sahaja jawapan daripada seseorang yang networth sebulannya melebihi $10M.

"Eh, serius la? Saint Laurent ni". Lagi nak ditanya la Si Jasmine ni. Ada juga aku betul-betul ketuk kepala nanti.

"Kau ni dah kenapa? Tadi mengadu kaki pedih la, apa la. Orang dah bagi tu, tak payah banyak soal boleh tak? Pakai je la. Boots tu, tak payah bagi balik. Simpan je buat saka kau makan". Kesabaran Lee semakin menipis melayan Jasmine. Dah la disebabkan dia, Lee kena jemur tengah panas oleh Caden tadi.

Technically, salah Lee juga. Orang dah cakap, jangan pukul Jasmine. Dia pukul juga. Siapa suruh? Kan dah kena penangan jemuran ikan kering tu. Dengan Alex, Alex sekali terkena tadi. Kenapa? Sebab Alex pun ikut dia.

"I takde saka la".

"Eh diam la perempuan! Banyak bunyi pula kau". Terlepas juga tengkingan yang ditahan-tahan sedari tadi. Tersentak sedikit bahu Jasmine.

Tak pernah-pernah dia kena tengking macam ni dengan lelaki. LELAKI PULA TU!

"You tengking I sekali lagi, I bagitahu-".

SAYF MALEEQ ||©Où les histoires vivent. Découvrez maintenant