57- Pagi Yang Indah

5.6K 294 21
                                    

"NAZIA, bangun. Mandi. Kita kena bertolak ke KLIA dalam masa satu jam. Flight pukul 10, sayang". Caden yang baru sahaja selesai mandi itu menggoncang lembut tubuh Jasmine yang sedang lena dibuai mimpi.

"Hmm... Awak dah mandi ke?". Perlahan-lahan figura itu membuka kelopak matanya dan duduk bersandar di kepala katil. Ditenyeh-tenyehnya mata untuk menjelaskan lagi pandangan terhadap suaminya itu.

"Dah. Aku tak nak kejut kau sebab aku mandi awal tadi. Tak nak la ganggu tidur kau".

"Ish!". Bentak Jasmine tiba-tiba sahaja. Dah apa kena pula perempuan ni? Pagi-pagi lagi dah angin. Lupa makan ubat ke?

"Kenapa ni, Nazia? Pagi-pagi lagi dah masam-masam muka dengan aku macam ni. Aku ada buat kau sakit hati ke? Aku ada buat salah ke, hm?". Dia duduk menghadap Jasmine.

Lemah betul jiwanya setiap kali Jasmine mengalami perubahan emosi secara drastik. Kadang-kadang, sampai dia tak tahu macam mana nak pujuk. Akhirnya, dia biarkan sahaja. Nanti Jasmine baik sendiri.

" Ada!".

" Apedie? Tell me so I can fix it". Tangan kasar itu naik menyapu-nyapu sedikit habuk putih yang terlekat di pipi Jasmine. Entah habuk apa pun tak tahu. Tiba-tiba sahaja muncul. Siling pecah ke?

"Awak...".

"Aku?".

"Mandi tak ajak saya. Saya nak mandi dengan awak. Jom la, kita mandi sama-sama".

Naik berasap telinga Caden mendengar ayat spontan itu. Bukan sebab marah tapi sebab dia malu! Tak pernah-pernah Jasmine minta untuk mereka mandi bersama. Ini termasuk dalam hormon ibu mengandung ke?

"Aku dah mandi la". Dia berdiri daripada katil itu dan menuju ke arah almari baju. Mencuba untuk menjauhkan diri sendiri daripada terus digoda isteri comelnya itu.

"Kalau macam tu, saya tak nak mandi". Jasmine menarik selimut sehingga menutupi paras pinggangnya. Dia memeluk tubuh sendiri. Cuba untuk memprotes.

"Jangan la macam tu. Flight kita lama nanti, Nazia. Pening kepala kau kalau tak mandi. Cuaca sekarang dah la panas. Kalau kena strok haba, macam mana?".

"Ha tahu takpe. Dahtu, jom la mandi sama-sama. Susah sangat ke? Awak tahu tak kalau suami isteri mandi sama-sama dapat pahala? Ke awak tak anggap yang saya ni isteri aw-".

Belum sempat Jasmine menghabiskan sangkaan karutnya itu, Caden yang masih lagi bertuala putih paras pinggang itu menghampiri Jasmine dan menarik lembut selimut yang menutupi paras pinggang Jasmine dan ke bawah itu.

" Ha kenapa? Tadi cakap dah mandi". Jasmine senyum senget.

'Works everytime'. Fikirnya, jahat!

"Sebelum kau terus berfikir benda bukan-bukan tu, aku lebih rela mandi buat kali kedua. Dah, jom". Caden menadah tangannya, mencuba untuk membantu Jasmine berdiri. Maklumlah, member tu dah berbadan 3.

Namun, Jasmine masih lagi keras di tempat duduknya.

"Dah kenapa dengan kau ni? Tadi beria sangat nak mandi dengan aku".

"Dukung~". Eee, mengada-ngada nya Jasmine ni! Nasib baik comel!

"You ain't wearing any pants underneath that shirt. Im not gonna carry you". Risau juga dia apabila melihat Jasmine yang kelihatan terlebih seksi hanya dengan memakai kemeja putih kerja miliknya tanpa memakai seluar. Ala, duduk rumah kan.

Tapi yang peliknya, kenapa wanita itu tiba-tiba sahaja nak pakai kemeja kerja milik Caden itu? Mungkin sebab selesa untuk dibawa tidur kut.

"Kenapa? Takut?".

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now