56- Plan

5.7K 258 16
                                    

"SEDAP sangat ke Big Mac tu sampai tak pandang aku langsung?". Tegur Caden sambil tersenyum manis tatkala melihat Jasmine yang sedang 'khusyuk' menerkam burger itu. Suka betul ya, makan makanan tak berkhasiat. Dia tu dah la tengah mengandung!

"Sedap. Awak nak?". Dia mengangguk-angguk laju. Persis seperti kanak-kanak polos. Dengan mayonisnya terlekat di pipi kanan. Dengan tudungnya yang disarung tanpa membuang pigtail nya terlebih dahulu, membuatkan Jasmine seperti memiliki tanduk sahaja. Comel sangat!

" Makan lah. Aku dah kenyang".

Dia tersenyum lagi walaupun hatinya tetap resah. Macam mana la dia nak bagitahu Jasmine yang dia sudah mahu hidup tetap di Rusia. Tidak lupa juga tentang niatnya yang turut sama ingin membawa Jasmine menetap di sana bersamanya.

"Kalau dah kenyang, kenapa tengok saya macam tu?". Soalnya, matanya tiba-tiba memandang runcing si suami.

"Awak jangan macam-macam erk". Jari ditunding ke arah Caden. Apa yang dia fikir pun, tak tahu.

"Apa, sayang? Aku tak cakap apa-apa pun. Kau tu yang suka sangat fikir benda mengarut". Caden tergelak kecil.

"Hey, mana ada la!". Jasmine membentak. Makanan yang dipegang diletak dengan agak kasar ke dalam kotaknya semula. Ha dah mula dah tu. Nak mengamuk, merajuk aje kerjanya.

Caden hanya mampu menertawai isterinya itu. Comel sangat! Hilang sikit stres yang hinggap di seluruh ruang hati dan mindanya itu.

"Nazia, sebenarnya aku nak bincang sesuatu dengan kau". Caden menarik nafas dalam untuk memulai perbincangan. Dia harus menjelaskan dengan lebih terperinci agar Jasmine faham.

Isterinya ini bukan boleh sangat, tersalah cakap sikit, terus nak melenting. Baran betul!

"Apa?". Ha kan dah kata. Belum mula lagi, dah garang. Takut betul la dengan mak buyung ni!

"Ikut aku tinggal di Rusia, nak? Atuk aku dah lama nak tengok kau. Dia excited nak dapat cicit". Jelas Caden secara lancar. Walaupun hakikatnya jiwanya berdebar-debar, tetapi dia harus tetap tenang dalam menjelaskan segalanya.

"Tapi babah? Abang Nazrien? Kerja saya?". Mulutnya dibentuk persis seperti huruf 'U' terbalik. Air ice lemon tea yang berada di tempat pemegang air di dalam kereta itu diambil dan dihirup.

"Aku dah bincang dengan babah. Dengan Abang Nazrien".

"Bila?".

"Tadi".

"Masa awak keluar dengan Melvin tu ke?". Jasmine menyoal. Oh, sebab itu ke Jasmine tak dibenarkan ikut? Ada projek rahsia rupanya.

"Yes. Aku pergi jumpa babah dengan Abang Nazrien. Aku dah cakap yang kau akan ikut aku ke Rusia. Abah mulanya berat nak lepaskan kau but after I did convince him, he finally agreed. Dia cuma pesan untuk aku jaga kau baik-baik. Setiap kali raya, mesti balik Malaysia. Kalau boleh, dia nak kita tiap 3 bulan sekali balik ke Malaysia nanti". Panjang lebar Caden cuba untuk menyakinkan Jasmine.

"Hm... Kalau macam tu... Boleh lah". Beberapa fries dicapai daripada bekasnya dan disuakan ke mulut.

Aih, semudah ABC?

"Aik, senang betul".

"Asalkan babah bagi, saya okay je. Oh satu lagi, kerja saya?".

"Nak kerja juga? Kau kan tengah mengandung ni". Caden mulai merisaui Jasmine. Kandungan dah nak masuk 5 bulan lebih, tetap juga nak kerja. Dah banyak kali Caden nasihat untuk rehat seketika, namun dia tetap juga berdegil.

"Maksud saya, lepas saya siap berpantang nanti. Macam mana?".

"You will be a neurosurgeon there in Rusia. And if you wish to have your own private hospital, I can arrange it". Serius la!? Caden bahkan ingin membina sebuah hospital untuk Jasmine demi memujuk wanita itu untuk tinggal di Rusia bersamanya.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now