10- The Dinner

7.8K 344 3
                                    

TELEFON langsung diletakkan ke dalam poket di saat dia melihat datuknya datang menghampiri kerusi dan meja tempat di duduk itu.

"Вы готовы? (dah sedia?)". Mr. Vyacheslav menyoal Caden sambil menepuk-nepuk bahunya membuatkan dia berasa sedikit tidak selesa dan gementar. He hates physical touch.

"Нет (tidak)". Dia menjawab sambil menghirup jus oren yang terhidang di dalam gelas tingginya itu.

"No matter how nervous you are right now, you have to be ready". Dia menepuk sekali lagi bahu Caden sebelum berlalu ke arah sebuah meja yang diduduki oleh beberapa orang ternama. Boleh dikatakan sebagai rakan perniagaan Keluarga Velkovace.

Perbualan dua beranak itu disaksikan oleh Lee, Alex, Aidan dan Melvin secara tidak berkelip. Keempat-empat daripada mereka berasa gerun dengan hanya menatap wajah garang kedua-dua manusia itu.

"Kau semua. Tak nak makan ke?". Tanya Caden.

Namun, semuanya terdiam. Semuanya dapat membaca air muka Caden yang agak tengah berserabut sekarang ni. Macam tiada arah. Dia memang betul-betul tak nak pikul jawatan ni.

"Makan dulu. Nanti majlis tu lama. Ucapan orang tua tu, bukannya pendek". Sempat lagi dia mengutuk datuknya di hujung kata. Bukan lah dia benci akan Mr. Vyacheslav, namun dia hanya kurang gemar dengan sikapnya. Itu sahaja. Masakan dia membenci datuk kandungnya sendiri?

"Okay, Gil. Kitorang ikut je apa kau cakap".

"Benda kau ni, Alex. Gil suruh makan je kut". Aidan menjeling Alex. Ha, yang ni dah kenapa pula? Mesti kalah masa main game dalam kereta semasa nak ke sini tadi.

"Kau tak makan, Gil?". Tanya Melvin. Risau juga dia melihat Caden yang sedari tadi suruh yang lain makan, tetapi apabila yang lain sudah mula bergerak ke meja buffet, dia masih duduk di meja itu. Kalau boleh kepala dia tu, nak aje dia baringkan atas meja. Terlalu penat.

Malam semalam, naik jet. Sampai je di tanah Rusia, dapat rehat beberapa jam lepastu terus pergi rumah Keluarga Hanchester untuk makan tengahari. Lepastu, malamnya ada majlis ini pula. Sungguh dia penat.

"Nanti aku pergi".

"Aku pergi ambil makanan dulu eh?".

Caden hanya mengangguk.

+penat mental. Entah kenapa dia berasa terlalu rindu akan mendiang ketiga-tiga ahli keluarga. Ayahnya, Connor Velkov Gilbert, ibunya Clara Grace Gilbert dan adiknya Chatarina Grace Gilbert. Semuanya pergi meninggalkan dia sebelum sempat mereka memeluk Islam.

Menambahkan lagi rasa sakit di dalam hati Caden.

Titisan air mata yang hampir terkeluar, dia lap. Dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan keluarga Velkovace dan keluarga-keluarga lainnya. Dia bakal memimpin Velkovace, nanti apa pula yang orang cakap.

Setelah menyapu-nyapu sedikit habuk bayangan yang ada di atas sut serba hitamnya itu, dia melangkah menuju ke arah meja buffet di mana kelihatan keempat-empat daripada monyet itu sedang mengambil makanan.

"Мисс, можешь ли ты передать мне макарон (miss, can you give me the pasta)?". Caden terpaksa juga akhirnya berbicara dengan seorang wanita bergaun putih susu yang ada di hadapannya apabila tangannya dihalang oleh badan wanita tersebut untuk mengambil pasta yang sudah siap dihidang itu.

" Уверенный (sure)". Wanita itu mencapai sepinggan pasta yang ada kemudian dihulurkan kepada Caden. Agak terkejut Caden apabila melihat tangan wanita itu yang berbalut.

"Alisa?".

"Caden Velkov Gilbert?". Alisa menyoal kembali.

"Have you seen Melvin? Or is he not coming?". Soal Alisa sambil matanya meliar mencari figura tinggi yang bersut putih susu juga pada malam itu. Eh, matching pula dua orang ni.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now