50- Cip Rahsia

5.7K 260 7
                                    

"NAZIA, kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni?". Caden yang masih mamai bertanya. Tangannya naik menyapu matanya yang masih terpisat-pisat itu. Sempat juga dia mencapai jam loceng yang ada di meja lampu di sebelah tempat tidurnya.

Jam digital itu jelas menunjukkan angka 5:15 A.M.

Bukannya nak jawab soalan si suami, malahan dia sempat menjeling lelaki itu sekilas sebelum berjalan ke arah pintu. Sebelah tangannya mencibik sebuah beg kecil bewarna putih. Manakala tangan kirinya pula digunakan untuk mengusap perutnya.

Baru sahaja di nak pulas daun pintu bilik itu, terasa sebuah tangan kekar yang menahannya daripada berbuat demikian. Entah bila masa Caden boleh muncul di situ pun, tak tahu. Apa dia guna kuasa teleportasi ke?

"Sweetheart, im asking you. Where are you going? Dengan bawa beg bagai ni. Nak lari rumah ke, hm?". Tangan wanita itu ditarik lembut agar badannya dapat melekap ke badan si suami.

"Banyak tanya la awak ni. Suka hati la saya nak pergi mana pun". Kedua-dua tangan Jasmine dibentangkan ke dada bidang tidak berlapik milik Caden. Tak mahu lagi lelaki itu terus mendekat. Rasa serabut, tahu?

"Marah kan aku lagi?". Kedua pipi gebu Jasmine disentuh. Kepalanya didongakkan sedikit oleh Caden.

"Saya tak marah, cuma saya kesal sebab awak rahsiakan semua ni daripada saya. Awak rahsiakan yang penyebab kematian Jasmina ialah saya dan awak".

"Kau cakap apa ni, Nazia? Im not trying to be rude right now but she took her own life. Bukan salah kau. Bukan kau yang bunuh dia". Makin lama, makin tegas suaranya. Dia tak marah, cuma dia nak fahamkan Jasmine. Dia nak Jasmine berhenti salah kan diri dia sendiri.

"Tapi sebab apa dia bu*uh diri? Sebab kita kan? Kita terlalu sibuk dengan perasaan sendiri sampaikan kita lupa pada perasaan dia. Dia terluka, Caden. She had depression because of the rejection. Kita yang bunuh dia!". Suaranya betul-betul naik seoktaf di ayat terakhir itu.

" Sampai bila-bila pun, saya tak kan maafkan diri saya. Saya kakak yang teruk". Jasmine menundukkan kepalanya ke lantai. Jari jemarinya menarik lembut hujung fabrik tudungnya itu.

"If you don't forgive yourself, then you think I would forgive myself? I lost my family, my first love totally forgot about me and I made a girl k*ll herself. And I put all of the blame on me. I was being selfish. But you're not. Tolong jangan salahkan diri kau lagi. Aku yakin, arwah Jasmina tahu yang kau ialah kakak yang paling baik pernah dia jumpa. Dia selalu bercerita dekat aku yang dia sayangkan kau. She once said, "I don't wanna die first". Lepastu aku tanya dia kenapa. Dan dia cakap, "Cuz I will leave my twin sister all alone in this world, I don't want it". Kalau kau nak tahu, itu yang dia cerita dekat aku. Betapa dia sayangkan kau".

Panjang lebar dia menjelaskan, cuba menyakinkan Jasmine.

"Saya rindu dia... Rindu sangat-sangat. Kalau babah dan Abang Nazrien tahu, mesti dia akan salahkan saya kan?". Mata berair Jasmine memandang mata Caden. Meminta lelaki itu untuk bercakap benar.

"Then, you don't have to tell them". Tipu Caden. Sebenarnya, ada satu lagi rahsia yang tidak patut diungkapkan sekarang. Ini bukan lah masa yang sesuai. Dia tak mahu serabut kan lagi kepala otak Jasmine dengan fakta yang satu ini.

Nanti, bila dah selesai semuanya. Baru lah dia bercadang nak bagitahu.

"Dah la, jangan nangis lagi. Daripada haritu lagi nangis. Nanti nak pergi jenguk Aidan. Kau sendiri tahu yang bodyguard kau tu tak suka tengok kau menangis kan?".

Bukan arwah Aidan sahaja. Bahkan dia sendiri pun tak suka melihat Jasmine mengalirkan air mata. Lagi-lagi disebabkan oleh perkara ini. Dia, sebagai suami, rasa tak berguna kerana tak dapat nak jaga perasaan isteri sendiri.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now