47- "But I Love You So..."

6K 249 17
                                    

MEREKA berlima berdiri sedikit jauh daripada tanah perkuburan itu. Dek kerana Mak Cik Kasmah yang tidak mengizinkan mereka untuk sedikit pun menjejakkan kaki, mendekati kubur arwah Aidan. Mak Cik Kasmah masih kesal dengan apa yang 'mereka dah buat' kepada Aidan.

"Gil, aku nak tengok kubur Aidan, Gil. Tolong lah". Daripada semalam, Lee menangis tidak henti-henti. Dia yang paling beremosi di antara mereka. Dia nampak sahaja seperti lelaki yang terpaling tough di situ, tetap dia juga la yang paling tidak boleh menahan emosinya.

Berkali-kali juga dia cuba menafikan kenyataannya yang Aidan sudah tiada.

"Tak boleh, Lee. Kita kena hormat keputusan keluarga arwah". Jelas Caden. Dia juga ingin mendekati kubur arwah sahabat baiknya itu, namun keadaan tidak mengizinkan.

"Kita tengok lain hari je la, okay Lee?". Giliran Alex pula cuba untuk menenangkan lelaki yang sudah duduk terjelopok di lantai bumi itu. Habis kotor seluar baju melayunya diselaputi tanah jingga itu.

"Sampai hati kau tinggalkan kitorang, Aidan... Sampai hati kau...". Tak makan dipujuk, dia tetap juga menangis lebat di situ.

Melvin yang sedari tadi diam, hati yang masih membara-bara berdendam dengan Darren, lalu duduk mencangkung di samping Lee. Bahu lelaki itu ditepuk sekali dan dia mendekatkan bibirnya ke telinga Lee.

"If you promise me to stop crying and stand up right now, I promise you, I will kill that bastard using the most painful way to ever exist. Hutang nyawa, dibalas nyawa. Am I right?".

Dengar sahaja kata-kata Melvin itu, terus Lee berdiri tegak. Air matanya serta-merta berhenti mengalir. Menghasilkan sebuah senyuman senget di bibir Melvin. Dia tahu, dengan cara itu sahaja boleh membuatkan Lee bangkit semula.

Cara apa? Revenge.

" Kau cakap apa kat dia sampai berubah drastik macam tu?". Tanya Alex yang sedari melihat sahaja cara Melvin 'memujuk' Lee yang agak suspicious. Memang lah suspicious. Itu bukan pujukan tapi ajakan untuk membalas dendam.

"Something about revenge".

"Saya nak balik...". Kata Jasmine tiba-tiba.

"Kenapa? Orang belum habis baca talkin (maaf kalau eja salah) lagi, Nazia". Kata Caden dengan penuh kelembutan.

"Bukannya kita boleh pergi dekat pun, Gil. Balik je la". Alex seumpama menyokong cadangan Jasmine itu. Betul juga katanya, tak guna mereka terus berada di situ kalau sedikit pun mereka tak boleh dekat dengan kubur si mati.

"Alright, let's go home". Dan akhirnya, dia bersetuju juga. Jujurnya, dia kesiankan isteri dan anak-anak buahnya kena berdiri lama di bawah terik mentari itu.

"Jom, Nazia". Tangannya naik melingkar di sekitar pinggang si isteri untuk membawanya pergi daripada tempat mereka berdiri itu.

"Tunggu!".

Langkah kelima-lima manusia terhenti apabila terdengar suara yang cukup dikenali, menghampiri mereka. Dan apabila mereka menoleh ke belakang, di situ terlihatlah Alya sedang berlari-lari anak ke arah mereka. Di belakangnya, ada seorang wanita yang cantik bertudung.

Langkah gadis berumur 19 tahun itu terhenti betul-betul di hadapan Caden dan Jasmine.

"Assalamualaikum korang".

"Waalaikumusallam".

"Pertama sekali, Alya nak minta maaf bagi pihak mak. Mak emosi sangat, tu sebab dia cakap macam tu tadi. Alya harap, korang semua tak terasa. Alya tahu, mak sebenarnya langsung tak salahkan korang. Lain kali, korang semua datang lah melawat--". Katanya terhenti seketika tatkala air mata mulai menjengah.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now