36- Picture & Letter

7.2K 302 14
                                    

HUJUNG MINGGU. Buat apa lagi kalau tak mengemas rumah sebesar alam ini? Nak pergi kerja? Heh, dah masuk 2 minggu Jasmine kena gantung kerja dengan alasan yang tak berapa nak kukuh tu. Maka dengan membuat kesimpulan yang tepat lagi kan bijaksana, kalau dia tak kemas rumah, dia nak buat apa?

Jari-jemarinya seumpama dipatah-patahkan sahaja. Ala, yang orang buat krukk krapp jari tu? Tahu kan? Kalau tak tahu, buat-buat je tahu.

Dia mulai menyarungkan tudung untuk keluar daripada bilik pertama yang sudah siap dikemas itu iaitu bilik perkongsiannya dengan Caden.

Bila tengok balik kan, kalau kita dah kahwin nanti. Kita kena kongsi bilik kita dengan 'stranger' sepanjang hidup kita kan? Bayangkan, bangun-bangun je dah nampak muka si suami atau si isteri.

Kaki dihayungkan ke bilik berdinding kuning yang sempat digunakannya sewaktu pertama kali dia menjejak kaki ke rumah ini sebagai seorang isteri kepada Sayf Muhammad Maleeq atau yang lebih dikenali sebagai Caden Gilbert.

Tombol pintu dibuka dan dia menemui Caden tidur berbaring di dalam bilik itu. Patut la 1800 tahun dia cari, masih tak jumpa-jumpa. Baring kat sini rupanya. Ingatkan pergi kerja.

Dia berjalan ke arah katil bercadar merah jambu itu. Berbeza dengan warna cadar sewaktu dia menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke rumah ini. Sewaktu dia 'diculik'.

Birai katil itu sedikit tenggalam kerana diduduki oleh Jasmine. Tangannya naik menepuk perlahan lengan suaminya yang sedang nyenyak tertidur itu.

"Sayf, bangun... Tidur dalam bilik kita tu, saya dah siap kemas. Saya nak kemas bilik ni pula". Bukan niat sebenarnya untuk menganggu lena Caden akan tetapi kalau dia mengemas sambil ada jejaka itu di situ, masuk habuk la rongga pernafasan member nanti.

"You're not a maid". Dia mengambil tangan isterinya dan mengucupnya lembut.

"Saya bosan la. Kasi la saya kemas. Malam nanti, saya manja-manja dengan awak. Saya suka tau manja-manja dengan suami hot saya ni. Rawr!". Jasmine membengkok jari jemari tangan kanannya gaya harimau. Sebelah matanya dikenyitkan kepada Caden.

Lelaki itu apa lagi, terus bangkit la daripada kema-, bangkit la daripada tidur.

" Nakal nya". Caden tersenyum nipis. Suka dia lihat perangai nakal isterinya ini. Suka sangat dia apabila Jasmine mengusiknya. And he loves it when she admires his body.

"Tengok la isteri siapa?". Dia mengeyitkan sekali lagi matanya.

"Ya, isteri aku". Caden bangun lalu menggeliatkan badannya. Lenguh juga figura tinggi itu apabila tertidur di katil bujang saiz kanak-kanak itu. Macam mana la Jasmine boleh tidur sebelum ni kan?

"Awak pergi la mana-mana dulu. Nanti saya siap kemas satu rumah, saya cari awak". Ini terlebih rajin namanya.

"For I don't even care whoever sake it is, you aren't a maid, Nazia". Sisi kerisauan Caden sudah mula memuncak apabila terdengar sahaja yang isterinya nak kemas satu rumah agam itu sendiri.

"Ala, kan saya dah cakap yang saya bosan...".

"Just don't overwork yourself, okay? Im worried, sweetheart".

"Okay, Sayf. Awak jangan risau. Sekarang, awak keluar. Saya nak kemas bilik ni. Lepastu bilik-bilik yang lain".

Caden angguk sekali dan terus keluar daripada bilik itu. Pintu bilik dikatup rapat dan dia mengeluarkan telefonnya.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now