37- Penjelasan

7K 314 17
                                    

"KAU tak nak tanya apa-apa ke?". Caden yang boleh dikatakan cukup gelisah itu menanyakan soalan itu ketika mereka berdua sudah mahu tidur. Ketika mereka berdua berada di dalam kehangatan pelukan masing-masing.

"Tanya apa? Mana ada apa-apa". Jasmine tersenyum sedikit.

Hakikatnya, bukan dia tak mahu tanya tapi dia takut. Dia takut akan kebenaran. Kebenaran di sebalik gambar yang mempunyai senyuman termanis milik Caden itu. Senyuman yang tidak pernah dihidangkan untuknya. Dia tahu, bahagian gambar yang dikoyak adalah bahagian gambar yang menunjukkan figura wanita yang merupakan kekasih lama Caden.

"Answer me honestly, Nazia. Aku tanya sekali lagi dan aku tak nak ulang soalan sama, tiga kali. Ada apa-apa yang kau nak tanya aku?".

Jasmine berfikir seketika dengan 'ugutan' suaminya itu. Berfikir samaada perlu atau tidak dia bertanya.

Kalau dia tanya, lepastu Caden diam sebab tak nak jawab? Bukan kah dah malu muka dia kat situ? Kalau Caden jawab sekali pun, kalau jawapan tu menyakitkan hati dia macam mana? Satu lagi, macam mana kalau Caden menipu?

Tapi takkan lah Caden nak menipu kan? Dan takkan lah Jasmine tidak akan mempercayai kata-kata suami sendiri. She never doubt her husband's words.

"Takde apa-apa la, Sayf. Tidur la. Saya sebenarnya penat sikit sebab kemas rumah tadi". Matanya lembut menatap wajah Caden. Tangan naik bermain-main lembut dengan bahagian belakang rambut sang jejaka.

"I won't make the curiosity kills you, sweetheart". Caden tersenyum kembali.

Sebelum dia mulai bercerita tanpa disuruh,

"She's my past lover. Aku jumpa dia beberapa tahun sebelum aku tinggal di Malaysia. Sebelum aku membuat keputusan untuk memeluk Islam. Can't remember the first meeting so well but I know that I met her somewhere in the coffee shop in Rusia. Waktu tu, dia bersama dengan seseorang. Dan aku sangat mengenali seseorang itu. Dia kenalkan seseorang tu pada aku. Tapi lepastu, kami tak pernah berjumpa lagi. Perjumpaan aku dengan perempuan yang dibawa oleh dia adalah kali pertama dan terakhir di dalam coffee shop itu".

"Sayf, awak tak perlu cerita kalau awak tak nak cerita". Jasmine perasan perubahan ketara pada wajah suaminya itu. Dia kelihatan sedikit murung tatkala mulutnya berkata-kata menceritakan cerita itu.

"No, you must know. Started from that day, hampir setiap hari aku akan jumpa dia. Tapi sejak daripada haritu, dia berseorangan sahaja. Dia tak datang dengan orang tu. Days goes by, I finally forgot about perempuan yang dia bawa tu dan aku mulai hanya fokus untuk berkawan dengan dia sahaja". Caden menyambung lagi. Cerita bagaimana dia menemui cinta pandang pertamanya.

"Then, I became her best friend".

"Bukan awak ni... Kenapa boleh ada kawan baik juga?". Tanya Jasmine, curiga. Orang macam Caden ni, ternyata ada kawan baik juga ya?

"Hey, Im a human too, okay? Setiap hari kami akan berjumpa di coffee shop yang sama. Kami rapat sangat. Semua benda kami buat bersama. I remember this one time, it was on my birthday, she gave me a Rolex. Dan perempuan yang aku cakap ikut dia masa pertama kali kitorang berjumpa tu, dia kirimkan sehelai tali leher, warna hijau. Just like my eyes. Dan dalam kad yang ada dengan tali leher tu ada tertulis, 'I love your eyes'. Yup, seringkas itu sahaja".

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now