23- Kemunculan

7.8K 347 60
                                    

"CADEN orang mana? Babah tak pernah tengok lagi orang Malaysia bermata hijau, bernama macam Caden". Encik Nazman bertanya sambil ketawa ayah-ayah.

Ya, semuanya sudah dijelaskan sebentar tadi. Dan syukur Allhamdulillah Encik Nazman dan Nazrien amat memahami situasi Caden dan Jasmine. Kata mereka, "Biarlah benda sudah jadi. Lagipun, Ling ling dah selamat berkahwin dengan Caden. Cuma babah nak pesan, jaga anak babah ni baik-baik tau", "Tulah, jaga adik aku baik-baik".

Dan adalah beberapa pesan dan nasihat yang diturunkan daripada seorang ayah kepada anaknya. Dia langsung tidak kuat melenting tentang perkara ini. Baginya, kalau itu kata Jasmine, maka dia akan percaya. Dia sangat mempercayai anak-anaknya dan dia menganggap perkahwinan mereka merupakan satu takdir.

Caden diam. Sebenarnya, dia agak kekok untuk membuka mulut. Maklumlah, bukannya reti sangat dia nak bercakap banyak dengan orang.

"Caden orang Rusia, babah". Jasmine pula yang mengambil tempat Caden untuk menjawab.

"Half or what?". Tanya Nazrien pula.

"Memang lahir dan membesar di Rusia. My nationality is Russian actually. Datang ke Malaysia untuk cuba menetap dekat sini. Tapi bukan bermastautin la, jarang-jarang, balik juga ke Rusia sana". Selepas menarik nafas panjang, Caden akhirnya menjawab soalan itu apabila Jasmine baru sahaja mahu membuka mulut lagi.

"Caden takde niat nak menetap terus di Malaysia ni? Sebab babah sebenarnya tak sanggup nak berjauh dengan Ling ling. Kalau Ling ling ikut kamu balik Rusia nanti, babah takut babah rindu".

"Itu saya belum fikir lagi". Formalnya bahasa kau, Caden! Kau tengah bercakap dengan client ke bapa mertua ni?

"Maaf kalau babah bertanya lagi, tapi nama Islam kamu apa?". Encik Nazman tersenyum manis. Takut juga dia soalan itu mampu menyinggung perasaan Caden.

"Nama sebelum saya masuk Islam, Caden Velkov Gilbert. Nama Islam saya, Sayf Muhammad Maleeq bin Abdullah". Kan dah cakap, nama Islam Caden ialah nama yang paling indah pernah Jasmine dengar.

"Babah dan Abang Nazrien nak panggil apa?". Tersenyum manis Jasmine sambil bertanya kepada kedua ahli keluarganya itu.

"Babah panggil Sayf. Indah nama tu".

🦋

"SAYF, nak pegang tangan awak boleh?". Tersengih-sengih Jasmine bertanya sambil memanggil nama Caden yang lain itu. Suka pula dia mengusik Caden yang sedang fokus memandu.

"Im driving, Ling ling". Akhirnya, dia juga yang kena usik balik. Usik bukan main-main. Terus Caden panggil nama panggilan yang keluarga Jasmine guna.

"Jangan lah panggil saya Ling ling".

"Jangan panggil aku Sayf. 'Caden' will be good enough". Dia menegaskan. Entah kenapa, bukan dia tak suka dengan nama itu. Bukannya dia tak gembira kalau ada orang panggil dia dengan nama tu, cuma terasa sedikit janggal.

"Kenapa pula? 'Sayf Muhammad Maleeq', nama seorang lelaki yang paling indah pernah saya jumpa. Saya suka nama tu. Takde takde, saya nak juga awak Sayf". Tegas wanita itu pula. Tak nak kalah.

"You do you, Nazia".

"Okay, maknanya awak izinkan lah kan saya panggil awak Sayf".

"Suka hati, Nazia. Suka hati".

"Kalau macam tu, give me your hand. Saya nak pegang". Jasmine menadah tangannya ke udara. Menunggu untuk Caden menyambutnya.

"Aku tengah memandu, Nazia".

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now