42- Twin Ultrasound

7.3K 267 5
                                    

"BETUL ke awak nak ikut? Nampak macam gugup je". Jasmine mengangkat sebelah keningnya. Was-was pula dia dengan sikap suaminya ini. Ketar-ketir semacam aje. Padahal, nak pergi scan baby je.

"Gugup la juga. Ni kan first time aku nak ikut kau pergi scan baby. First time in my life. Siapa je tak gugup?". Soalnya sambil berdehem dua kali. Tali leher yang tergantung di lehernya dibaiki beberapa kali.

Sebenarnya, Caden ini baru sahaja pulang daripada urusan Keluarga Velkovace ni Rusia. Ya, dia tinggalkan Jasmine sendiri di rumah agam sebesar istana itu dengan mengupah 20 pengawal peribadi terlatih yang diimport sendiri daripada Keluarga Velkovace di Rusia untuk berjaga di sekeliling kawasan rumah itu.

Over kan dia?

Yela, dah dia ajak Jasmine, Jasmine tak nak ikut sebab katanya nanti alahan mengandung dia makin teruk kalau kena naik kapal terbang atau jet peribadi milik keluarga suaminya itu.

Baru aje Caden yang beri cadangan supaya Jasmine tinggal di rumah babahnya, Jasmine memberi tahu yang babahnya dan Nazrien sudah selamat terbang ke Mekah untuk menjalankan ibadah umrah.

Maka, dengan berat hati seorang suami yang sangat merisaui isterinya, akhirnya dia terpaksa meninggalkan Jasmine seorang diri di rumah itu.

Seminggu berurusan di Rusia, seminggu tu juga la hari-hari dia telefon Jasmine. Dalam sehari pula, nak dekat 3 kali dia telefon. Betapa dia sangat-sangat merisaui akan keselamatan wanita itu.

Nasib baik la lepas seminggu, akhirnya dia pulang ke rumah dengan perasaan lega apabila melihat Jasmine yang tertidur pulas di atas sofa sambil tangannya memegang sekeping bar coklat berjenama Milka.

Dia lalu mengejutkan Jasmine yang tertidur untuk mengingatkannya tentang temujanji yang harus dilakukan di hospital itu. Temujanji untuk memeriksa jantina bayi yang sudah berusia 4 1/2 bulan itu.

"Excited ke?".

"Of course. Tak sabar nak tengok, anak daddy ni baby girl or baby boy. Kalau perempuan, mesti kena cantik dan bijak macam mommy. Kalau lelaki, mesti handsome dan berkarisma macam daddy". Sempat lagi dia memuji diri sendiri. Jarang-jarang la boleh tengok Caden puji diri sendiri ni. Lain sangat personalitinya jika berada di hadapannya yang lain. Kini, keempat-empat orang itu sudah tinggal di rumah masing-masing, boleh lah dia manja-manja lebih sikit dengan Jasmine.

"Angkat bakul sendiri eh?". Jasmine senyum senget.

"Mesti lah. Aku kan akan jadi ayah yang terpaling baik sekali dalam dunia".

"Sayf, saya tahu lah Bahasa Malaysia bukan bahasa pertama awak. Ni saya nak ajar, kalau dah guna 'Ter' dekat depan, tak payah dah guna 'Sekali' tu". Dia menepuk-nepuk bahu suaminya lalu melangkah pergi ke kereta Mercedes yang sudah siap terparkir di halaman hadapan rumah itu. Gaya bercakapnya sudah macam bercakap dengan teman rapat pula.

Sejak dia mengandung ni, banyak yang berubah. Pertama sekali, diri dia sendiri la. Dah makin aktif daripada dulu. Melompat sini-sana macam arnab. Gembira semacam je setiap hari. Kalau gelak tu, satu kejiranan boleh dengar.

Kerja dia?

Dah masuk 4 bulan lebih sejak lesen doktor dia digantung, masih tiada apa-apa berita daripada pihak hospital. Kata Chief Rizal haritu, mereka nak gantung selama 2 bulan sahaja. Ni dah 4 bulan lebih. Sedikit sebanyak, hal ini merisaukannya. Jadi, emosi akan berubah-ubah secara drastik pada setiap hari. Siang, happy go lucky. Malam, terus monyok.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now