12- Dare Has Been Done

7.8K 363 23
                                    

"APA yang kau mengarut ni?". Soal Caden kepada Jasmine setelah dia banyak kali mendengar yang Jasmine bertanyakan soalan yang sama. To be exact, tiga kali. Kenapa Jasmine nak sangat kahwin dengan dia?

"I ajak you kahwin, nak tak?". Tanya Jasmine sekali lagi. Bekas aiskrim yang sejuk itu dipeluk kemas-kemas tak mahu lepas. Entah kenapa dia sekali lagi mendapat keberanian untuk bertanyakan soalan itu kepada Caden.

"You need rest. Kau dah mula mengarut, kau kena rehat". Caden menarik tangan Jasmine yang berbaju lengan panjang itu untuk menghantarnya pulang ke kereta.

"I tak mengarut, Caden. I-".

"Then, tell me why you wanna marry a man that you just met a month ago?". Caden berdiri betul-betul di hadapannya. Menyoalnya soalan itu. Giliran Jasmine pula untuk menjawabnya.

"Entah. I rasa nak kahwin dengan you". Alasan paling mustahil sekali untuk masuk akal telah terkeluar daripada mulut Jasmine Nazia.

"But I don't". Ouch! Kena tolak macam tu je lamaran Jasmine? Wait, Jasmine melamar Caden? Macam perigi cari timba je.

"Suka hati you la. I dah ajak, tak nak sudah. Sebagai balasannya, you kena hantar I balik". Bekas aiskrim itu dipeluk rapat ke dada. Walaupun sejuk, dia tahan.

"And why is that?". Kening Caden diangkat.

"Sebab I takut nak drive malam. Sekarang dah nak dekat pukul 8.30. I tak pernah balik lewat daripada pukul 8.00 kecuali time korang culik I tu". Eh, ingat lagi eh kejadian pukul 1 pagi tu. HAHAHA.

"Hantar kan I eh, Caden? You kan kawan lelaki I yang paling terbaik sekali". Eh, sejak bila pula lelaki berdarah kutub utara ini pandai ber-bestfriend dengan perempuan?

"But with a promise that you will never ask me about getting married with you, again. I don't like it".

"Okay, I promise you. Jom balik, nanti lambat sampai".

🦋 Back to the present... 🦋

SEBENARNYA, Jasmine sekadar bergurau sahaja apabila dia suruh Caden menghantarnya pulang. Saja je nak uji kesabaran lelaki berkacukan Rusia itu.

Secara pendeknya, setelah mereka selesai bicara di tepi kolam itu, Jasmine menuju ke keretanya untuk pulang sendiri setelah dia mengatakan yang dia bergurau sahaja tadi. Macam-macam la Jasmine ni.

Tapi, nak buat macam mana masin pula mulut dia nak balik dengan Caden. Dah balik betul-betul. Tahu kenapa?

Sebab kereta dia tak boleh nak dihidupkan. Enjinnya bunyi macam nak terkehel aje. Akhirnya, terpaksa la dia jadikan gurauannya tadi sebagai satu kenyataan.

Sampai la juga akhirnya di hadapan pintu apartmennya dengan Caden di tepi.

Namun, mata-mata kedua-dua daripada mereka terlopong luas tatkala terlihat pintu apartmen itu seperti dipecah masuk. SEKALI LAGI!

"Yo-you, you balik lah dulu Caden. Takpe, I okay je duduk sorang-sorang". Okay apanya kalau dah tergagap-gagap macam tu.

"Nonsense. Come in with me, I will check the surrounding". Arah Caden.

Sepucuk Desert Eagle dikeluarkan daripada bahagian belakang seluarnya membuatkan Jasmine terkejut nak mati. Tetapi oleh kerana takut, dia ikut juga masuk ke dalam rumah itu bersama Caden untuk memeriksa.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now