69- The Very Last Kiss (finale)

9K 287 62
                                    

DARIPADA tadi Caden lah yang paling terkesan dengan pemergian Jasmine. Ya, Jasmine di sahkan meninggal tepat pada jam 1700 petang akibat kehilangan begitu banyak darah setelah selesai melakukan pembedahan untuk menyelamatkan salah seorang daripada bayi mereka.

Seorang daripada kembar yang dikandung, allahamdulillah dengan izin Allah S.W.T sempat dilahirkan secara pembedahan. Tetapi, bayi itu merupakan bayi pramatang yang masih berumur tak sampai 7 bulan pun. Jadi, peluang untuk si bayi meneruskan hidup adalah sangat tipis dan sekarang dia sedang ditahan di wad untuk penjagaan rapi oleh setiap doktor pakar yang sudah ditempah khas oleh Caden sendiri.

He doesn't want his wife to stop loving him, therefore he fulfilled her last wish. Saving one of their children rather than the mother, herself.

Keputusan yang dibuat amat lah berat. Berkali-kali dia melakukan solat sunat istikharah. Namun, itu lah jawapannya. Jawapannya adalah sama sebagai mana dengan amanah isterinya. Jadi, dia akur. Dia akur dengan segalanya. Dia akur dengan takdir Allah.

Dia bukan lagi Caden Gilbert yang dulu. Di masa kematian seluruh ahli keluarganya, dia kejam. Dia berubah menjadi syaitan tak berperasaan.

Kini, dia Sayf Maleeq. Lelaki yang akan mencuba menerima takdir yang bidadarinya sudah tiada lagi di dunia. Bidadarinya sedang menunggunya di syurga.

Dia duduk terluku tepat di samping jenazah Jasmine yang sudah berbalut kapan itu. Matanya merenung wajah jenazah yang dilitupi kain kapan yang masih sedikit terbuka itu. Mukanya tiada berperasaan. Air matanya masih lagi tidak berhenti mengalir.

Dia mungkiri janji dia dengan Jasmine yang satu ini.

"Nanti kalau saya dah pergi, saya tak nak tengok setitik pun air mata jatuh daripada mata hijau awak yang cantik ni. Janji tau dengan saya?".

"Nonsense. You will never leave me, Nazia".

"Janji la...".

"Okay, okay. I promise".

Tatkala semua orang sedang mengalunkan bacaan Yasin, Caden hanya duduk berdiam diri di samping jenazah isterinya. Ya, dia terlalu terkesan. Sebanyak mana pun dia mencuba untuk menerima takdir, tidak semudah dan secepat itu.

Di sisi lain pula, terlihat jelas Melvin dan Alex yang sedang berdiri agak jauh dengan kawasan orang-orang yang membaca Yasin itu. Namun, masih jelas penglihatan mereka terhadap Caden yang kepalanya berbalut secara keseluruhan itu. Tampak tidak bermaya sahaja.

"Aku tak pernah tengok dia menangis sampai macam tu sekali, Vin". Alex mulai bersuara. Air matanya juga dilap.

"She was and will always be his first love. His lover. His angel. His sweetheart. Aku kenal dia. Dia sangat sayangkan Jasmine. Hence, it will take a little more time for him to recover". Jelas Melvin yang faham sangat dengan perangai 'kembarnya' itu.

"Aku sedih la, wey. Ingat lagi waktu-waktu first time kita jumpa Jasmine. Kita 'culik' dia. Korang ingat tak lagi?". Muncul Lee pula di sisi mereka.

"Ingat la. Lepastu, kau pergi ketuk kepala dia. Then, kena marah dengan Gil lepastu kau kena jemur tengah panas". Alex cuba untuk bercerita kembali kisah pertama kali mereka berinteraksi bersama Jasmine. Dia cuba untuk menahan sebak.

Baru sahaja beberapa jam arwah pergi meninggalkan mereka, rasa rindu sudah mulai menerawang di hati.

Pemergian arwah sama seperti pemergian Aidan. Pemergian yang bakal dirindui oleh semua orang yang mengenali mereka.

Perkenalan mereka tak sepanjang perkenalan seperti orang lain. Hanya beberapa bulan sahaja. Tetapi, peritnya kehilangan itu tetap terasa.

"Lepasni dah takde orang nak gaduh dengan aku. Suruh tukar warna dinding rumah tu". Lee tersenyum pahit sebelum menyambung lagi.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now