4- Jalan Kaki

9.3K 380 5
                                    

MATA Jasmine tidak lekang daripada melihat sesusuk tubuh yang berdiri sambil menyandarkan badannya di pintu bilik itu. Sambil kepalanya dirawat oleh doktor cantik yang dikenali sebagai Anggun Elicha itu.

"Luka you,I dah jahit. You kena banyak berehat tau". Dia menggosok-gosok kepala Jasmine yang disarungkan semula dengan tudung itu.

DAHTU APA FUNGSI MAMAT TU DEKAT SITU?! UNTUK TENGOK AURAT JASMINE JE KE?!

"I keluar dulu, ya?". Anggun mengalihkan matanya ke arah Caden sebaik sahaja dia berkata begitu kepada Jasmine. Caden sekadar mengangguk, memberinya izin untuk keluar.

Dia kemudian perlahan-lahan mendekati Jasmine yang terbaring agak lemah di katil bilik itu. Duduknya dia di birai katil bercadar pastel purple itu.

"You nak apa? Kenapa culik I? Apa salah I?". Tak menangis tapi cukup takut dengan tatapan mata helang daripada lelaki itu. Dan kerana tatapan mata itu juga lah dia seakan tersedar sesuatu buat kesekian kalinya. Tapi apa ya? Kepalanya terlalu sakit untuk mengingati semuanya?

" Kuat ke Lee pukul kau tadi?". Tangan Caden cuba untuk menyentuh bahagian luka di dahi kiri Jasmine tetapi cepat-cepat tangannya ditepis oleh wanita itu.

"Jangan sentuh I la!". Dia cuba untuk menahan amarahnya. Sesuka hati nenek dia aje nak sentuh orang!

"Aku tanya kau satu soalan je, kuat ke Lee pukul kau tadi? And I won't ask the same question for the third times, Nazia". Matanya masih lagi tajam menikam mata Jasmine. Kecut perut juga la wanita itu. Mana tak takutnya kalau diri ditenung oleh lelaki half Russian itu seperti hendak dijadikan makan tengahari sahaja.

Sudahnya, Jasmine anggukkan sahaja kepalanya. Kuat la tu sampai berdarah bagai.

"Sekarang you pula kena jawab soalan I".

Keningnya diangkat sebelah. Dahinya berkerut 999. Tertanya-tanya apakah soalan yang perempuan berusia 27 tahun ini nak tanya.

"Kenapa you culik I?".

"Not to be racist but Malaysian always fast forgotten what they have said even it was just yesterday. Kau tak ingat apa yang kau cakap dekat aku malam dua hari lepas?". Cakap apa pula ni? Jasmine mana pernah jumpa mamat kutub utara ni kan? Kan?

"Apa yang you merepek ni? I tak pernah jumpa you okay? Stop being delusional".

"I am not being delusional, Nazia". Sejurus itu, dia memetik jarinya beberapa kali untuk mengundang Alex masuk ke dalam bilik itu.

"Ini gambarnya". Sekeping gambar dihulurkan oleh Alex untuk diperlihatkan kepada Jasmine.

Gambar itu jelas-jelas menunjukkan tangkapan CCTV di mana dia terjatuh di dalam pelukan Caden. Lututnya yang lemah akibat terkena serangan panik setelah berdepan Dr. Kasyaf membuatkan dia hampir terjelopok ke lantai tapi sempat ditahan oleh tangan kekar milik Caden.

Riak wajah Jasmine jelas terkejut. Sekarang dia sudah mulai ingat di mana dia pernah menemui lelaki ini! Memori-memori memalukan mula menerobos pelusuk minda. Ha sudah! Macam mana ni?

"You nak kahwin dengan I tak?".

Kata-kata itu seumpama petir yang menyambar otak dan mindanya. Habis rasa macam nak terkeluar semua ilmu kedoktoran yang pernah dituntut di India lebih kurang 2 tahun lepas.

"Dah ingat?". Caden masih dengan riak tenangnya.

Jasmine hanya sekadar mengangguk, mencuba untuk mengawal air muka. Kalau dalam hati ni, dia rasa nak pergi selam je muka dia dalam air longkang kat luar tu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now