34- The Devil Inside

7.6K 314 30
                                    

TANGAN Jasmine perlahan sahaja bergerak untuk memerah kain yang sudah menyerap air itu untuk diletakkan ke atas dahi Caden sebagai agen penurun suhu. Lelaki yang sedang terbaring di katilnya itu sedang demam, kesian... Sebab tu lah pengsan haritu.

Kain bewarna putih kecil yang bercorak bentuk hati bewarna-warni itu kemudiannnya dilipat kepada dua lipatan dan diletakkan ke atas dahi Caden.

"Cepat la baik. Dah dua hari awak demam". Jasmine menurunkan sebuah ciuman ke pipi suaminya itu. Sungguh dia risau melihat keadaan Caden yang hanya terbaring lemah sedari dua hari lepas.

"Nanti baik la ni. Melvin macam mana?". Lemah dia bersuara.

Orang risaukan dia, dia risaukan orang lain. Apa punya jantan la ni? Tapi takpe, at least dia prihatin terhadap anak buahnya itu.

"Kaki dia dah okay sikit. Luka pun dah kering. Saya dah tukar balutan dia tadi".

"Alisa?".

"Alisa ada tu dalam bilik Melvin. Dia daripada haritu lagi setia tunggu Melvin tau. Tolong Melvin kalau Melvin nak pergi dapur, nak guna bilik air and so on. Saya pelik lah, kenapa dia tak suka Alisa?". Jasmine menggaru-garu kepalanya.

"Dia bukan tak suka. Dia cuma tak nak tunjuk yang dia sukakan Alisa. He used to hate love so much, Nazia. But ever since he looked Alisa in the eyes for the first time after 10 years, he fell hard. Percaya cakap aku, dia sangat cintakan Alisa. Kalau tak, kenapa dia sanggup lukakan diri dia hanya untuk selamatkan Alisa? He will do anything for her". Sejak bila Caden suka bagi ceramah panjang-panjang ni? Biarkan je lah~

"Hm, I really hope that he isn't too late to confess later.
Enough talking about him, for now. Sekarang ni, buka baju awak. Saya nak cuci luka. Nak tukar balutan".

Caden hanya mengangguk. Kain di dahinya dibuang sebentar sebelum Jasmine membantunya untuk bersandar di kepala katil. Baju hitam yang dipakai olehnya ditanggalkan. Meninggalkan figuranya yang hanya berseluar trek hitam itu.

"Seksi lah". Jasmine menahan senyum. Sengaja dia usik suaminya itu.

"Kau suka lah kan?". Eh, kena usik balik.

"Siapa je tak suka kalau nampak rezeki depan mata? Awak tahu tak salah satu sebab kenapa saya still tanya awak samaada awak nak kahwin dengan saya atau tak walaupun awak dah tolak 'lamaran' saya dulu?".

"Kenapa?". Caden bertanya. Matanya fokus kepada wajah Jasmine yang menunduk untuk merawat lukanya di bahagian tepi pinggang itu.

"Sebab badan awak hot. Because you're hot, tall and handsome. Type saya sangat!". Habis-habisan Jasmine memuji Caden.

"Sanggup jadi perigi cari timba sebab tu?".

"Mestilah. Kalau tak, tak pula saya buat muka setebal tembok China nak tanya awak banyak kali". Matanya naik memandang mata hijau milik jejaka itu. Tak sangka pula boleh terkunci pandangan di situ.

"Dan mata awak. Saya kagumi mata awak. Cantik sangat". Jasmine tersenyum dan memuji mata cantik milik Caden itu. Sungguh anak mata itu merupakan anak mata yang paling indah pernah Jasmine lihat.

"Thank you, sweetheart".

🦋

"DAN... dah siap!". Jasmine menyarungkan semula baju tee hitam ke badan tuannya.

SAYF MALEEQ ||©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt