22- Kasyaf Khalid

7.9K 352 8
                                    

"KAU yakin ke nak pergi harini?". Masuk je kalini, dah nak masuk 18 000 kali dah Caden tanya Jasmine soalan yang sama. 18 000 kali juga lah Jasmine memberikan soalan yang sama.

"Iya, awaknya. Kalau tak, bila lagi kita nak pergi? Bila lagi kita nak rahsiakan perkahwinan ni". Jasmine menunduk. Tiba-tiba terasa seolah Caden tidak mahu orang tahu bahawa dia sudah beristeri.

"Hey, not even a bit I think about the thing that you are thinking, right now. Don't be curious, sweetheart. Kalau rasa curiga dengan aku, tanya. Don't keep that messed up though in your head alone". Seperti tahu sahaja apa yang difikirkan oleh Jasmine, dia terus berpesan.

Tak mahu la Jasmine menyimpan perasaan curiga kepada dirinya. Tak best lah kan? Kata suami isteri. Tapi...

"Okay, jom la. Nanti lama pula diorang tunggu".

Caden mengangguk sekali. Kunci kereta dicapai olehnya dan mereka turun bersama ke tingkat bawah.

Turun-turun je nampak keempat-empat orang itu tengah lepak dekat ruang tamu. Lalu, langkah Caden diberhentikan. Begitu juga Jasmine. Mata mereka tertancap pada keempat-empat ekor itu yang tengah main Jutaria. Apa barang Jutaria, main Monopoli arh boss.

"Kau masuk kereta dulu, hidupkan enjin. Aku nak bercakap dengan diorang sekejap". Caden menghulurkan kunci kereta ke arah Jasmine dan menolak lembut wanita itu untuk keluar daripada rumah. Jasmine hanya akur. Tak ikut cakap suami, dosa, hehe.

"Vin". Panggil Caden sekali. Terus Melvin bangun dan berjalan menghampiri Caden.

"Woi, Vin! Turn kau ni!". Alex menjerit. Apalah, duduk tak sampai satu meter pun nak menjerit. Tak normal la Alex ni.

"Sabar la, Alex. Gil panggil dia tu". Lee memberi amaran. Dia tak boleh orang yang tak faham bahasa ni, dia naik tangan terus. Lagi-lagi Alex.

"Kenapa, Gil?".

Caden mendekati telinga Melvin dan membisikkan sesuatu di kupingnya. Melvin kelihatan hanya mengangguk-angguk kepalanya. Entah apa yang dianggukkan pun tak tahu.

Dalam masa 15 saat, Caden lalu keluar daripada rumah itu. Nampak tergesa-gesa sahaja. Mungkin tak mahu Jasmine menunggu lama.

"Bisik-bisik pula, hadeh". Kalau lah namanya Alex, ada aje yang nak disampuk.

"Alex, Lee, Aidan. Korang main dulu. Aku nak keluar". Melvin berkata sebaik sahaja dia mendengar bunyi kereta milik Caden di luar sudah mulai berlalu pergi.

"Nak pergi mana?".

Melvin hanya diam sahaja apabila mendengar pertanyaan Aidan itu. Tadi nampak mengantuk budak ni. Sekarang, dah segar balik?

🦋

DAHI Caden berkedut seribu tatkala dia mendengar suara perempuan atas umur seolah-olah sedang membebel. Kadang, suara itu berteriak. Menangis pun ada. Suara dia sahaja yang kedengaran. Tiada satu pun suara lelaki yang boleh didengar.

"Betul ke ni rumah keluarga kau?".

"Betul lah. Kenapa?". Soalnya tenang. Sebenarnya dia agak gementar. Sebab tu lah, tangan tu tak lepas nak genggam tangan kasar milik Caden.

"Kau takde ahli keluarga perempuan kan? Kenapa aku dengar suara perempuan?". Ha, perempuan itu lah salah satu sebab kenapa Jasmine boleh gementar hebat sekarang ni. Makin takut pula dia.

"Masuk dulu, Caden. Nanti saya jelaskan". Kata Jasmine sambil menunduk. Tangannya menarik tangan Caden untuk bergerak.

"If you say so". Diikuti sahaja langkah isterinya untuk masuk pergi ke pintu utama rumah banglo yang agak besar itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now