13- "Jangan Pergi"

8.2K 405 22
                                    

BUKA-BUKA sahaja matanya, dia sudah mendapatinya dirinya berada di dalam biliknya tapi, bilik itu gelap gelita. Langsung tidak boleh Jasmine lihat apa-apa.

Apabila dia cuba bangun daripada pembaringannya, dia terdengar sesuatu jatuh ke lantai.

"Apetu?". Takut-takut dia bertanya kepada diri sendiri.

"Don't move, Nazia. You have a fever". Tiba-tiba muncul sebuah figura tinggi membuka pintu biliknya. Suis lampu ditekan oleh sesosok tubuh itu. Barulah jelas penglihatan Jasmine. Di tangan lelaki itu ada segelas air, semangkuk bubur dan setablet ubat.

Dia membantu Jasmine untuk bersandar di kepala katil kemudiannya lelaki itu duduk di birai katil sambil di tangannya ada dulang yang berisikan air, bubur dan ubat itu.

"Makan".

"Kenapa awak tak balik rumah awak?". Panggilannya terhadap lelaki itu sudah bertukar.

"Makan, Nazia. Jangan bagi aku ulang lebih daripada 2 kali".

Kerana gerun akan amaran itu, dia akhirnya mencapai mangkuk yang berisikan bubur panas itu.

Perlahan-lahan bibirnya meniup sedikit bubur yang telah dicamca sebelum disuakan ke dalam mulut. Nak tunggu encik suami ekspres suap? Lambat lagi dan jangan mimpi la.

"Another 5 minutes then I have to go home. Pandai-pandai la kau jaga diri". Caden akhirnya membuka mulut setelah beberapa minit kedua-dua daripada mereka berdiam diri.

"Jangan pergi". Jasmine memegang lengan suaminya itu. Memujuknya agar dia tidak pergi.

Lama Caden cuba untuk menolak permintaan isterinya itu, tapi hati dan mindanya lebih memilih untuk dia tunaikan sahaja. Rasa bersalah pula bila teringatkan kejadian dia menengking Jasmine malam tadi.

Lagi lama Caden diam, lagi bertambah berharap muka Jasmine. Berharap yang Caden sudi menemaninya dan tidak membencinya.

"Saya tahu awak penat. Saya minta maaf. Saya minta maaf kalau awak rasa yang semua ni salah saya. Saya minta maaf sebab awak perlu jadi suami saya dan awak perlu ada saya dalam hidup awak sebegai isteri awak. Saya minta maaf sangat-sangat, Caden. Tapi, jangan tinggalkan saya buat masa sekarang, boleh? Saya takut". Jasmine kalau demam, memang dia akan jadi terlebih takut. Otaknya akan automatik revise balik semua imej hantu yang pernah dia tengok dalam filem-filem.

"Dah siap makan kan?".

Jasmine mengangguk.

"Tidur". Arahnya.

Selimut terus ditarik untuk menyelubungi badannya Jasmine. Terdetik juga rasa risau di dalam hati lelakinya. Risau jika Jasmine kesejukan.

"Bilik tetamu ada dekat sebelah bilik saya ni, kalau awak nak guna. Tapi, bersepah sikit la. Sorry".

Lain yang dikatakan, lain pula yang dilakukan oleh Caden.

Sangkaan Jasmine yang menyangkakan bahawa Caden mahu mencari bilik lain meleset apabila dia turut masuk ke dalam selimut yang sama dengan Jasmine.

Malu pula dirinya berfikir yang sudah tiba masanya dia akan berkongsi bilik tidurnya buat selama-lamanya dengan seorang LELAKI.

Baru sahaja dia hendak memusingkan badannya menghadap Caden, suara lelaki itu menghalang.

"Tidur. Abaikan aku".

Mana mungkin dia mengabaikan suaminya sendiri? Bukan kah berdosa bagi seorang isteri untuk tidur membelakangi suaminya?

"Saya berdosa kalau saya tidur tak tengok muka awak". Biacaranya perlahan.

Belum sempat Jasmine berkata-kata lagi, tangan kasar Caden memaut bahunya dan memusingkan badan wanita itu untuk menghadapnya. Ditariknya dia untuk masuk ke dalam pelukan hangatnya.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now