45- "It Was Nice While It Last"

5.7K 260 27
                                    

BANGUNAN usang perlahan-lahan dimasuki oleh Caden dan Alex. Di tangan masing-masing tersedia senjata yang akan digunakan jika ada bahaya yang menjemput.

Caden menggenggam erat sepucuk Browning Hi-Power manakala Alex mempersiap sediakan tangannya untuk mengeluar pedang samurai yang diberi nama Nakajima itu daripada sarungnya yang tersangkut di sisi pinggangnya.

"Gil, mana orangnya?". Tanya Alex, separa berbisik. Mata dah puas menilik setiap sudut ruangan gelap gelita itu. Tiada satu orang pun manusia yang muncul.

Dah kena scam ke? Kalau kena scam maknanya, Jasmine di rumah...

"Gil, aku rasa tak sedap hati la. Baik kau tanya Lee, keadaan Jasmine kat rumah". Mendengar tiada jawapan langsung yang keluar daripada mulut Caden, Alex berkata lagi. Kalini, hatinya betul-betul merisaukan sesuatu. Sesuatu tak berapa nak baik yang sedang dia fikir sekarang ini.

"Gil, kau dengar tak ni?!". Geram dengan Caden yang lama berdiam diri, dia meneriaki lelaki itu.

"Alex Felicis, you better stay in your position. Don't you move even one inch from your standing place". Caden memberi amaran dek kerana dia melihat sejalur laser merah yang berhenti tepat di bahagian dada kiri Alex.

"Kenapa dengan kau ni, Gil? Ada nampak setan ke? Hoi! Nyah la kau setan!". Sempat lagi dia buat lawak.

Alex menghayun-hayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah. Gaya-gaya menghalau setan gitu. Ni ikut perangai Lee ke ni? Tak pernah nak serius.

" Alex, kalau kau tak berhenti bergerak, aku patahkan Nakajima kau". Amaran yang lebih keras Caden beri. Payah sangat nak dengar cakap Alex ni. Kena ugut dulu la gamaknya.

"Eh, Nakajima a-".

Klakk!

Terdengar bunyi seperti seseorang telah menarik picu senjata api. Terus terdiam Caden. Dia tahu yang ada penyerang hengdap daripada Kings yang akan mencuba untuk membunuh mereka berdua.

"Vin, standby". Caden berkata-kata menerusi earpiece nya.

"Copy". Balas Melvin yang sudah bersiap sedia bersama sniper nya nun jauh di atas timbunan pasir yang menyerupai bukit kecil yang ada di hadapan gudang itu.

"Berapa?". Tanya Alex. Berpasir juga la air liur bila dia dengar bunyi picu ditarik tadi.

"3 red dots on you and I guess there are also 3 on me now".

Alex yang berdiri kaku itu nak terbuntang matanya apabila memandang badan Caden yang sudah dipancar dengan 5 titik merah itu.

"What's wrong?". Tanya Caden tatkala melihat anak buahnya yang sudah mengeluarkan renik peluh dingin itu.

Mereka bukanlah yang jenis takut akan musuh, tapi kalau dah 2 orang nak bertempur dengan 8 orang yang masing-masing memakai snipers, gerun la juga. Pulak tu, Alex hanya membawa Nakajima sahaja.

"Tekaan kau salah. 5, jawapan betul".

"On me?".

Alex mengangguk.

"Vin, shoot the first 5 people mengikut arah pandangan mata Alex. 3 orang yang belakang Alex, biar aku uruskan". Caden memberi arahan lagi.

"Copy". Dan dengan kata terakhir itu,

DOR!
DOR!
DOR!
DOR!
DOR!

Melvin mulai melepaskan tembakan jarak jauhnya sehingga dia berjaya membunuh kelima-lima orang yang cuba untuk menembak Caden.

SAYF MALEEQ ||©Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin