70- Epilog

10.9K 289 32
                                    

5 tahun kemudian,

"Daddy, I want ice cream". Pinta kanak-kanak kecil yang menerobos masuk ke dalam bilik kerja ayahandanya itu. Tahunya, minta aiskrim sahaja. Tiada benda lain.

"No, you can't. Masuk je kalini, kalau daddy kasi, dah 10 kali Mecca makan aiskrim. Therefore, no ice cream and it is bed time. Go to sleep". Caden yang kacak berkaca mata itu langsung tidak memberi fokus kepada Mecca. Sebaliknya, dia tetap membelek-belek kertas kerja pengurusan hotel-hotel Velkovace yang ada di tangannya.

"Daddy, please. Atau Mecca bagitahu--".

"Bagitahu siapa? Mommy? Go on, pergi bagitahu dia. Daddy tak takut. Dah berapa banyak kali Mecca mengadu dekat mommy. Ada daddy takut?". Caden mencabar anak kecilnya yang sudah semestinya lah pantang dicabar itu.

"Oh, daddy cabar Mecca ya? Tunggu, tunggu sini". Mecca si kecil itu lalu berjalan terkedek-kedek ke arah sebuah kabinet berlabel J.N yang ada di dalam bilik kerja Caden itu.

Dia atas kabinet itu teradapat sebuah kopiah putih bersaiz dewasa. Sudah semestinya la, milik Caden.

Kopiah itu diambil lalu kedua tangan kecilnya meletakkan kopiah itu elok ke kepala. Walaupun sedikit menutupi bahagian kedua matanya. Sempat ditolak ke atas sedikit sebelum kedua tangannya diangkat sedikit tinggi ke atas. Seumpama sedang mahu berdoa.

"Mommy, tengok daddy tu. Dia tak bagi Mecca makan aiskrim. Dia jahat. Mommy marah la dia. Mecca nak aiskrim. Boleh kan mommy? Marah lah dia".

Berkerut sedikit dahi Caden mendengar ayat aduan daripada mulut anaknya itu. Apa yang pelik?

"Siapa 'dia' tu, Mecca? It's 'daddy'. Bukannya 'dia'. I have name and you shall call me that". Kaca mata dibuang dan dia menantang jelingan tajam kedua mata heterochromia milik Mecca itu.

Ya, Mecca menghidapi sindrom itu. Kesan daripada kelahirannya yang pramatang. Dia dilahirkan dengan dua jenis warna iris. Satu, brownish silver dan satu lagi hijau. Sungguh unik!

"Suka hati Mecca la".

"Mommy won't like it, I bet". Caden senyum sinis. Merasakan yang dia sudah menang 'bergaduh' mulut dengan kanak-kanak berumur 5 tahun itu.

Haih, Caden. Dengan anak sendiri pun tak nak kalah ke? Dengan anak sendiri pun nak gaduh? Payah ni, payah.

"Ish, daddy ni jahat la! Mecca nak makan aiskrim je pun. Kalau mommy masih ada, mesti mommy kasi". Mecca mencebik.

Dush!

Kata itu seumpama menembak hati kecil Caden. Buat pertama kali sepanjang 5 tahun membesarkan anaknya sendiri, dia mendengar kata itu terkeluar daripada mulut si kecil. Tak pernah terlintas pun dalam fikirannya yang Mecca akan berbicara sebegitu rupa.

Sungguh, dia telah menyakiti hati si kecil itu.

'Maafkan daddy, Mecca'. Bisik hati nuraninya. Sungguh dia merasa bersalah. Setiap kali dia terlukakan hati Mecca, dia merasa bahawa dia ialah ayah yang paling teruk di dunia.

Terus dia turun daripada kerusi kerjanya dan berjalan menghampiri Mecca yang jelas-jelas sedang merajuk itu.

Dia duduk melutut di hadapan anak kecil itu.

"Maafkan daddy, Mecca". Caden menarik kanak-kanak itu ke dalam pelukannya.

"Maafkan daddy".

"Плохой папа (bad dad)". Kecil-kecil lagi dah pandai berbahasa Rusia. Itu antara kelebihan yang dimiliki anak genius ini selain daripada dia dianugerahkan kelebihan dalam perkara lainnya.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now