43- Kisah Silam

6.6K 283 3
                                    

"MACAM aku cakap tadi, mereka meninggal dalam perjalanan ke Malaysia. Untuk apa? Mereka semua nak peluk Islam di Malaysia waktu itu. Termasuk aku. Kenapa Malaysia? Sebab atuk aku tentang habis-habisan niat aku sekeluarga untuk beragama Islam. So, thats why. We took a flight to go to Malaysia. I don't really remember why did we choose Malaysia. And then yes, the plain crashed. Mereka bertiga meninggal. Tinggal aku seorang sahaja yang survive".

Caden cuba untuk menahan air matanya daripada gugur di hadapan isterinya sewaktu bercerita tentang kisah silam perihnya itu. Tangannya kuat menggenggam stereng kereta.

"Sayf... Awak boleh berhenti kalau awak belum rasa selesa nak bercerita. Saya faham". Jasmine yang agak kerisauan itu memegang lembut tangan kiri suaminya yang berada di atas gear controller itu.

"No, I have to tell you. Lepas je kemalangan tu, satu dunia tahu. Satu dunia bising pasal ni. Because they knew that we are from the Velkovace. One of the most influenced mafia in Russia. Bangun je daripada koma, aku macam orang gila bila tahu yang semua ahli keluarga aku dah takde dan aku tak boleh buat apa-apa. Aku koma selama sebulan. I was totally useless! I can't get to see their ashes. Can't even go to their funeral".

Tak dapat ditahan lagi, air mata lelakinya jatuh juga. Namun, beban di jiwa terasa ringan setelah dia sendiri berjaya menceritakan hal ini setelah 3 tahun diperam di dalam hati sendiri.

"Sejak daripada tu, aku berdendam dengan Tuhan. Aku salahkan Dia atas semua hal. Aku jadi orang yang tak percayakan Tuhan. Aku kejam. I killed people, I sold drugs, weapons illegally. I joined Velkovace seriously. Tapi tak lama lepas tu... aku mimpi sesuatu".

"Awak mimpi apa?". Jasmine bertanya.

"Aku mimpi ada orang berjubah putih dan berkopiah putih datang dekat dengan aku. Dia akan cakap sesuatu yang langsung aku tak faham. Something about God. Setiap hari dia akan datang dalam mimpi aku. Dan, muka dia. Muka dia sebiji macam muka aku. Setiap hari dia datang, dia akan cakap benda yang sama. Sampai lah satu tahap ni, aku rasa serabut sangat, aku tak keluar rumah sebab fikirkan mimpi-mimpi tu. Tapi, tetap juga lelaki tu datang hantui mimpi aku".

Panjang berjela dia meneruskan ceritanya.

"Dalam mimpi terakhir aku tentang lelaki tu, dia suruh aku pergi ke Malaysia. Untuk menunaikan hasrat yang dah 2 tahun tertangguh. Lelaki tu suruh aku ke Malaysia untuk peluk Islam. Sebab aku dah tak nak dia ganggu aku lagi, aku ikutkan je. Aku pergi ke Malaysia, aku peluk Islam".

Air matanya yang tadinya mencurah-curah jatuh, kini sudah kering. Tinggal bekasannya sahaja.

"Ajaibnya, pertama kali aku jejak kaki aku ke dalam masjid, hati aku tiba-tiba rasa tenang sangat. Rasa macam segala beban terlepas daripada bahu aku. Aku ingat lagi, aku duduk kat tepi satu rak dalam masjid tu dan aku capai sebuah buku yang tebal lah juga". Dia tergelak kecil di hujung katanya.

"Buku? Dalam masjid?".

"Yup. Lepastu, aku buka. Penuh dengan tulisan berangkai menggunakan bahasa yang langsung aku tak faham".

Jasmine membentukkan mulutnya menjadi seperti huruf 'O'. Kini dia tahu, 'buku' apa yang dimaksudkan oleh Caden.

"Aku belek-belek buku tu, sampailah ada seorang pak imam ni, duduk depan aku. Dia ajar aku baca buku tu. Dan saat tu lah aku tahu yang buku tu ialah Al Quran. Benda pertama yang aku capai masa duduk dalam masjid tu, adalah sebuah Al Quran. Kalam suci Allah".

Dia memutarkan stereng ke birai jalan dan menghentikan keretanya di situ. Jasmine agak terpinga-pinga dengan tindakan Caden itu.

"Sampai sekarang aku masih rindukan ahli keluarga aku. Mereka tak sempat pun nak peluk Islam macam aku". Kepalanya diletakkan ke atas stereng. Air matanya jatuh lagi.

SAYF MALEEQ ||©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora